Alhamdulillah.. Dunia Baru Bermula Impian jadi Kenyataan

Assalamualaikum..


Alhamdulillah..



Impian jadi Kenyataan


Rasanya belum terlambat lagi untuk Lynd ucap Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada semua pembaca blog kecil ini.


Alhamdullillah.. terlalu banyak yang ingin disyukuri.


Terlalu banyak kurnia Dia kepada kita.


Allah Maha Besar.


Lynd tak tahu mana nak mula tapi apa yang Lynd katakan salah 1 impian 2015 Lynd tercapai.


Dengan ini diumumkan bahawasanya Lynd bukan lagi pekerja makan gaji. Lynd sudah bekerja sendiri sepenuhnya. Rasanya belum masa lagi nak bergelar Work At Home Mom. Anak-anak masih ke nursery dan Lynd masih keluar menguruskan hal-hal kerja.


Impian jadi kenyataan. Begitu cepat dan mudah.


Kejadian itu menyakinkan Lynd pada Power of Visualisation.


Allah Maha Besar. Bila kita inginkan sesuatu minta pada Dia dan yakin maka Allah akan tunaikan dengan cara yang tidak disangka-sangka. Dunia ini milik Dia.. Dia yang mengawal segala kejadian dan makhluk di dunia ini maka kenapa kita masih ragu-ragu nak minta pada Dia?


Terima kasih Allah.


Apa lynd nak buat?


Lynd dah brainstorming dengan husband, ada beberapa projek yang kami akan jalankan. Dan semestinya Shaklee masih berjalan seperti biasa malah lebih besar-besaran sebab masa bukan lagi penghalang.


Bisness Shaklee adalah bisnes yang paling mudah dijalankan dan pulangannya lumayan jika kena caranya. Allah.. tak sabar rasanya nak buat segala apa yang Mentor Lynd ajar sebelum ini.


Disamping itu Lynd akan bantu suami untuk uruskan bengkel kereta kami iaitu Redoz Motorsports Auto service


Redoz Motorsports



Bengkel kami sudah beroperasi selama hampir 1 tahun. Alhamdulillah bisnes ni membuatkan kami banyak belajar.


Kepada pembaca yang berada di sekitar Puncak Alam boleh jemput ke bengkel kami untuk membaiki dan servise kereta anda dengan perkhidmatan terbaik.


Lokasi Redoz Motorsports








No 3, Jalan Astana D 13/D, Pusat Niaga Astana Alam, Bandar Puncak Alam

Kuala Selangor








Kalau ada sebarang soalan atau nak tau lokasi tepat bengkel kami boleh call En Ridho 019-313 1128 atau call Lynd sendiri 019 - 603 8353




Kalau terus datang bengkel boleh bagitau yang kawan-kawan ni pembaca blog Lynd, so boleh dapat diskaun nanti.


Seriously rasa "segar' sebab kita merancang sendiri apa kita nak buat setiap hari dan bos kita hanya yang Satu itu. Tak perlu bodek sapa-sapa.


Time solat adalah "meeting" saya dengan Allah. Seriously best.


Cukup ke Income nak cover perbelanjaan bila tak makan gaji?


Bab ini saya sangat yakin bila ber Boskan Allah. Kita 'bodek" Dia  je.


Kalau Allah tak makbulkan?

Itu pun saya senyum.. sebab Allah "simpan' dulu untuk perkara yang lebih baik. Saya sangat yakin dengan itu.


Saya sangat bertuah kerana Suami saya jenis yakin yang hidup kami diatur oleh Allah. Kami usaha tetapi yang tentukan Dia. Kami Doa yang beri Dia. Daaaannnnnn.. kami yakin yang Allah tak jadikan sesuatu itu dengan sia-sia.


Indahnya perasaan itu.. Bukan perasaan tak makan gaji tu.. Tapi perasaan 'berserah' pada Dia. Allah.. tenang je rasa walaupun orang lain melihatnya sukar. Kami sendiri tak sedar yang kami sedang susah sebab kami sentiasa tenang. Terima kasih Allah atas kurniaan Suami yang sempurna untuk ku.


So ther journey begin. Disini Lynd akan kongsikan dari masa ke semasa perkembangan life Lynd.


Lynd kena betul-betul menjaga kesihatan supaya Lynd sentiasa sihat untuk mengejar impian dan menikmati impian jadi kenyataan. Tak guna kalau bertenaga bekerja tetapi bila saat kita mencapai kejayaan kesihatan kita menjadi penghalang.

Robin Sharma

Tiada ulasan: