JVC Shah Alam ditutup kenangan tetap kekal

Bismillah..


Assalamualaikum.. Hari ni "sibuk", gara-gara JVC Shah Alam ditutup.


Apa kaitan Cik Lynd dengan JVC?


Lynd pernah kerja di JVC Shah Alam selama lebih kurang 3 tahun and tu tempat keje ke 2 Lynd lepas graduate.


Keje di JVC Shah Alam memang best dan memang tinggal kenangan yang special lah.


Kerja kat sana memang ermmmm.. nak cakap camner eak.. dari segi suasana, kawan-kawan sekerja rasa macam harmoni. Mungkin sebab yang keje tu masih "remaja" so nak life keje takder lah sestress tempat keje Lynd sekarang. (Atau faktor usia yang menyebabkan Lynd dah xleh cope dengan tekanan tempat keje.. Hahahaha)


Antara perkara yang Lynd sentiasa ingat pasal JVC Shah Alam.


Time keeping.. Kalau time break.. kalau nak gi kantin,, berlari woooo.. sebab selain dari ramai nak beratur beli makanan, waktu rehat 40 minit untuk lunch. Habis je waktu, loceng bunyi pak guard akan matikan lampu kantin so Time tu lah nak makan dan berehat. Tapi kalau wanita mengandung dorang akan bagi masa 5-10 minit awal keluar.


Kalau time balik pulak.. waktu slot out mesti 2 minit selepas waktu official berakhir. Maksudnya kalau balik 5.45 ptg waktu slot out kena 5.47 ptg. Heee.. sebab ada isu orang tunggu kat slot machine time balik.


Tapi rasanya itu situasi biasa untuk kilang jepun kot.


Lynd keje bahagian "Cosmetic".. haaa.. buka mekap ye. Cosmetic tu bahan "binaan" sesuatu camcorder.  Macam part-part plastik and metal tu. Lynd handle bahagian development new product yang design dari designer Japan.


P1000907



P8280280



Team Cosmetic


So banyak deal dengan designer and supplier. Ulang alik gi supplier. Pernah balik kol 1 pagi masa pregnant. Supplier kat kajang tengah malam sorang-sorang nak balik ke Klang. Hahaha.. kenangan tu.


P1000876


Kakak-kakak Admin


P1000882





P1000886


Bos-bos ambe


P1000853



Geng Ibu Menyusu. Port kitorang dulu kat klinik yang ditemani oleh nurse yang comel ni. The best breastfeeding facilities at work place lah. Sambil pam.. sambil sembang.. sambil tolong nurse packing ubat. Dah settle sambung keje.



P1000805



Wallpaper terakhir masa keje kat sana. Masa ni anak sorang je baru.


Kenapa pulak hari ni ber throwback citer JVC ni?


Sebab kat newsfeed ramai yang share kenangan-kenangan kat sana. Ngan viral yang betul dan tak betul pun sama naik.


Cik Lynd pun godek-godek gambar-gambar lama. Terimbau kenangan keremajaan dolu-dolu. Walaupun JVC dah takder, still kawan-kawan dulu berhubung.


Semoga semuanya berjaya dan meneruskan kehidupan dengan bahagia. InsyaAllah rezeki dimana-mana janji usaha dan jangan lupa minta dengan tuan punyer dunia.



1 ulasan:

Saya Jurutera Kehidupan - VitaLynd.Com berkata...

[…] Selepas 9 bulan 9 hari kerja kat Creden, Lynd dapat keje kat JVC Manufacturing Sdn Berhad. Lynd pernah cerita pasal JVC ditutup disini. […]