Langkah untuk berfikiran positif

Langkah untuk berfikiran positif


Bismillah.. Alhamdulillah..

Assalamualaikum.

Alhamdulillah sekali lagi, syukur kerana Lynd dikelilingi oleh orang yang baik dan positif. Tak kiralah di depan Lynd atau di alam maya. Macam Lynd, masih berada dalam fasa "mengawal diri dan emosi" untuk menjadi orang yang lebih baik.

Kenapa Lynd kata begitu. Sejujurnya Lynd akui yang Lynd masih banyak kelemahan dari segi percakapan dan emosi maka Lynd berada dalam keadaan memaksa dan mengawal diri sendiri. Kerana ada orang yang Lynd lihat secara naturalnya mereka baik. Dan ia menjadikan "jadi baik" itu mudah untuk mereka.

Sebagai contoh, jika dulu kita memang suka bercerita pasal orang samada baik atau buruk. Tetapi bila timbul kesedaran bahawa ia adalah perkara yang tidak baik, maka kita cuba mengawal percakapan kita. Kadang-kadang Lynd terfikir, kalau tak sembang pasal orang kita nak bersembang pasal apa?

Bermula dengan bercakap pasal orang tetapi hanya perkara yang baik-baik sahaja.

Next bercerita mengenai informasi. Contohnya hal pengurusan kewangan, hal kecantikan dan hal keibubapaan. Kawal dari menyebut sebarang nama. So fasa ini Lynd panggil fasa mengawal diri.

Lama kelamaan ia akan menjadi mudah. So ia akan menjadi cara kita bercakap.

So itu dari segi percakapan.

Dari segi pemikiran dan emosi. Yang ini sebenarnya paling sukar dikawal. Sebab ia melibatkan hal-hal dalaman.

Maka bagaimana / apa langkah untuk berfikiran positif ?

Maka Lynd pegang statement ini :



Apa yang kita lihat, apa yang kita rasa, apa yang kita fikir, apa yang kita cakap, itulah doa.


Maka kita perlu mengawal semua yang diatas. Terutama apa yang kita LIHAT. Apa yang kita lihat itu termasuk apa yang kita baca. Bacaan itu termasuklah newsfeed facebook, gosip artis, surat khabar dan website. Lynd sangat percaya ini bila beberapa perkara yang terjadi depan mata.

Sebagai contoh, bila Lynd baca orang up difacebook mengenai ada orang tikam dari belakang, dikhianati, kawan sendiri dengki dll, Lynd fikir "manalah dorang dapat kawan macam ni?". Lama kelamaan ada 1 ketika Lynd terkena macam cerita kat facebook tu.

Nampak tak? Bermula dengan mata, membuatkan kita rasa dan berfikir.. maka Allah memberikan jawapannya.

Since that Lynd terlalu takut even nak baca gosip artis. Setiap langkah Lynd seakan-akan ada yang memerhati dan banyak bisikan dari diri yang menakutkan diri sendiri. Ia sudah lebih kepada "bersangka buruk".

Maka sejak tu Lynd merehat dari facebook dan segala online aktiviti.Dekat sebulan Lynd memperkasakan diri Lynd, membersihkan kepala dari semua ketakutan.

Then bila Lynd log in facebook Lynd, perkara pertama yang Lynd buat adalah unfollow / unfriend sesiapa yang suka merungut / sentap di facebook. Yang hidup dia bermasalah dan diluahkan di facebook. Bukan bermaksud apa yang dia buat itu salah tetapi Lynd lebih kepada menjaga diri.

Sekarang alhamdulillah, newsfeed Lynd dipenuhi dengan bekas-bekas alumni program Doctor Azizan Osman yang mana mereka sentiasa memberikan tips dan kata-kata motivasi.

Ada juga pakar-pakar kewangan, perniagaan dan ekonomi yang berkongsi maklumat menjurus kepada situasi yang terjadi tanpa sebarang judgement.

Kenapa kita perlu berfikiran positif ?

Jawapanya mudah. Kerana kita inginkan yang positif dalam kehidupan kita. Jika kita sendiri negatif bagaimana yang positif mahu datang. Percaya atau tidak memang itu hakikat yang kita terima.

Jika kita rasa kehidupan kita banyak masalah. "Kita Rasa" ramai orang tak puas hati dengan kita, apa kata kita ubah suasana itu dengan mengubah diri kita sendiri. Jika kita tak mampu mengubah orang adalah lebih baik kita keluar dari kelompok itu. Cari kawan-kawan atau golongan yang positif supaya kita boleh berjangkit aura positif itu.

Maka mulakan dengan kawan-kawan di facebook, kemudian kawan lepak kita masa lunch dan group whatApps.

Prinsip senang, jika kita taknak apa yang orang cerita itu jadi dekat kita maka JANGAN DENGAR dan paling penting JANGAN SEBUT.

Kalau yang positif takperlah mcam kisah orang berjaya ke usaha orang ke. Kita dengar dan cakap apa yang kita nak jadi SAHAJA.

Haaaa.. apa yang Lynd tulis kat atas tu baru 1st level of berfikiran positif. Next level ni lagi susah dan mencabar. Iaitu melihat sesuatu kejadian / ujian / musibah / masalah itu dari sudut positif.

Yang tu nanti-nantilah Lynd sambung sebab tajuk mencabar so ambil masa sikit nak dapat ilham.

Nak tambah orang positif di newsfeed anda?

Meh sini add Facebook personal Lynd


Selamat Berfikiran Positif.

think positif 4

1 ulasan:

Nadiah Othman berkata...

apa yg kita fikir, itulah yang kita dapat & kena selalu bersangka baik dgn Allah :)