PIH 9 Bahaya Let Down Reflex Kepada Bayi Menyusu

Assalamualaikum.


Alhamdulillah sampai ke hari ini Baby Indah membesar dengan sihat dan masih menyusu badan. Baby Indah jenis anak yang kurang kuat menyusu, bila malam pun jarang sangat dia menyusu, kalau ada pun dalam sekali sahaja untuk 1 malam. Alhamdulillah walaupun ada baby newborn tidur mama masih mewah. Tapi sebenarnya itu tak berapa bagus ye untuk ibu yang ingin menyusukan bayi dalam masa yang lama.


Kadang-kadang tu bila breast sudah rasa penuh Lynd akan paksa Indah bangun dan menyusu. So kalau dia menyusu pun slow lah, tak berapa nak gelojoh sangat. Heeee.. Apa lah baby Indah ni.


Bila baby Indah menyusu dalam keadaan relax, disini datangnya bahaya bila berlaku let down reflex.



Apa itu Let Down Reflex?



You may feel fleeting pain in your breasts when your milk lets down. The letdown reflex, also called the milk ejection reflex, is set off by the hormone oxytocin. It stimulates the muscle cells in your breasts to squeeze out milk. Oxytocin is released whenever your baby feeds in the first few days after she's born.


 



Breast pain - BabyCentre





www.babycentre.co.uk/a8489/breast-pain


let down reflex



Ok.. Nak tau macamana nak tahu bila terjadinya let down reflex?




Ia terjadi bila kita rasa "sengal" / kebas / sakit di bahagian payudara samada semasa menyusukan atau tidak. Ketika itu kalau anda perasan, susu anda akan menitik/keluar dengan sendiri jika ketika itu anda tidak menyusu.


Jika anda sedang menyusu, pada ketika ini susu akan memancut keluar dengan laju dan pada payudara sebelah lagi susu akan menitik.


Ini yang selalu disalah guna oleh sesetengah penjual "milk booster" yang mengatakan susu memancut keluar disebabkan oleh penambah susu mereka tetapi sebenarnya ia adalah situasi normal bagi ibu menyusu.

Apa bahaya Let Down Reflex kepada bayi menyusu?


Jika berlakunya let down reflex ini semasa menyusukan bayi, susu akan "memancut" keluar dengan laju. Dan pada ketika ini bayi ada risiko untuk tersedak.


Ia terjadi sendiri pada Lynd, beberapa kali Indah tersedak semasa let down reflex terjadi. Kadang-kadang bayi akan berhenti "menghisap" kerana susu ibu keluar dengan sendiri.

Dan jika terlampau penuh atau laju bayi akan melep askan sendiri bayudara. Maka kita akan lihat susu ibu memancut keluar. Jika ketika itu ibu tak sedar, maka muka bayi akan basah dengan susu. (Situasi biasa bagi saya)


So, jika terasa sakit / kebas semasa menyusukan bayi berikan lebih perhatian kepada bayi dan tinggikan sedikit kepala bayi.


Let Down Reflex (LDR) merupakan anugerah untuk ibu mengepam susu.



Bagi ibu yang sedang mengepam susu, LDR memang dicari, dinanti dan diinginkan. Kerana ketika inilah susu akan keluar dengan laju semasa memerah susu.


Ada ketikanya ibu merasakan payudara mereka "penuh" tetapi bila diperah, susu tidak habis keluar. Ketika inilah LDR sangat diharapkan. Ada beberapa punca LDR tidak terjadi, mungkin kerana stress dan ibu dalam keadaan penat.


LDR boleh diransang.


Ada pelbagai cara dan idea yang dikongsi oleh rakan-rakan saya 1 ketika dahulu. Ada yang berjaya mendapat LDR dengan cara melihat gambar / video bayi mereka. Ini kerana penyusuan susu ibu adalah berkaitan dengan hormon oxytocin dan prolactin yang berkaitan dengan hormon keibuan.


Ada yang meransang LDR dengan urutan payudara dan ada yang dengan melihat gambar suami. Ada sesetengah individu menggunakan kaedah marmet kerana mereka tidak mendapat LDR dengan pam tetapi sangat mudah dengan kaedah marmet kerana  Ia terpulang dan anda boleh explore cara anda sendiri.


Berapa kali LDR boleh berlaku?


Ia juga bergantung pada individu. Ada yang sekali dan ada yang lebih. Jika anda rasa payudara masih belum kosong, cuba ransang LDR lagi atau, berhenti berehat seketika untuk meransang LDR seterusnya.


Jadi setiap perkara yang dijadikan oleh Allah itu bersebab. Termasuk juga rasa "sakit" semasa menyusu. Ia mempunyai tujuan yang sesungguhnya memberikan manfaat.


Harap Info ini dapat membantu perjalanan dalam penyusuan susu ibu anda.



Tiada ulasan: