Cara Pilih Pusat Jagaan Bayi dan Kanak-Kanak

Assalamualaikum.


Alhamdulillah.



Cara Pilih Pusat Jagaan Bayi dan Kanak-Kanak


3 anak Lynd semuanya dihantar ke nursery yang sama iaitu Taska Pintar Sayang. Masih ingat lagi, masa mula-mula pindah sini tahun 2009 saya tengah mengandung.


Bila kandungan dah masuk 8 bulan dah mula fikir mana nak hantar anak lepas pantang nanti dan rezeki Kaseh tiba-tiba ada nursery baru bukak di taman ni.


Terus jumpa owner iaitu Puan Zaidah untuk booking. Masa tu saya memang cakap yang saya nak beri susu ibu pada baby nanti. So Ummi Zai tak kisah dan minta tunjuk ajar macamana nak handle EBM nanti.


So since umur Kaseh 2 bulan memang Kaseh dok nursery tu.


63rd Day 63rd Day1


Gambar 1st day Kaseh nak dihantar ke Nursery.


Macam tau je.. lain macam ragamnya pagi tu. Menangis tak hengat. Saya saja hantar seminggu awal sebelum saya masuk kerja sebab saya nak test banyak mana EBM yang Kaseh nak guna nanti.


Dah hantar tu saya yang tak senang duduk, risaukan atau dengan kata lain rindukan Kaseh. Almaklumlah anak pertama. Telinga ni macam terngiang-ngiang suara Kaseh nangis. Padahal nursery blok sebelah dan rumah paling hujung.


Then sampai lah ke Awatif. Saya takder masalah dengan nursery ni dan mana-mana pengasuh kat sini. Saya rasa dorang jaga anak-anak saya lagi bagus dari saya jaga.. Heeee.. Yela baju siang aje sampai 3 pasang. Kalau kat rumah paling banyak pun 2x kalau mandi tengahari.


Masa zaman Kaseh dulu ada jugak saya pergi nursery secara mengejut buat-buat nak hantar EBM. Then mereka memang benarkan saya masuk dan naik jumpa baby. Kalau nak breastfeed terus pun takder hal. Sebab saya dengar ada sesetengah nursery memang tak bagi parent masuk.


Pada saya nursery ni agak terbuka. Termasuk juga sesetengah hal boleh cakap direct dan alhamdulillah memang saya takder masalah.


Kaseh dulu memang ada hari-hari yang dia meragam gi nursery terutama hari Isnin. Al-maklumlah cuti dah lama 2 hari. Isnin mula la drama.


Awatif? Budak ni?


Awatif


Budak ni memang takder masalah, mama yang ada masalah ngan budak ni. Hantar la hari apa pun macamana pun nak gi hantar mana pun dia layan. Kalau Kaseh takut ngan Ummi Zai sebab suara dia kuat kot. Budak ni semua dia layan sama rata. Hahahahaha.. Sampai 1 tahap terfikir "budak ni tak sayang aku ke sebab takder pun sedih aku nak tinggal dia" ok mama sentap.


Cik Indah pulak sah-sah dia takder masalah, orang pun takder masalah ngan dia sebab dia tido je. Ummi kat nursery pernah cakap masa mandi tengahari pun layan tido.


Kat rumah pun gitu, kalau kat nursery je camtu risau jugak. InsyaAllah takder masalah.


Pengasuh kat sana dorang panggil Ummi just yang muda-muda je panggi "Kakak". Ada sekali tu salah sorang ummi tu cakap "Anak-anak awak 3-3 takder masalah nak jaga. Semua senang. Bagi susu diam, tapi tak tau la anak lelaki esok" Heeeee.. sengeh je la.


Alhamdillah sangat.


Sini Lynd nak share Cara Pilih Pusat Jagaan Bayi dan Kanak-Kanak




  • Pastikan nursery berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) dan seangkatan dengannya.



  • Tanya bilangan kanak-kanak dan pengasuh untuk mengetahui nisbah pengasuh dan anak-anak jagaan. Seingat saya untuk bayi 1 pengasuh 3 bayi.



  • Keterbukaan pengasuh dan pemilik untuk berbincang.



  • Sesekali buat lawatan mengejut terutama waktu tengahari.



  • Aktiviti harian dan pemakanan mereka.


Ini yang asas sahaja. Kepada ibu bapa boleh go detail lagi.


Ada yang tanya Lynd nursery atau pengasuh lebih baik? Ermmmm.. kalau ikut Lynd mestilah Lynd kata nursery sebab tu Lynd hantar kat sana. Tapi sebenarnya masing-masing ada kelebihan dan kekurangan.


Pendapat peribadi Lynd, nursery kekurangannya adalah budak ramai-ramai 1 tempat tu je. Tapi yang Lynd suka sebab pengasuh fokus pada hal menjaga anak-anak sahaja, bukan nak masak atau urusan lain.


1 hal lagi nursery ni ramai yang memerhati, kalau 1 pengasuh yang buat hal akan ada pengasuh lain yang tengok dan paling cikai pun budak lain yang tengok.


Tapi tula pendapat masing-masing dan rezeki saya dapat nursery dan pengasuh yang baik.


Terima kasih kepada Ummi-ummi dan Kakak-kakak Taska dan Tadika Pintar Sayang

Tiada ulasan: