Kelebihan Dan Cara Solat Dhuha

Assalamualaikum


Alhamdulillah.



Kelebihan Dan Cara Solat Dhuha


Sejak ada facebook, ada beberapa orang dok up post
"Jom Solat Dhuha",
"Dah Dhuha ke belum"


Baru terfikir "oooooooo.. ada orang buat rupanya. Ingatkan on paper je"




Dulu ingat Solat Dhuha dan Solat Tahajjud ni adalah amalan orang "super" alim dan dia memang dok kat masjid je.
Bertemankan tikar sejadah sahaja.
Amalan Sunat Dhuha ini hanya diajar dalam buku, kitab dan ceramah sahaja.
.
Alah.. mana ada orang buat pun. Lagi pun sunat je pun. Lagi pun time tu waktu orang tengah rancak bekerja mana ada orang nak berhenti buat keje dan buat yang "sunat je pun"
.
Tapi En Suami ada cakap kat salah satu tempat kerje lama dia amalan Dhuha tu boleh dianggap biasa. Surau akan dikunjungi dalam waktu Dhuha. Bestkan?
.
Dhuha bukan hanya untuk orang berniaga..
Rezeki bukan hanya dalam bentuk wang ringgit sahaja..
Dah buat baru rasa best..


Cara Solat Dhuha



 Cara Solat Dhuha


@ Dilaksanakan sebanyak 2 / 4 / 8 / 12 Rakaat dalam waktu dhuha dan paling afdhal pukul 10 pagi.


(Lynd dulu masa masuk kerja kol 8.30 pagi, ikhtiar sampai ofis pukul 8 pagi sebab nak dhuha dulu. Boleh cari masa yang sesuai untuk orang yang makan gaji)


@ Rakaat Pertama Al-Fatihah - As Syam, Rakaat ke 2 Alfatihah - Ad-Dhuha
(Atau mana-mana surah yang dihafal)


Cara Solat dhuha




Doa Solat Dhuha


Ya- Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu,
Kecantikannya kecantikan Mu,
Keindahannya keindahan Mu,
Kekuatannya kekuatan-Mu
Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu


Ya Allah,
Jika rezeki masih dilangit, turunkanlah
Jika di bumi, keluarkanlah
Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah
Jika jauh dekatkan lah,


Berkat waktu dhuha,
Kecantikan Mu
Keindahan Mu,
Kekuatan Mu
Kekuasaan Mu


Limpahkan kepada ku segala yang telah Engkau limpahkan kepada hambaMu yang soleh.


Amin.



Indah sungguh doa ni.


Nak mudah hafal boleh nasyidkan doa ni.






Jom jadikan Dhuha sebagai salah 1 amalan harian kita.


Dhuha

4 ulasan:

wani berkata...

tq lynd

alla berkata...

Amalan ini yang perlu semua org amalkan

ajuya berkata...

tak amal maka tak rasa..kann

Nadiah Suhaidi berkata...

Bila buat memang rasa beza. Thanks for sharing!