Pengedar Shaklee Klang Terbaik dengan Bengkel Nutrisi

Assalamualaikum.. Alhamdulillah..


Pengedar Shaklee Klang Terbaik dengan Bengkel Nutrisi


Syukur tak terhingga kerana saya diberi kesempatan untuk menghadiri Bengkel Nutrisi 2015 anjuran Shaklee Malaysia pada sabtu lepas.

Bengkel Nutrisi 2015 7

Tujuan saya menghadiri bengkel tersebut adalah untuk menambah pengetahuan saya mengenai rangkaian produk Shaklee meliputi bagaimana nutrisi yang diperlukan oleh badan bertindak, kelebihan produk shaklee dan bagaimana saya boleh memberikan konsultansi terbaik dan membantu masyarat mendapatkan vitamin terbaik untuk penyakit mereka.

Perasaan saya sepanjang berada dalam bengkel tersebut adalah "Besarnya kuasa Allah". Kami diberi penerangan bagaimana sistem badan kita berfungsi. Bila tahu semua tu rasa macam "Hebatnya Allah" dan mula rasa semakin sayang dengan tubuh badan kita.

Lynd rasa lebih menghargai kesihatan dan tubuh badan yang Allah kurniakan. Bila belajar mengenai kencing manis, sakit jantung, kesihatan wanita rasa macam kesian kat badan kita, bekerja begitu kuat tapi kita bantai makan entah apa-apa tambah lagi dengan pencemaran.

Rasa macam nak jadikan Bengkel Nutrisi Shaklee ni sebagai acara wajib. Walaupun produk yang sama tapi ilmu pasti ada beza juga sikit sebanyak setiap sesi.

Bukan susah pun, bayar Rm 40 termasuk dengan lunch penuh kemewahan. Alhamdulillah. Rasanya Rm 40 tu nak cover lunch sekali pun tak lepas kot.

Bengkel Nutrisi 2015 6

Dulu masa kat Time Square pun sama. Rasa macam heran, berbaloi ke dorang buat macam ni ? Sekarang dah tak heran sebab Shaklee full of surprise dan mereka layan pengedar dorang macam "harta karun".

Anak-anak boleh dihangkut sekali. Ni yang bestnya Shaklee. Apa je event boleh bawak anak. Kalau tengok stroller bergelimpangan masa event Shaklee tu perkara biasa.


Pengedar Shaklee Klang 2

Kalau training kat HQ memang ada kemudahan tempat permainan dalam kawasan yang sama. (Patutlah HQ Shaklee dipanggil Home Office). So anak-anak memang berbesar hati ikut mama gi "sekolah"

Allah tak tau nak cakap macamana perasaan saya semakin sayang dengan Shaklee, antara sebabnya :

#Apa yang diwarwarkan dalam iklah atau sesi penerangan mereka adalah perkara sebenar. Bukan strategi marketing. Ini disaksikan sendiri oleh pengedar-pengedar Shaklee yang dibawa ke Head Quarters Shaklee di US. Merek ditunjuk bagaimana para Saintis menjalankan ujikaji dalam setiap produk dan juga bagaimana mereka bekerja untuk menghasilkan produk Shaklee yang terbaik dan selamat untuk manusia.

# Shaklee terlalu menghargai manusia. Terlalu menghargai kesihatan manusia. Kajian keatas sistem tubuh badan manusia menyebabkan mereka rasa bertanggungawab untuk menghasilkan 1 produk yang dapat membantu manusia untuk hidup dengan sihat dan gembira. Bukan hanya atas dasar perniagaan / duit sahaja. Kalau tak kenapa perlu mereka melabur berjuta USD untuk menggunakan saintis untuk membuat kajian. Sedangkan sekarang berlambak je produk yang dihasilkan yang tanpa menitik beratkan kesannya terhadap manusia. Buat dikilang entah kat mana-mana lepas tu offer "Awak nak letak nama apa produk awak?"

Atas 2 sebab baru ini lah membuatkan saya lebih menghargai diri dan saya nak pastikan kesihatan saya ni dijaga dengan baik. Dan bukan untuk saya sorang tapi saya nak lebih ramai orang diluarsana menghargai kesihatan mereka.


Product Shaklee

Maka dengan itu, saya sebagai Pengedar Shaklee Klang dan juga Pengedar Shaklee Seluruh Malaysia berjanji akan menyebarkan kebaikan Shaklee demi memberikan yang terbaik untuk anda.

Pengedar Shaklee Klang

Hargai kesihatan anda kerana ia merupakan 1 amanat dari Allah.

Untuk sebarang pertanyaan dan info lanjut


Haslinda Lynd


Contact No : 019 – 603 8353


Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty



Menyediakan Perkhidmatan Cash On Delivery (COD) dan Penghantaran Setiap Hari

2 ulasan:

Tengku Sofia berkata...

Terbaik!

Pengedar Shaklee Klang by Vitalynd Empire - VitaLynd.Com berkata...

[…] tahu produk Shaklee ni bagus sebab saya pernah ikut mama pergi Bengkel Nutrisi Shaklee. . Sebab tu saya tengok mama sungguh hebat dalam memberikan consultansi kepada pelanggan […]