Semuanya Ada Hikmah sebalik kejadian

Assalamualaikum. Alhamdullah.

Selepas hampir 5 hari blog ni mengalami gangguan sejak tengahari sabtu. Alhamdulillah sudah kembali.

SID_Logo_11Vitalynd

Akak frust sebab masa blog ni down post 5 Langkah Cara Mudah Lipat baju tengah viral.

Tapi semuanya ada Hikmah sebalik kejadian. Saya terima dengan redha.

Luahan saya di Facebook Page Vitalynd Beauty and Health


[ Bukan Senang Melihat Yang Positif ]

Hari ni hari ke 3 blog www.vitalynd.com ditutup. Katanya ada maintenance dari pihak webhosting.
Agak "frust" pada awalnya kerana ada entry tengah viral.


Dan bila hari ini Isnin, hari ke 3 pagi tadi lagi kecewa sebab sepatutnya hari ini saya sepatutnya "bekerja" menaip entry dan mempromosikan blog. Tapi sebab kedai dah tutup nak buat apa. Seakan-akan mati kutu.

Dalam kekecewaan mencari "hikmah" sebab saya sangat berpegang kepada janji Allah "Allah takkan menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia"

Saya percaya itu tapi sebagai manusia kita ada kelemahan bila sesuatu yang kita rancang tidak dapat dilaksanakan. Maka saya selalu berdoa supaya saya mudah melihat hikmah setiap kejadian.

Bila difikirkan 1 per 1 hikmah yang saya dapat dari breakdown blog saya.
1. Masa inilah terbaik untuk saya berkongsi ilmu di Vitalynd Empire. Closed group saya dimana tempat saya berkongsi ilmu perniagaan bersama Shaklee. Kalau ada blog saya lebih fokus pada blog.

2. Memperkukuhkan Facebook Page dan Instagram. Setiap hari saya lebih fokus pada blog dan FB page ini dan IG jatuh no seterusnya. Bila dah jadi gini saya dah mula terfikir mengenai kepentingan FB dan IG.

Sudahnya Alhamdulillah.
Itu yang hanya saya ungkapkan.
Allah berikan ujian untuk upgrade diri ini.

Terima kasih Allah atas ujian dan Kau berikan aku nampak HikmahNya.
Syukur Ya Allah.

Berfikiran positif perlu dididik dimana ia bermula dengan SABAR.

Terima kasih Allah..Terima kasih Allah..Terima kasih Allah..Terima kasih Allah..

Tiada ulasan: