Tips Mendidik Anak Kaseh Si Pemikir

Tips Mendidik Anak


Assalamualaikum.


Alhamdulillah. Terima Kasih Allah. Kalau nak disenaraikan memang banyak benda yang nak disyukuri. Tak terhitung. Allah memberi segalanya walau tidak diminta.


Antara yang paling disyukuri sekarang adalah kurniaan keluarga kecil saya. Alhamdulillah. Saya semakin boleh mengenali kerenah dan personaliti anak-anak. Dulu anak kecil hanya perlu diberi makan dan minum. Tapi bila anak semakin meningkat sebagai ibu bapa kita bukan hanya perlu handle keperluan asas mereka tetapi EMOSI dan PEMBENTUKAN PERIBADI  mereka.


20150726_121430


Sebelum saya tak perasan sangat tetapi sejak 2 3 menjak ni Kaseh saya perasan dah semakin "remaja". Heheheh.. baru 5 tahun kot. Tapi dia sudah ada perasaan malu, marah dan paling "menakutkan" menganalisis situasi.


Kaseh ni seorang yang "pemikir", dia suka kaitkan sesuatu perkara dengan perkara yang lain. Contohnya bila kita cerita,




"Bersalin ni sakit, kesian mama perut mama kena potong, sakit tau, nak bangun susah, nak pangku kakak Kaseh ngan Awatif tak boleh"




Dia mendengar. Dan dihari yang lain bila baby Indah nangis dan mama tak angkat terus dia akan cakap




"Mama kata bersalin tu susah, sakit habis tu kenapa tak jaga anak betul-betul? Tu Indah nangis mama tak pujuk pun"



Maksudnya dia akan berfikir dan kaitkan dengan keadaan sekeliling. Bahaya dan risikonya adalah dia salah "fikir".


Ada 1 ketika anak-anak seakan-akan hilang kawalan. Salah 1 puncanya adalah masa saya dalam pantang. Saya kurang connection dengan mereka. Segala keperluan mereka diuruskan oleh nenek, saya kurang touch dan belai mereka. Apa yang jadi mereka sangat susah dikawal dan mula akan jadi adegan jerit dan marah-marah. Situasi ni terjadi hingga cikgu tadika Kaseh perasan perubahan dia. Dan nasibaik Cikgu tahu yang saya dalam pantang masa tu.


Serius saya risau. Macamana saya nak didik anak dara 3 ketui ni. Kalau ginilah keadaannya memang stress jadinya. Sampai ada ketika saya fikir, " Sudahlah, cukuplah 3 anak, bukan sebab tak larat nak jaga tapi sebab saya takut saya tak boleh didik mereka menjadi Hamba Allah yang Beriman"


Jujur rasa takut sangat. Memang rasa takut sangat masa tu. Then newsfeed Facebook saya seakan-akan faham keadaan saya masa tu, banyak orang share pasal cara mendidik anak dan handle anak.


Rupanya kalau nak anak jadi macam yang kita nak, kita kena tunjuk dulu dan kena cakap elok-elok. Since that saya banyak peluk dan usap Kaseh dan Awatif. Pesanan melalui cerita. Apa yang saya cakap pasal bersalin tu salah 1 daripadanya. Bila dia buat baik saya terus peluk dan cakap terima kasih. Sebelum tidur golek sama-sama then cakap terima kasih sebab anak-anak mama behave sangat hari ni. Then 1 lagi apa yang saya buat, saya buat penjanjian kalau saya taknak Kaseh cakap jerit-jerit, mama pun janji taknak cakap jerit-jerit.


So saya rasa dah dekat sebulan kot saya buat gini. Alhamdulillah sangat. Kaseh jadi sangat baik malah lebih dari saya jangka. Dan pernah saya terfikir yang dia bertindak dan berfikir lebih dari umur dia. That's why saya kata dia dah "remaja"


Still ada lah perangai lompat and lari-lari tu. Biasalah budak. Tapi perubahan paling ketara dia senang tersentuh dengan apa yang saya cakap. Kalau sebelum ni bila kita marah dia boleh buat selamber tak rasa bersalah pun. Saya jerit-jerit pun memang macam tak dengar pun.


Tapi sekarang kalau saya cakap apa-apa dia mudah dengar. Tak payah jerit-jerit. Kalau dia bersalah ke macam hilangkan pen ke dia takut sangat even saya cakap elok-elok. Mungkin dia rasa bersalah kot. Jika dia ada buat salah pun dia akan datang dok sebelah saya dengan air mata bergenang even saya belum cakap apa-apa pun lagi.


Dah dia buat muka gitu lagilah kita tak jadi nak marah. Cukupah sekadar dia tahu dan sedar yang dia buat salah.


Lega dah sekarang. Bukan lah nak kata anak saya baik, atleast benda dah semakin pulih dan saya pun dah tahu camner nak handle. Next is Awatif. Ada beberapa perangai dia yang nampak silly tapi kalau dibiar akan mendatangkan mudarat juga.


Apa yang saya belajar dalam mendidik anak-anak ni Ibu Bapa kena bawak bertenang dulu. Kena tenang dan sihat tubuh badan dan emosi.


Semasa dalam pantang pergerakan kita limited so kita akan cepat naik angin dan kita pun tak boleh nak bertindak secara rasional. since that saya memang nekad nak menjaga kesihatan sebaiknya demi keluarga saya.


Terima kasih kepada rakan-rakan Facebook saya yang banyak kongsi tips mendidik anak yang sangat berguna. Kadang-kadang tak jumpa pun dalam buku.

Tiada ulasan: