What Woman Want : Punca Penat

Assalamualaikum.


Alhamdulillah.


What Woman Want



Sebagai wanita banyak benda yang kita inginkan dan perlu diambil berat.


Dari segi kecantikan, keluarga, rakan-rakan dan kewangan.


Macam Lynd, mengimpikan tubuh badan yang ramping, kulit wajah yang cantik, keluarga yang terjaga dan gembira, rumah yang selesa dan terurus, rakan-rakan yang best dan juga bebas kewangan (financial freedom).


Lynd cuba senaraikan apa yang Lynd impikan, kehidupan yang bagaimana yang Lynd nak. Bila difikir secara mendalam semua perkara yang Lynd nak bermula dengan 1 perkara.


Tanpa "perkara" ini impian kita semua tu takkan tercapai. Mungkin boleh tapi agak sukar dan hampir mustahil.


Ada yang fikir DUIT?


Pada Lynd tak. Sebab tak semua benda boleh dibeli dengan duit, macam anak-anak yang baik, kawan-kawan yang setia dan juga kecantikan.


Pada Lynd semua Impian bermula dengan KESIHATAN YANG BAIK.


Macam Lynd cerita dalam entry sebelum ini, macamana keadaan anak-anak masa Lynd dalam pantang. Sebabkan tak sihat Lynd tak boleh ada bonding time dengan mereka.


Berapa ramai kat sini ibu-ibu yang marah-marah bila badan penat baru balik keje.


Siapa yang sambut suami dengan muka ketat sebab kita penat?


Siapa yang tidur tanpa sempat cuci muka dan pakai night cream?


Siapa kat sini yang rumah tunggang-langgang sebab tak larat nak kemas rumah ?


Siapa kat sini tak sempat nak bersenam sebab penat?


Siapa sini yang tak larat nak masak kat rumah lepas balik keje?


Semua perkara di atas boleh diselesaikan jika wanita aka ibu-ibu mempunyai tenaga dan tubuh badan yang sihat.


Lynd selalu fikir, kenapa rumah kita bersepah? Kenapa suami kita tak mesra? Kenapa anak-anak cakap kasar dengan kita? Kenapa duit aku selalu tak cukup?


Semua persoalan diatas mempunyai jawapan yang sama. Iaitu :


Aku PENAT.


tired-mother





Punca Penat :





  • Tidak cukup tidur pada waktu malam



  • Kurang mengambil makanan mencukupi akibat diet



  • Tekanan / Stress



  • Tidak pandai mengurus masa dan tugasan



  • Kurang pengambilan Makanan Seimbang



 

Tidak Cukup Tidur


fussy-baby-tired-mom1


Masalah ini agak biasa bagi ibu-ibu yang mempunyai anak kecil terutama bayi. Ada jenis bayi yang meragam pada waktu malam, ibu menyusukan dan juga anak yang tidak sihat.


Ketika ini ibu tidak mendapat tidur yang berkualiti dengan kadar yang mencukupi. Maka badan akan berasa penat dan lesu akibat kurang rehat.



Diet Dengan Cara Tidak Sihat


unhealthy-ways-to-lose-weight2


Ada wanita yang terlalu obses untuk kelihatan cantik tetapi menggunakan cara yang tidak sihat. Mereka tidak mengambil makanan yang diperlukan untuk membekalkan nutrisi kepada badan. Ia menyebabkan badan lesu dan kurang zat.



Tekanan / Stress


mom-needs-a-chiropractor


Tekanan kerana kurang sokongan dan terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan sendiri. Bila terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan maka wanita akan merasa tertekan dan kurang semangat untuk melakukan tugasan.



Pengurusan Masa Dan Tugasan


Picture-10


Yang ni memang buat kita superb penat. Kadang-kadang ada benda yang kita boleh combine tapi kita buat benda yang sama berulangkali. Kadang-kadang kita penat sebab mencari barang yang kita lupa letak kat mana. Bab-bab gini memang saya minat sangat iaitu Home Organising. Macamana kita nak manage keseluruhan urusan rumah. Jika kita boleh handle ini semua maka kehidupan kita akan lebih simple.



Gaya Pemakanan Tidak Sihat


image001


Gaya hidup sekarang yang semuanya "fast" menyebabkan kita tidak sempat memasak sendiri dan memastikan pengambilan makanan yang seimbang. Makan apa yang mudah dan cepat. Tanpa mengambil kira keperluan badan dan juga kesan buruk pada tubuh badan.


Jadi apa yang Lynd lihat segala punca Impian seseorang wanita itu tidak menjadi kenyataan adalah disebabkan kepenatan


So wanita sekelian, jom kita jaga kesihatan kita supaya segala kita akan menjadi wanita yang bahagia.


Dalam bahagian yang akan datang Lynd akan kongsi 1 per 1 penyelesaian Punca Penat bagi masalah wanita ini.

3 ulasan:

jacky bass berkata...

Setuju, bila penat semua benda pon xdpt buat, n ganggu mood kita seharian. Nk layan anak2 main pun xlarat nanti.

Azah berkata...

Setuju sangat, bila terlalu penat semua benda bila buat rasa mcm ikhlas tak ikhlas jae. Then mood pon terganggu

Ana berkata...

Good sharing..mmg kelam kabut je kalau takde perancangan kerja yg teratur..then stressss hehe.