WWW 5 Langkah Mudah Lipat Baju Anak

Assalamualaikum.


Alhamdulillah.. akhirnya.. berjaya Lynd menaipkan kata-kata awal untuk perkongsian dalam Siri What Woman Want by Lynd : Home Organising.


Macam yang Lynd explain disini, Home Organising sangat penting dalam melengkapi siri WWW by Lynd kerana jika kita boleh menguruskan rumah dan aktiviti harian kita secara sistematik kehidupan kita akan lebih mudah, tenang dan teratur.



5 Langkah Mudah Lipat Baju Anak


Cuba angkat tangan sapa kat sini suka lipat baju?


Dalam banyak-banyak tugasan menguruskan pakaian ahli keluarga dari membasuh, menyidai, melipat, susun dalam almari dan iron baju, semestinya tugasan lipat yang mengambil masa dan "usaha" berpanjangan. Heeee..


Kalau tak lipat ginilah jadinya..


Baju


Dilonggokkan bila nak cari baju. Sapa yang longgok?


Mama... jugak.. Kalau suruh anak-anak cari baju sendiri dalam longgokan begini memang tak jumpa lah.


Ok..ok.. sudah membebel kita kembali macamana nak urus baju anak-anak yang kecik-kecik tu. Baju dewasa pada Lynd xder isu sangat sebab Lynd banyak hanger je baju, just seluar je lipat. Anak-anak Lynd 5 tahun, 3 tahun dan 3 bulan so memang banyak "cebisan" kain yang perlu diuruskan.




Kenapa nak lipat? Hanger je la.



Sebabnya anak-anak Lynd ke nursery so kalau da siap lipat lagi senang untuk ambil masuk dalam bag. Kalau hanger nanti 1 kerja pulak nak lipat baju anak pagi2.




Tugasan menguruskan baju anak bermula dari


Asingkan Basuhan


Asingkan Jemuran


Cara Angkat dari Jemuran


Lipat


Combine



Haaaaa... Nampak cam complicated sangat. Meh sini Lynd terangkan 5 Langkah Mudah Lipat Baju Anak


Step 1 : Asingkan Basuhan - Maksudnya asingkan dari baju orang dewasa. Macam Lynd banyak kategori, baju harian Kaseh / Awatif, baju Indah (New Born), baju harian mama / papa, baju kerja papa.


Baju Indah asing dari baju kakak2 sebab baju new born tak kotor sangat dan Lynd set mode Speed je. Tak payah normal washing. Letak sabun sikit je. kadang-kadang Lynd basuh pakai tangan je. Baju kerja En Suami pulak wajib asing sebab beliau kerja bengkel so memang comot dengan minyak hitam.


Biasanya kalau hari ni Lynd basuh baju anak-anak esok baru basuh baju kami atau kalau ada space tempat sidai basuh pada hari yang sama. Tapi pastikan setiap basuhan penuh lah dalam 1 load sebab nanti membazir air. Heeee..


STEP 2 : Asingkan Jemuran - Haaaa... Ini penting. Pastikan asingkan sidai baju dan seluar asing-asing baru senang nak angkat. Lynd pernah try sidai baju sepasang-sepasang dekat-dekat tapi bila nak melipat memang ambil masa jugak. Lagi pun cara sidai asing-asing ni lagi cepat sebenarnya tak payah pilih-pilih.


STEP 3 : Angkat Jemuran - Ok ni kena fahamkan betul-betul. Tadi kita dah asingkan tempat sidaikan? Bila nak angkat jemuran, Ambil baju dahulu dan baru angkat seluar. So, baju akan ada dibahagian bawah bakul. Tujuannya? Akan difahami di bahagian melipat nanti.


STEP 5 : Lipat - Tadi kita dah angkat baju dan seluar kat bahagian atas kan? JANGAN TUANG pulak baju tu dari bakul. Habis objektif nanti.


Mula-mula lipat seluar dahulu.


20150810_200528


Asingkan siap-siap pemilik seluar. Seluar pun ada jenis y seluar pendek dan seluar panjang. Kakak da tak banyak seluar pendek sebab katanya malu nak pakai.


Dah habis lipat seluar yang berada di bahagian atas dalam bakul, next lipat baju pulak dengan cara begini.


20150810_202415 20150810_202458


Dah lipat 1 baju tu tak perlulah susun, terus je cari pasangan seluar dari lipatan. Dengan cara ni kita tak perlu buang masa menyelongkar pasangan baju ni dalam longgokan baju, terus je tengok kat lipatan seluar tadi.


Kalau dulu Lynd suka longgok dan terus cari pasangan baju, ambil masa dan bersepah. Dengan cara ni, kalau tiba-tiba ada hal lain nak kena buat kita tak payah masukkan balik kain dalam bakul tu.


STEP 5 : Combine - Let Picture Talk


20150810_202509


20150810_202515


Memang dari dulu Lynd lipat baju gini. Masa kecik-kecik dlu baju kurung pun lipat combine gini sebab senang nak amik.


Dah tu susunlah masuk almari masing2. Sekian sahaja 5 Langkah Mudah Lipat Baju Anak


Ada tak kes yang baju takder pasangan?


Kesnya tercicir tak basuh sekali, ada yang terselit bawah katil, ada yang membasah kat dalam toilet (situasi sebenar anak suka basahkan baju pastu mama lupa nak amik)


Dulu Lynd simpan dalam almari terus, jadi tak bertemu jodoh sampai kesudah sebab lupa tentang kewujudan baju ni. Lama-lama makin banyak baju takder jodoh sudahnya merungut baju anak hilang la, tak cukuplah. Heee..


Penyelesaiannya Lynd letak dalam bakul sementara camni.



11259101_869671756402822_7429853630413926173_n


Letak lah kat atas almari ke. So bila next time nak lipat baju amik je bakul ni letak kat sebelah, mana tau bertemu jodoh.


Dan bagi mengurangkan kerja-kerja melipat baju, Lynd hangerkan baju jalan dan baju tidur. Termasuk juga baju yang jenis jarang pakai macam baju mandi sebabnya bila nak guna senang cari. Kalau lipat memang lupalah susun kat mana.


11900023_869671726402825_4507955247349401683_n


Bila hanger pun sebenarnya lagi mudah anak-anak nak amik. Just pesan "Kakak baju tidur kat tempat hanger ye". Kalau lipat dan campur dengan baju harian memang suka hati dorang jelah nak tarik yang mana. Tambah lagi nak amik baju lain sepah baju lain. Bukan anak-anak je, papa dia sekali kalau disuruh pakaikan baju anak-anak memang aci rembat je baju siang pakai malam. Pastu maknya stress sebab baju nak g nursery tak cukup untuk seminggu sebab dah buat pakai malam. Kesudahannya baju tidur tersadai tak pakai. (Situasi sebenar-benarnya)


11012752_869671739736157_3388507914526767701_n


Haaaa.. 1 lagi tips bonus cara mudah lipat baju anak.


Bukan lipat sebenarnya sidai dan simpan.


Gunakan hanger yang macam kat kedai baju tu. Kaedah ni sesuai hanya untuk baju yang nipis macam baju sekolah sebabnya takut belah dalam bahagian getah tu lambat kering.


Cara Mudah Lipat Baju Anak


Sidai je terus kat ampaian macam ni. Dah kering terus angkat.


Cara Mudah Lipat Baju Anak


Boleh juga guna hanger yang macam ni.


Cara Mudah Lipat Baju Anak


Haaaa.. lambak 1 entry. Dari cara lipat baju sampai ke cara hanger baju. Fuhhhhh... lap peluh.. Janji dapat melepaskan apa yang terbuku di dada.


Lynd dah cuba macam-macam cara nak menyenangkan kerja sendiri dan ini cara yang terbaik so far. Pernah juga cuba cara tak payah lipat.. hihihihi.. lambak dan cari sudahnya mak stress.


So overal sebenarnya ibu2 perlu bijak merancang dari awal dalam setiap tugasan supaya urusan end up lebih mudah dan senang.


Ada yang nak senang taknak asingkan baju anak dan baju mak pak, sudahnya end up jenuh cari baju kecik antara baju-baju besar. Mudah awal susah kemudian. Cepat awal lambat kemudian. Maka terpulanglah..


Sooooo.. harap perkongsian ini dapat memberi manfaat pada wanita diluar sana. Back to What Woman Want, Kebahagiaan dan Ketenagan disamping keluarga.


Kalau baju berlonggok camner nak tenang oiiii...

2 ulasan:

Hikmah sebalik kejadian berkata...

[…] frust sebab masa blog ni down post 5 Langkah Cara Mudah Lipat baju tengah […]

ajuya berkata...

harus cuba ni..