WWW Susun Atur Cara Elak Penat

Assalamualaikum.


Alhamdulillah.


Seperti yang dijanjikan semalam, hari ni Lynd move to Bahagian ke 2 cara mengatasi penat adalah dengan kaedah Home Organising.



Susun Atur Cara Elak Penat


Organization-is-the-foundation


Home Organising ni best sebab ia memudahkan dan menyingkatkan kerja ibu-ibu. So bila rumah kita mempraktikkan Home Organising / susun atur rumah ini kepenatan ibu untuk menguruskan rumah tangga akan dikurangkan.


Sebenarnya Lynd memang suka sangat dengan Home Organising compare dengan Home Decorating. Lynd memang tak pandai menghias rumah dan memang keras tangan tapi bila bab Home Organising ni memang Lynd suka sebab ia memudahkan urusan Lynd seharian.


Apa Beza antara Home Organising dan Home Decorating ?


Home Decorating tu lebih kepada nilai estetik, cantik atau kesesuaian sesuatu perabot atau kelengkapan rumah.


Home Organising lebih kepada fungsi sesuatu ruang / susunan / perabot. Setiap susunan / kedudukan perlukan praktikal dan memudahkan urusan harian kita.


Perbezaan kepada 2 perangai peminat Home Deco dan Home Organising adalah,


Home Deco : Asal kedudukan nampak cantik takper dan biasanya tiada fungsi. Bila nak ambil sesuatu barang dia rela alihkan 1 persatu lepas tu susun balik.


Home Organising : Dia ni akan sekretif mungkin dapatkan susunan paling mudah untuk dia. Paling mudah termasuk dari segi masa dan juga kekemasan. Maksudnya tersusun dan mudah dicapai.


Tetapi bila di bahasa Melayukan ia menjadi "Susunatur" tu orang dah mula konfius. Nak tahu  kompius ke tak bila follow satu group kat facebook Kami Suka Susun Atur. Masa awal-awal penubuhan dahulu admin mengalami kesukaran bila orang post gambar ruang tamu, kitchen kabinet, pasu bunga dan segala jenis hiasan. Rupa-rupanya wujud banyak group home deco so mereka ingat Susun Atur ni adalah sama macam susun atur perabut.


Satu lagi bila home organising ni ia tiada had kepada rumah sewa, dapur kecik, almari buruk, ruang tamu kecik, cat tak cantik, duduk bilik sewa, tinggal dengan family, takder cabinet dapur. Segala masalah disebut itu lah memerlukan Home Organising. Home Organising adalah penyelesaian masalah. So nothing to do with cantik tak cantik. So Home Organising ni adalah sesuai untuk sesiapa sahaja yang "hidup". Heee.. hidup means tak kisah la kat mana pun, kat rumah, office, kereta dan sebagainya.


Meh sini Lynd tunjuk contoh.


Console Table adalah meja kecil yang diletakkan di sudut-sudut rumah. Console table boleh berfungsi sebagai Home Deco dan juga Home Organising.


Ozark-2-drawer-Console-Table-P80001413


Gambar diatas lebih kepada Home Decorating sebab hampir tiada fungsi selain diletakkan pasu dan balang hiasan.


814248p


Manakala Console table ini menjadi ruang storage. Penyelesaian pada masalah hilang kunci / lupa kunci letak mana adalah dengan hanya meletakkan 1 bekas kunci atas console table maka seisi keluarga akan tahu dimana letaknya kunci. Bakul-bakul dibawah meja boleh dijadikan tempat lost and found / tempat simpan mainan anak-anak atau tempat letak stokin yang belum dipakai. So bila nak keluar rumah tak perlu ke almari dalam bilik. Tak ke memudahkan urusan hari tu.


Faham tak?


So that why Lynd cakap Home Organising adalah penyelesaian kepada masalah ibu yang tengah penat. Siapa pernah masa tengah masak, si suami bertanya "Sayang, mana stokin I? Kat atas ke? Tolong ambilkan boleh?" Tak ke penat tu. Kalau kita kemas dan terus letak dalam bakul console table kan lebih senang. Tapi stokin belum pakai sahaja ye jangan stokin dah pakai.


So Home Organising ni perlukan perancangan dan idea. Once dah dapat cara memang memudahkan urusan ibu-ibu sekelian.


Home Organising bukan terhad pada susun atur dalam rumah sahaja, ia termasuk menguruskan perbelanjaan, aktiviti anak-anak dan perancangan menu memasak.


So memang Lynd tegaskan sangat-sangat yang Home Organising memang penting untuk ibu yang ingin tahu cara elak penat menguruskan rumah tangga.


Mana nak rujuk dan dapat idea home organising ni?


Dulu Lynd ada kongsi di blog lama Lynd


Kasehku-Hidupku


Hidupku Rumahku Teratur


Dan boleh refer kat bloglist untuk blog antarabangsa dan local. Lynd banyak refer kat blog omputih sebab masa tu blog local tak banyak yang nak share pasal susun atur ni. Dorang siap buat challenge lagi kat blog. Ada tema antara blogger-blogger. Memang best.. kadang-kadang rasa macam nak kemas rumah time2 tu jugak.


Dan Lynd plan nak share mengenai Home Organizing di Vitalynd.com ini dibawah lable What Woman Want : Home Organizing.


Setuju tak?


Tak setuju pun Lynd nak share jugak sebab itu passion Lynd dan harap sangat perkongsian Lynd dapat memberi manfaat kepada lebih ramai ibu-ibu luar sana.


or-have-the-room-to-store

10 ulasan:

jacky bass berkata...

Setuju! Nak sangat belajar susunatur tapi xde byk masa nk explore satu2 blog dan group.

ena berkata...

Setuju jugakkkk..ena kurang kretif so xminat sgt deco2..home organizing satu keperluan bukan kehendak;)

Mahfuzah_Put berkata...

Lynd, sana nak lagi sharing macam ni. Selalu tgk luar negara punya je. Suka sangat. Nak2 ada nak kecik yang aktif. Bukan rumah cantik yang kita nak, tapi kemas dan tersusun yg kita nak. Anak2 pun senang nak dilatih bila guna konsep macam ni. Update lagi tau, Put suka :)

baizura bahar berkata...

Tq lynd for the great idea.. :)
Sebagai seorang ibu yang bekerjaya dari rumah memang perlu organize satu2 area tu untuk lebih functional.
Tambah2 dengan anak2 kecil yang suka selerakkan barang..tapi, kene tabah jugaklah kalau anak2 selerakkan barang2 yang dah tersimpan elok..hihi

Tengku Sofia berkata...

Ilmu baru ni. Memang tak reti nak organise

Mahfuzah_Put berkata...

Sharing lagi tau, saya suka. Rumah xperlu cantik tapi kemas. Nak2 ada nak kecik.

nurul afiqah berkata...

Ilmu baru tentang susun atur..tq :)

WWW Kurangkan Penat dengan Tips Mendidik Anak Soleh berkata...

[…] BAHAGIAN 2 : Home Organising […]

Ajuya berkata...

Best la lynd..rumah saya sekejap susun sekejap xsusun..haha teka la kenapa

5 Langkah Mudah Lipat Baju Anak berkata...

[…] yang Lynd explain disini, Home Organing sangat penting dalam melengkapi siri WWW by Lynd kerana jika kita boleh menguruskan […]