WWW Transformasi Ruang Bawah Tangga

Assalamualaikum.


Alhamdulillah.


Last week blog vitalynd.com ni ada problem, tak boleh nak access so dah settle uapdate untuk Vitalynd Empire maka tiba-tiba terasa lapang. Kalau tak sibuk cari idea nak up entry apa.


Makanya teringat amanat Si Suami minta carikan seluar kerja lama dia dan Adik Ipar pulak nak pinjam lapik dulang hantaran masa saya kawin dulu sebab dia nak guna untuk bertunang bulan depan. Maka jadilah tugasan hari tu menyelongkar stor bawah tangga.


Bila buka pintu stor..


20150812_090901


Macamana nak masuk..????


20150812_090909


Hekkkkkk... Adeh.. nampaknya kerja bertambah sukar. Ni gara-gara masa saya mengandung sampailah saya berpantang stor ni "terbiar". Main lambak je semua benda.


Makanya sengseng kaki seluar, jom kemas stor.


Hasilnya..


20150814_235645


Fuh.. lega dan lapang.


20150814_235337


Apalah ku nak buat dengan motor letrik tu. Charger rosak so tak leh guna sudahnya jadi tukun. Adeh..


Barang yang dicari pun dijumpai. Mudah sebenarnya nak cari sebab storage box dah lable sebagai "Baju Papa" dan "Hantaran"


Yang jadi lama sebab mengemas tu hah.


So menyingkap kisah transformasi ruang bawah tangga ni, sejak hampir 6 tahun saya dok kat rumah ni.


Bermula sebagai hanya ruang Kosong.


Bawah Tangga 3


Bila dah makin lama tinggal kat rumah ni, barang makin banyak, maka dah jadi tempat sorok barang.


Bawah Tangga 4


Lepas tu terjebak dalam dunia HO ni, mula mencari idea untuk ruang aktiviti anak-anak.


Then bawah tangga ni jadi tempat pertapaan anak-anak.


Bawah Tangga 2


Tak praktikal sangat sebab takder lampu dan kipas. Main kejap je pastu berpeluh.


Tak lama.. dalam setahun lepas tu Suami decide nak menstorkan ruang bawah tangga ni. 

Bawah Tangga


Bulan puasa 2013 kot kerja-kerja DIY ni dilakukan sendiri oleh sang suami. Masa tu bajet Jen I Heart Organizing sangat.


Dan sekarang ia kekallah sebagai stor yang diharap terpelihara dari menjadi ruang lambakan barang. Dari masa ke semasa memang saya suka selongkar dan check barang apa boleh jual kat besi buruk atau pun buang.


Sebabnya kalau banyak sangat barang nanti bila nak cari barang jenuh menyelongkar.


Pembaca semua manfaatkan ruang bawah tangga macamana?


Jong kongsi idea.

1 ulasan:

Jacky Bass berkata...

kebiasaan memang ramai yang jadikan bawah tangga kepada store. bila tgk diy lynd ni, makin ada idea nak manfaatkan ruang ni. walaupun stor room tp kemas dan tersusun. ada tengok oversea, diorang buat jadi drawer yang besar dan jadikan runag tu library, dalam drawer tu simpan buku2.