Apa itu Angin Pasang atau Hernia

Assalamualaikum.


Alhamdulillah.


Seperti dijanjikan dalam entry pengalaman Awatif menjalani pembedahan Hernia di DEMC sebelum ini, kat sini Lynd nak share sikit secara mudah untuk memahami



Apa itu Hernia atau Angin Pasang


Macam biasalah, penerangan Lynd semestinya dalam bahasa yang mudah difahami dan bahasa mak-mak sebab senang nak faham. 1 hal lagi Lynd bukanlah pakar dalam bidang ni jadi Lynd just base on artikel dan penerangan dari doctor. Dan 1 hal lagi Lynd tak nak lah copy paste dari mana-mana sebab baik baca sendiri kan kat blog asal.


Untuk memahami mengenai angin pasang @ hernia ni Lynd ada baca kat Harian Metro ini. Bagus juga penerangannya mudah difahami.


Angin Pasang @ Hernia dikalangan kanak-kanak perempuan.


Angin pasang ni adalah sebenarnya usus yang ditolak keluar melalui "bukaan" pada abdomen kita.


angin pasang 2


Sebenarnya angin pasang atau hernia bukanlah penyakit. It's just bukaan tu tak tertutup sendiri selepas lahir. Dan menurut Doctor Jamal, kalau bukaan tu tak tertutup sendiri selepas umur 2 tahun biasanya memang ia takkan tertutup.


The only way is melalui pembedahan untuk menutup bukaan itu.


Ada yang mengurut tapi sebenarnya mengurut tu sekadar menolak usus tu masuk tetapi lubang itu masih kat situ. So anytime akan terkeluar balik.


angin pasang 3


Kenapa hernia kebanyakkan dikaitkan dengan lelaki ?


Yang itu Lynd kurang pasti, mungkin juga struktur tulang dan badan budak lelaki yang berbeza berbanding perempuan yang menyebabkan "bukaan" itu senang terbentuk.


angin pasang hernia


Macam kes Awatif bila pagi atau dalam keadaan terbaring memang kita takkan nampak benjolan tu tapi bila sebelah petang selepas dia melasak / bermain benjolan tu akan kelihatan.


Sakit ke?


Ikutkan cakap doktor katanya tak menyakitkan tapi bila tanya Awatif dia kata sakit tapi still leh senyum. Kadang-kadang dia cakap geli sambil sengeh-sengeh so maknya ni pun tak tau nak kata sakit betul ke tidak. Rasa nak tepuk dahi dia pun ada. Heee..


So kepada ibu yang anaknya ada angin pasang atau hernia ni tak perlulah risau. Just bawak pegi jumpa doktor dan confirmkan samada hernia atau bukan.


Dan jika buat pembedahan pun tak perlu risau sebab apa yang Lynd leh cakap it's just a minor operation.


Pembedahan tu less than 1 hour then lepas tu dah boleh melasak cam biasa dah.


Ada juga hospital yang menawarkan walk-in dan day care sahaja untuk pembedahan angin pasang ini. Boleh buat research dulu ye.


Harap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua.


 UPDATE Untuk Nad


Lokasi yang mungkin boleh terjadinya Hernia.


common-places-hernias

3 ulasan:

Awatif Menjalani Pembedahan Hernia berkata...

[…] Nanti next Lynd kongsikan apa itu hernia untuk kanak-kanak perempuan. […]

nad berkata...

lynd, hernia ni cemana ke nak kesan? kat pusat ke tmptnya klu tgk kedudukan nya kt dlm gmbr tu...

Haslinda Lynd berkata...

Yup. Ada beberapa tempat yang boleh jadi. Nanti Lynd update gambar y lokasi yang mungkin jadi. Ada tapi lupa nak masukkan.