Awatif Menjalani Pembedahan Hernia

Assalamualaikum.


Alhamdulillah.


Kepada yang follow facebook saya Haslinda Lynd, tahu last week Awatif menjalani pembedahan hernia.


Hernia tu kalau orang melayu kata angin pasang yang biasanya jadi kat lelaki. Ikutkan kata Doctor Jamal, iaitu doctor yang merawat Awatif biasa memang Hernia @ angin pasang ni biasa di kalangan lelaki dan sangat jarang berlaku pada budak perempuan tapi yang selalu datang untuk buat treatment biasanya perempuan.


Mostly soalan yang biasa orang tanya saya


"Macamana boleh kesan"


Saya boleh perasan semasa Awatif mencangkung kat atas toilet bowl yang jenis duduk tu, saya perasan ada "benjolan" pada pangkal paeha dia. Saya tekan memang ada sesuatu bila tanya dia kata sakit sambil sengeh. So tak sure sakit betul ke tak.


Dalam kepala memang terfikir hernia sebab my bff pun anak dia girl pun ada and dah operate pun. So malam tu jugak saya gi klinik kat depan taman ni tapi yang buat ralat tu takder doctor perempuan. Sebab risai so redah jelah. Bila dibaringkan tiba-tiba bengkak tu takder. Because of tak selesa kot doctor tu pun takder lah nak pegang and even saya yang tunjuk kat doc.


Sudahnya doktor tu bagi ubat tahan sakit dan krim yang semestinya saya letak entah kat mana. Ermmm.. apa punca pun tak tau takkan saya nak suka-suka bagi ubat tu.


Then dalam seminggu lepas tu saya perasan bengkak tu ada lagi sudahnya saya decide nak amik gambar tunjuk kat my bff sebab nak tau samada sama ke tak dengan anak dia. And she said "Yes'.


Then tengahari sabtu 30 August tu bawak Awatif gi ke klinik lain yang ada doctor perempuan and bila tengok je she said


"Ouh... ni mungkin hernia dan takder ubat. Saya buat surat refer hospital"


Perkataan "mungkin" tu menyebabkan saya goyang sikit ada potensi benda lain ke. So berlakulah segala teori dan tekaan dengan adik saya yang nurse tu. Ada beberapa term yang dia sebut tapi saya tak berapa amik kisah sebab saya fikir nak gi Hospital Sungai Buluh, jumpa paed once dah confirm hernia, baru operate kat hospital swasta nak guna medical card.


Alasan kenapa nak gi kerajaan dulu sebab risau swasta buat ujian yang bukan-bukan sebelum tahu punca sebenar.


Tapi malam tu contact dengan agen insuran Hanif nak bagitau kes ni. Dan ayat dia buat saya bertukar fikiran,


"Kalau hernia kenapa tak gi swasta terus kak, dorang boleh buat terus"


Dah mula balik sesi tanya orang sana sini. Dengan yang cakap hospital ni tak bagus, agen insuran tak boleh caya dan macam-macam lah.


So as usual my bff always give the answer that i want. Heeee...


So setelah segala pertimbangan kami decide nak bawak Awatif ke Darul Ehsan Medical Center.


Kenapa


Sebab utama adalah setau saya DEMC hospital yang ada pakar kanak-kanak dan bila check dengan agen insurance saya DEMC dari rate harga lagi rendah dari KPJ yang sesuai dengan rate medical card kami.


So pagi tu (Ermmmm.. xder la pagi sangat) dalam kol 11 gitu sampai DEMC tengok mak aiihh ramainya orang. Ni hospital ke supermarket. Terus ke customer service tunjuk surat refer dan dipermudahkan slot untuk jumpa surgeon ada kosong lagi so tak payah buat appointment hari lain. Dalam kol 1 gitu dapat jumpa Doc Jamal, check pun sambil duduk je and rezeki pulak tu lagi bengkak tu kelihatan.




Doctor Jamal : So awak nak buat ke? (Operate)


Saya : Yes, ada option lain ke?


Doc Jamal : Mana tau awak nak urut dulu ke, tapi tak membantu pun sebab lubang tu masih kat situ. So awak boleh pilih tarikh lah nak buat sabtu ni ke, lepas raya ke. (Siap angkat kalender)


Saya : Buat terus tak boleh ke? Saya dah mentally prepared dah ni.



Hahahahah.. saya nak kasi settle cepat2 lagi2 bila saya terasa macam sangat yakin ngan Doc Jamal ni.


So lepas segala urusan da settle maka kami admit lah petang tu.


Rezeki Awatif, kalau diikutkan rate kami layak untuk bilik 2 katil tapi disebabkan takder kekosongan kami diberi bilik VIP. Sangat bermanfaat dengan 2 orang budak yang tak reti diam memang kena diasingkan lah dari orang lain.




Awatif DEMC


Malam 1st tu memang seronok sangat lah Kaseh n Awatif sebab mungkin dorang ingat hotel ke apa. Sampai licin makanan hospital tu dorang makan. Sedap katanya.


Cik Indah tinggal dengan mertua ku so saya, Kaseh and Awatif bermalam kat spital. Ajak Kaseh bukan apa, buat kawan saya dan Awatif. Nanti berdua je ngan Awatif boring pulak. Kaseh? Apa je benda baru mesti menyeronokkan.


Disebabkan Awatif kena puasa sebelum pembedahan yang dijangka pukul 10 pagi so last boleh makan pukul 4 pagi dan last minum air kosong kol 7.


Awatif DEMC 2


So nak harap kejut dia "sahur" memang takder la. So malam tu memang kasi dia makan apa aje yang dia nak dan saya lewatkan sikit dia tidur dengan harapan esok pagi bangun lewat dan boleh terus mandi dan ke OT.


Agak berkesan la jugak cara tu. Sebelum anak-anak bangun mama dah sorok segala makanan dan minuman.


So Awatif bangun dan tukar baju OT. Masa ni mood dia macam bosan kot then maybe bangun agak awal so masih ada sisa-sisa mengantuk.


Saya ikut untuk ke OT sehingga proses bius. Bila dia dah tak sedar saya diminta tunggu kat wad. Tapi sebab tak makan lagi, papa dan Kaseh dah keluar gi tempat lain maka saya turun beli makanan dan lepas tu baru tunggu kat bilik.


Then, tak sempat pun makanan habis nurse dah panggil minta saya ke OT sebab operation dah siap.


Disebabkan saya tunggu tempat lain nurse kat OT tak jumpa so dia call kata anak saya dah bangun.


Masa tu fikir, eh cepatnya bius habis.


Awatif DEMC 3


Memang la jumpa masa tu dia tengah meraung peluk one of the staff kat situ. Then lepas tu saya dokong macam biasa.


Balik bilik dia cari papa dia pulak. Tak boleh tinggal, nak peluk aje lepas tu dia tidur je. Lama jgk dia tidur, sesekali saya gi cuit dia risau gak takut pengsan.


Dah bangun tu 2 jam pertama je yang buat gaya orang sakit. Nak baring ke minum air ke minta. Mama bagi layanan 5 star la.


20150902_152244


20150902_152302Yang kakak pun mungkin kesian kot tengok adik dia kena drip baru timbul rasa sayang. Kalau tak kejenya nak menyakat aje.


Itu 2 jam pertama la. Lepas tu?


Orang datang melawat pun dah tak tahu sapa yang sakit. Melasak cam biasa. Haisssss.. kita yang gerun. Doc Jamal ada cakap gak la memang macam tu. Pagi operate petang budak dah melompat dah. So mama pasrah je la.


Esoknya buka balutan luka dalam 2-3 cm sahaja. Masih on ubat tahan sakit. Ubat yang makan ok lagi sebab Awatif anak bertuah tu memang senang nak makan ubat and dia yang request nak makan ubat. Masalah sikit ubat yang nak masuk bontot tu.


Cabaran dan penuh drama bab tu. Nak gelak pun ada.


Syukur alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Awatif memang anak yang mudah dari kecik sampai sekarang. Cuma manjanya tu rasa nak cobet. Tapi dia memang sentiasa menghibur mama.


Tambah kesyukuran lagi sejak bekerja sendiri ni saya tak perlu fikir nak minta cuti ke, call sapa-sapa. Allah nikmat betul. Kalau tak nak kena inform orang sana sini, nak receive call tempat keje. Bila dah jadi kes-kes gini Ya Allah syukur sangat. Ni lah salah 1 sebab kenapa saya nak sangat jadi Work At Home Mom ni.


Nanti next Lynd kongsikan apa itu hernia untuk kanak-kanak perempuan.

5 ulasan:

ainniah berkata...

ooo operate hernia rupanya. ritu tengok FB tertanya2 jugak kenapa kena 'puasa'. hehe...
good job awatif ! :)

ajuya berkata...

Alhamdulillah..dah selesai ye. good girl sgt awatif ni

Apa itu Hernia atau Angin Pasang berkata...

[…] dijanjikan dalam entry pengalaman Awatif menjalani pembedahan Hernia di DEMC sebelum ini, kat sini Lynd nak share sikit secara mudah untuk […]

zulkifli berkata...

salam boleh sy tau berapa puan kena kos pembedahan?

Haslinda Lynd berkata...

Wslm.. Total dalam 3K lebih.
Tapi Insurance cover.