Kenapa Saya Suka Siti Nurhaliza

Kenapa Saya Suka Siti Nurhaliza


Siapa tak kenal dengan pemilik nama Siti Nurhaliza.


Siti Nurhaliza 2


Ermmmm.. Dari dulu saya memang suka tengok dia sebab di cantik. Lagu-lagu dia pun boleh layan. Takder la fanatik tapi suka tengok kalau program ada dia.


Dari zaman sekolah dulu sampai lah sekarang. Macam saya cakap tadi saya suka tengok dia. Just tengok. Tapi recently baru saya rasa "kagum" dengan Dato' Siti Nurhaliza Taruddin ni.


KUALA LUMPUR 15 January 2015. (UNTUK YATI/RAP SHJ) Penyanyi, Datuk Siti Nurhaliza. NSTP/Munira Abdul Ghani


Sejak saya terlayan Instagram ni dia antara artis y saya suka tengok. Ermmmm... bukan seperti artis biasa kenapa saya suka follow dia. Ia gara-gara ada salah 1 video Dato' Siti dalam kereta tengah promo 1 program dia ni dan saya terpandang "sesuatu" jari jemari beliau.


Saya ada screenshot "sesuatu" itu tapi saya dah terdelete kot dulu. Saya terpandang ada tasbih digital dijari beliau. (Kekaguman saya sampai tahap tak sampai hati nak guna "dia").


Yess.. Start tu yang saya mula kaguuuuuummmm sangat ngan dia. Orang lain mungkin dah lama sedar dan mengkagumi dia tapi saya baru ok.


Memang terlambat Cik Lynd.


Apa yang buat saya tiba-tiba baru sedar?


Kerana saya baru sedar dia layak apa yang dia ada yang menjadi idaman setiap wanita. Dari segi kecantikan, kekayaan, kejayaan, budi pekerti dan pengiktiran. Dia cantik dari dalam.


Bila tengok video ni lagilah meremang bulu roma.



Yesssss.. video lama. Entah yang zaman bila tapi dia diiktiraf sebegitu dan tiada siapa yang dapat lawan level yang dia pernah capai.


Dia berjaya kerana kebersihan hati dia. Bertapa positifnya dunia dalaman dia dimana walau apa pun cabaran yang datang tak berjaya mengkotorkan perjalanan hidup dia.


Allah aturkan kehidupan dia. Maka Allah lambakkan segala Kekayaan kepada Dato' Siti.


Adehhh.. camner nak explain eak. Kejayaan dia bukan nasib. Kejayaan dia sebab dia nak, dia minta dengan tuan punya dunia dan dia sabar saat diuji.


Siapa saya nak judge dia?


Biarlah. Saya Siti Norhaslinda.


Dia yang dah berjaya pun mengamalkan amalan menjemput rezeki. Kita?


Aduhhhh.. ketuk pala sendiri.


Patutlah kekayaan dia mencurah-curah.

Tiada ulasan: