Realiti dan Media Social

Assalamualaikum dan Alhamdulillah.


Hari ni Lynd nak sembang santai mengenai life style sekarang iaitu media social.


icon-collage


Ada yang rasa itu adalah keperluan, ada yang rasa ia adalah kemahuan.


Orang yang berniaga macam Lynd ni memang menjadi keperluanlah kerana ia merupakan tools marketing. Dan tak semestinya media sosial kita hanya memaparkan produk-produk kita sahaja, mesti kita ada share mengenai life kita kan?


Ermmmm... macamana Lynd nak mula.


Ok.. ia bermula dengan banyak yang jenis "cuba" mengawal..




# Jangan share gambar makanan nanti orang yang tak dapat makan rasa sedih


# Jangan share gambar pasangan masing-masing nanti orang yang single kecik hati


# Jangan share gambar anak nanti orang takder anak rasa sedih


# Jangan share apa kita beli nanti orang kata kita menunjuk


#Jangan share gambar raya nanti orang tak balik raya sedih.



Uuuuuu.... aaaaaaa... betul tak ada peringatan-peringatan begini?


Beberapa minggu lepas ada orang share lebih kurang gini lah ayat dia "Orang yang dok upload life dia kat media sosial ni memang lah nampak elok sebab semuanya dah disusun dan edit sebelum dikongsi"


Next point..




# Best lah aku tengok ko ngan anak-anak ko


#Aku takder apa nak share. Life aku sama je.


#Tak payah lah tengok facebook buat sakit hati je



Crop or Zoom Your Life


Segala statement kat atas tu saya tak kata salah atau betul. Itu hak masing-masing untuk menilai.


Tapi apa yang di paparkan di media sosial ni mestilah yang best-best aje yang kita nak tunjuk.


Yang tunggang langgang kita tak tunjuk.


Contoh.. Bila saya share conversation anak-anak dengan saya. Semestinya yang menarik. Ada yang cakap best lah anak-anak ko petah bercakap. Boleh buat kawan.


Tapi in real life, kalau saya tak perhatikan betul-betul apa yang dorang cakap tu saya pun tak perasan sebenarnya conversation tu menarik.


Dannnnnn... saya bukan jenis ibu yang mithali2 tu. Saya sekarang dah pandai membebel dan sesekali tu kasar la jugak ngan anak-anak. (Adehhhh.. tiba2 rasa sedih masa taip part ni)


Cuma bila saya tenang tu saya leh tangkap conversation kami anak-anak yang saya rasa menarik dan boleh share.


Maksudnya apa?


Kita kena "zoom" cari apa yang best dalam hidup kita.


(Dan tak semestinya untuk di share di media sosial pun)


Pointnya disini, hidup setiap orang tu ada yang menarik cuma kita ni salah zoom asyik nampak yang tak best aje.


Kita pun tak boleh nak "crop" kehidupan kita sebabnya kehidupan kita ni bukannya pentas lakonan. Dah turun pentas dah habis lah segalanya.


So.. sebelum sanggup anda mengatakan "life aku tak menarik nak share kat fb"


Hello...!!!! Please off mode autofocus tu sebab mungkin setting asyik nak focus yang tak best aje.


Tak baik tau cakap gitu. Allah tak lupa nak berikan yang best dalam life kita cuma kita nampak tak nampak je.


Power of Syukur


Kalau yang jenis
"Life aku menarik je cuma aku tak share fb je"


Alhamdullillah..


Paparan Kisah "Apa yang aku ada" dan "Apa yang aku buat"


Ada orang tak suka sebab katanya menunjuk.


Ini adalah 1000x lagi bagus dari segala "rungutan", "kritikan" dan "teguran tak berhemah" di facebook.


(Alhamdullillah.. posting begini tak lalu dah ni newsfeed ku lepas beberapa proses penurasan).


Jujur.. saya suka sangat tengok kisah bahagia orang. orang dok tayang apa yang dorang beli, dorang gi mana sebab mesti lah ada perasaan cemburu kalau apa yang dorang buat tu saya pun suka.


Bila cemburu.. rasa nak jugak..
Bila nak jugak.. kena lah usaha..


Ada orang-orang kaya dok tunjuk beli kereta baru, jam baru..


Ada yang kata  menunjuk-nunjuk dan tak kurang jugak yang rasa terinspirasi.


Macamana kita melihat hidup kita macam tu jugak kita menilai hidup orang.



Tapi rules untuk post apa-apa di media sosial


origin_15076038227


Motif posting ini..


Belajar focus apa yang best dalam hidup kita dan syukur

Tiada ulasan: