Cita-cita anak ku

Assalamualaikum.

Bila bercakap pasal cita-cita mesti Kaseh yang paling petah sebab dia dah 5 tahun so dia dah mula faham lah.

Thank to upin ipin jugak lah sebab menimbulkan topik ni dalam salah 1 episod.


Cita-cita anak ku


Kaseh : Ma.. Cita-cita tu apa?

Mama : Cita-cita tu kakak nak kerja apa bila besar. Apa cita-cita Kakak ?

Kaseh : Kita nak jadi "Doctor bedah perut orang mengandung"
(Panjang betul cita-cita dia)

Mama : Awatif.. cita-cita awak nak jadi apa?

Awatif : Hentah....
(Lebih kepada tak faham topik perbualan)

Kaseh : Haaaa.. apa kata Awatif jadi "polis kat hospital"

Mama : Mana ada polis kat hospital kakak? Polis kat balai polis la.

Kaseh : Ada la mama. Yang pakai baju putih yang tak bagi budak-budak masuk tengok orang kat hospital tu.

Lepas gelak mama meletus

Mama : Kakak..!!!! Tu pak guard bukan polis..!!!

Sadiss.. dia nak adik beradik dia keje hospital semuanya. Sorang doktor sorang "polis".. Adil kah?

20150906_135646

Tiada ulasan: