Hijrah 1437 101 Impian

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

Tahun 1437 Hijrah  tahun baru menjengah.

Mungkin ramai yang macam tak aware sangat pasal tahun baru islam ini dan mungkin tak "glamer" sangat untuk azam baru.

Tapi personally pada Lynd, tak kisah bila pun kita patut berazam atau lebih tepat "berhijrah".

Berhijrah kepada yang lebih baik.

Untuk Lynd hijrah tahun ini lebih bermakna kerana sememangnya Lynd benar-benar berhijrah.

InsyaAllah dalam bulan ni Lynd akan berpindah ke rumah baru. Mungkin ada yang kata 'down grade" kehidupan tetapi ia lebih kepad "restructured" kehidupan.

Restructured yang membawa kami lebih dekat dengan impian-impian kami.

2x Lynd join Intensif Magnet Kejayaan & Kekayaan (IMKK) Doctor Azizan Osman, beliau menekankan untuk kita menyenaraikan 101 Impian kita.

Selepas 1st time buat dahulu Lynd pernah buat then lupa save kat mana. So sempena tahun baru ini Lynd dalam proses menyediakan senarai baru impian Lynd.

Orang kata bermimpi ni senang, tapi cuba senaraikan.
Haaaa.. dapat 30 pun dah kira banyak. Siapa kata bermimpi tu mudah?

Cer buat 101 Senarai Impian anda.
Dream-IT-Wish-It

Tiada ulasan: