Kaseh Cabut Gigi Susu Sendiri

Dia sudah mareyyyyy..


Lai..lai..lai..


Padia?


Mood menaip santai tanpa perlu memikirkan segala SEO dan sebagainya.


Bila kita citer pasal produk Shaklee, kita formal, bila kita citer pasal anak-anak kita jadilah mak. Heeee.. Lagipun blog ni pun akan jadi harta peninggalan untuk anak-anak baca kisah-kisah dorang la.


Kali ni meh kita citer pasal kepahlawanan Kakak Kaseh mencabut gigi susu sendiri.


Kisahnya bermula pada 1 malam Kaseh cakap,


"Ma, apa yang keras-keras ni" sambil tunjuk kat gusi dia.


Rupa-rupanya kelihatan tunggul gigi baru. Gigi susu belum tercabut lagi. So ingat esoknya nak bawak gi jumpa dentist lah, mana tau nak kena cabut ke sebab masa mama kecik-kecik dulu tercbut sendiri je maka tak tau gigi kekal tu sebenarnya dah ada ke tak masa tu.


Maka malam tu berlakulah sesi penerangan pasal gigi susu dan gigi kekal ditambah lagi penjagaan gigi.


Keesokan harinya kebetulan cuti sekolah maka Awatif je gi nursery, Kaseh berjimba ngan mama kat rumah. Dalam pada dok delay tu gi rumah nenek felda dulu, sembang ngan Tina pasal gigi kekal Kaseh dah tumbuh. Dia pun tengok lah gigi Arfan, sekali rupanya dah ada jugak. Arfan lagilah gigi dia cantik semua, takder yang rongak. Kaseh ni liat gosok gigi tambah pulak mak dia ni jenis "asal mandi pun dah cukup" heeeee..


Sambil dok sembang tu Kaseh dengar la neneknya cakap yang kalau nak gigi kekal tumbuh elok dan tersusun, gigi susu tu kena cabut, kalau tak nanti gigi kekal senget benget.


Cakap nak gi dentist Kaseh ok je dengan syarat mama pangku dia macam masa dia gi dentist tahun lepas (Thank you to upin ipin yang ada dalam 1 episod tu cakap yang cabut gigi tak sakit). Si Arfan pulak kononnya taknak takut katanya.


Sementara tu lain pulak keje dak Kaseh ni. Dia dok goyang gigi dia then tunjuk kat nenek ngan mama. Mama tengok goyang ala-ala je dengan kata lain tak goyang pun. Dah tu dok ulang alik depan cermin. Main kejap kat luar masuk tengok gigi. Tangan dalam mulut aje lah sebab dok goyang gigi.


Ni 1 perangai Kaseh dia suka "buat sesuatu". 1 ketika dulu hisap jari sampai luka jempolnya, lepas tu gigit rambut then gigit pipi (yang tu nntlah kalau berkesempatan saya citer) then yang dia leh rasa gigi baru tumbuh tu sebab dia suka menggentel. Tu dia gentel gigi la tu kot.


Balik dari rumah nenek, terus balik rumah dok berkira-kira lagi nak gi dentist mana.


Sudahnya...


Gigi Susu


Gigi Susu 2


Arfan yang cabut gigi dulu petang tu. Menggelabah lah minah kat rumah ni, ajak gi dentist juga time2 tu jugak.


Dentist ni mana leh walk in kena appointment dulu nak.


Adehhhh.. yang buat mama macam dok berbelah bagi tu sebab dok fikir nak gi jumpa dentist yang mana sebab kalau boleh nak cari dentis yang mesra kanak-kanak sebab taknak dia serik di dentist lagi.


Sudahnya mama nekad, ok esok kita gi dentist.


Malamnya... jadi cerita lain..


20150921_214947


Apa entah yang dibuat ngan gigi yang tak berapa nak goyang tu leh terkulai layu di tasik madu.


Ngan mulut berdarahnya. Mama mestilah buat muka relax sambil menyemburkan kata-kata pujian. Pada hakikatnya kebas pipi mama nak oiiiiii... seghiau..


Si Appa pulak sibuk nak cabut. Si anak memang tak kasi lah. Ngan mama dia suruh tengok and pegang. Memang tak la nak oiiii..


Katanya tarik dengan kuku. Gigih betul anakanda ku ini.


Masa tu memang yakinlah... tak sampai 24 jam mesti tercabut gigi tu.


Tapikan.. Macam biasa.. Kaseh akan buat cerita lain..


Keesokan harinya.. demam pulokkkkkk..


Nasibaik ada kawan Dentist, tanya dia kalau demam leh cabut gigi tak sebab rasanya ni demam sebab gigi tu.


Katanya xguna gi dentist pun sebab nanti xleh cabut sebab demam nanti healing proses kacau. Makanya kawal demam dulu, dah ok baru gi cabut.


Pengakhiran Cerita


(Dipetik dari FB Haslinda Lynd)



[ 1 of Best Memory As Mom - Gigi Susu Tanggal ]
.
Kejadian setengah jam lepas tapi mama tak habis sengeh lagi..
Masih bersisa mama gelak besar tadi..
.
Kisahnya..
Pagi tadi lepas breakfast baring je Kakak Kaseh..
Naluri ibu ni terfikir.. Demam ke dia..



Amik temperature 38.2 degree..
Sah demam..
Bila cakap dia demam dia SENGEH..
"Ma.. kita demam ke? Nanti kita gi beli tampal dahi tu ye"
.
Tanya kawan ku Si Dentist Cantik Manis Siti Nurul Hasanah..
Katanya kalau demam takleh cabut gigi kena tunggu baik dulu..
.
Ok lega sikit.. just control demam dia je.
.
Then petang ni dia minta bubur..
Layan.. makan bubur..
Tapikan dalam pada tu dia sempat cakap..
"Ma.. kita nak makan kerepek pisang tapi susah la gigi kita goyang"
Padahal tengahari tu dah beladah kerepek pisang rumah Cik Suhana Manaf..
.
Sampai lah ke masanya..
Mama nak keluar gi amik baju kat belakang..
Kaseh jerit dari depan..
.
"Mama..!!!! Dah cabut.."
Si Mama pulak "Alhamdulillah..." sambil tu berkejar la gi kat dia nak tengok..
.
Tapi.. boleh pulak dia gi belakang langsir sliding door cari "sesuatu"
.
Guess what..
Dia da standby plastik sample vitamin Sheklee mama untuk letak gigi dia.
.
Patut la dia tertido kat sliding door td.. rupanya sorokkan plastik tu sambil menunggu masa gigi tercabut..!!!
Allah.. klakar gilos tengok muka dia masa tu..
Muka cari plastik and masukkan gigi tu.
.
Dia punyer standby tu memang best.
.
Mama memang gelak xhengat la..
.
Sudahnya.. "Mama.. cepat gambar kita hantar kat papa"
.
"Indah... Gigi kakak dah tercabut"
.
Maaf jiran2.. kami kecoh macam ada orang beranak.. anak saya tercabut gigi je..
.
Antara Kenangan paling best as a mom..
.
‪#‎bolehbuatnovel‬



20150922_204029 20150922_204039 20150922_204121


Adehhhh... Ingatkan dah nak tamat cerita gigi susu mu ni Kaseh.


Belom lagi... Bab nak semadikan gigi pulak..


Esoknya gi rumah nenek felda (Mama takder tempat lepak nak oiiii rumah mertua ku ni je lah tempat mama menumpang kasih), mula pulak dilema nak uruskan bangkai gigi ni.


Mama Kata : Gigi kena tanam


Arfan Kata : Nenek kata kalau gigi atas campak kat tanah, kalau gigi bawah yang tercabut campak kat bumbung.


Dah sudah..


Kaseh mengalami krisis pendapat. 2-3 kali dia tanya nak buat apa ngan gigi tu. Nak dengar cakap sapa. Sudahnya, suka hati la nak.


Hehehhehe.. Pilihan dia tanam tapi..




Kaseh : Kita dah tanam gigi kita.


Mama : Kat mana?


Kaseh : Bawah pokok kelapa. Kita masukkan dalam lubang.


Mama : Pastu tutup dengan pasir tak lubang tu?


Kaseh : Tak. Sebab kita masukkan dalam lubang besar lepas tu gigi tu masuk dalam lubang kecik yang kat dalam lubang besar.



Kesimpulan : Dia masukkan gigi tu dalam lubang semut bawah pokok kelapa.



Sekian..


(Cerita pasal gigi anak pun sampai 1+++ patah perkataan)

Tiada ulasan: