Work At Home Mom - Kenapa Perlu Kerja

Assalamualaikum.


Hampir 3 bulan bergelar work at home mom (WAHM), apa yang saya rasa...


Nak tau ?


Nak Tau?


Nak tau?


Rasanya.... SERONOK..!!!!


Tak payah terkejar-kejar masa waktu pagi, stress dengan orang, melayan "cerita orang", dan macam-macam mensemakkan kepala.


Heeeee... Serius best...


Dulu.. Lynd selalu kenapa perlu kerja?


Lagi-lagi kerja yang kita tak suka.. yang kita tak suka apatah lagi kerja itu "menyakitkan".


Sebab DUIT.


Takder ke benda yang kita leh dapat yang kita suka dan mendatangkan duit?


Contoh... penjual nasi lemak pada waktu pagi..


Seronok ke dorang bangun awal-awal pagi siapkan barang jualan dan lepas tu keluar berniaga.. dan lepas tu dapat duit..


Work at home mom


Heeee... viral hari ni.


Back to KERJA.


Kenapa kerja?


Jika matlamatnya hanyalah duit maka timbullah segala kelemauan yang BEKERJA.


Tipulah kalau sapa kerja taknak duitkan. Semua orang nak duit.


Tapi kita semua ni hidup.. we are alive..


Kita nak lalui hidup ini dengan seronok dan bahagia. Alangkah bahagianya jika kerja yang kita buat setiap hari semestinya menyeronokkan.


Walaupun apa kerja kita samada keje 8-5, bekerja sendiri atau apa sahaja semestinya 8-10 jam waktu kerja kita itu kita nak lalui dengan seronok.


Seronok pergi kerja, balik rumah keluarga yang membahagiakan dan hujung bulan dapat gaji dan berbelanja untuk kehidupan dengan selesanya.


Itu yang diingini WALAUAPA pun kerja anda.


So adakah kerja anda sekarang menawarkan kehidupan sebegitu?


Jika tidak, anda ada beberapa cara ke arah kehidupan yang menyeronokkan..




  1. Cari sisi seronok kerja anda

  2. Jadikan kerja anda seronok

  3. Cari kerja lain

  4. Jana duit dari apa yang anda suka buat.


Kita tak boleh kata yang kerja sendiri ni adalah yang terbaik sebab kehidupan kita ini masih perlukan pekerja. Jika semua orang nak jadi nelayan siapa nak tanam padi?


Lebih kurang gitulah semua PEKERJAAN saling berkait.


Next..


Pekerjaan Yang Memberi Manfaat


Walau apaaaaaaaaaa pun kerja anda, cari sisi yang memberi manfaat kepada orang lain pada pekerjaan anda itu.


Contoh kepada penjual nasi lemak tadi. Jika semua orang tak berniaga nasi lemak, jika kita nak makan nasi lemak kita terpaksa masak sendiri.


Beb... sapa yang tegar nak masak nasi semangkuk untuk makan sendiri setiap hari.


Maka penjual nasi lemak itu bekerja memberi manfaat kepada orang lain dengan menyediakan sarapan nasi lemak.


Contoh lain, jika anda seorang technician yang ditugaskan untuk membetulkan mesin yang rosak di sebuah kilang. Apa manfaat kerja anda pada orang lain? Sebabnya bila mesin rosak seronok je operator melepak tak perlu jalankan mesin. Siap kena perli lagi bila kita siapkan mesin dalam masa yang cepat. Sebab mereka kena kembali jalankan mesin.... Itu fikir pendek..


Fikir panjang.. mesin rosak.. kita tak dapat betulkan.. mesin tak jalan (Operator seronok).. tiada output dari mesin.. tak dapat supply kepada pelanggan.. pelanggan  tak happy.. no bisnes.. tiada duit masuk.. nak bayar gaji anda dan operator tu dengan apa?


Soooo... walau apa pun kerja anda.. cari sisi manfaat kerja anda kepada orang lain.



OFF TO WORK


Kerja..


Idea ni saya dapat lepas saya stalk IG retis-retis.. Melihat kehidupan mereka penuh glamer. Jumpa orang sana sini, having fun, nyanyi-nyanyi dan macam-macam lagi. Berbisik "Seronoknya life dorang"


Then... ada juga hari-hari tertentu artis-artis ni buat caption


"Off to work".


Then saya terfikir.. "mereka bekerja". Yes.. mereka bekerja dimana yang kita tak suka dengan perkataan "Pergi Kerja".


Maka sel otak ni terus berhubung dan berfikir kenapa kita kerja. Kita nampak life artis ni menyeronokkan dan hakikatnya life yang mereka paparkan itu adalah '"pekerjaan" mereka.


Dengan kata lain pekerjaan mereka itu menyeronokkan.


Takkan jadi artis je hanya pekerjaan yang menyeronokkan.


Takkan takder kerja lain yang menyeronokkan?


Sooooooooo... itu yang menjadi tugas kita semua ni :




Mencari keseronokkan dalam kerja kita


@


Mencari pekerjaan yang menyeronokkan.



Apa yang menyeronokkan?


Tanyalah diri sendiri. Apa yang anda suka?


Just do it..


Dan jana DUIT darinya.



Work At Home Mom


images


Berstatus bekerja dari rumah.


Diulang ye... BEKERJA..


Mean WAHM juga kena bekerja. Cuma waktu kerja kami flexible.


Dan kerja yang nak dikerjakan pun pelbagai dan mempunyai ruang untuk seronok sebab apa yang dikerjakan itu adalah pilihan kita.


Yes... Entry ini lebih kepada peringatan kepada diri sendiri.


Sebab dari dulu Lynd selalu terfikir kenapa kena kerja selain sebab duit.


Makin lama makin Lynd jumpa jawapanya.


Semua orang perlu kerja untuk hidup. Tapi kita ada hak untuk bekerja dengan gembira kerana kerja juga sebahagian dari hidup kita. Maka jadikan kerja kita itu membahagiakan dan menjadi alat untuk kita mengumpul pahala.



Tiada ulasan: