Faktor Pemilihan Tadika Dzul Iman

Assalamualaikum.


Diari Untuk My Girls


Lamanya tak cerita pasal anak-anak kat sini.


Oklah.. nak dapat rentak menulis balik tu agak sukar. Tapi apa salahnya kita mulakan balik kan.


Rasanya mama belum pernah cerita lagi mengenai sekolah baru Kaseh dan Awatif.


Masa December tahun 2015 bermulah pemburuan mama mencari tadika baru untuk anak-anak. Walaupun berat hati nak tinggalkan Tadika Pintar Sayang. tapi hidup mesti diteruskan dengan kehidupan baru iaitu hijrah.


Walaupun diikutkan kawasan sekitar tempat tinggal kami ada je beberapa tadika samada yang jenis francais atau pun tidak. Tapi tu lah.. kami bukan mencari nama Tadika tapi kami mencari tadika yang lebih baik atau at least sama baik macama tadika Pintar Sayang.


Ciri-ciri Tadika Yang Mama Cari




  1. Amali Solat setiap hari

  2. Penekanan terhadap agama Islam.


 

Dalam beberapa senarai Tadika yang mama pergi, mama sangat tertarik dengan Tadika Dzul Iman. Sebenarnya mama "jumpa" tadika Dzul Iman ni apabila Ummi Zai Pengusaha Pintar Sayang yang rekemen. Katanya Teacher lama Kaseh kerja kat tadika tu. Teacher Rahmah.


Bila kami melawat tadika tu saya sangat tertarik dengan pendekatan yang tadika tersebut amalkan iaitu Khalifah Method dimana ia menekankan sahsiah instead of education oriented.


Dari briefing yang diberikan, Tadika Dzul Iman diasaskan oleh sekumpulan pensyarah UIA yang pada asalnya menyediakan tempat untuk anak-anak mereka.


Pensyarah-pensyarah ini  membangunkan sistem tadika untuk anak mereka sahaja tetapi disebabkan kebaikan sistem ini disebarkan dari mulut ke mulut maka ia semakin berkembang sehingga sekarang.


Tadika Dzul Iman merupakan sebuah tadika francais tetapi mereka tidak membuat sebarang marketing di media kerana mereka lebih percaya kepada "recommendation" dari ibu bapa yang menghantar anak mereka ke tadika Dzul Iman.


Saya rasa tiada masalah sangat untuk anak-anak saya ke tadika walaupun tadika baru. Alhamdulillah dipermudahkan.


Cuma pada awalnya mereka tak biasa "balik tengahari'. Yelah.. dulu nursery sampai ke petang tapi sekarang hanya ke tadika dan tak perlu bawak baju.


Yang paling mama suka pasal tadika baru ini adalah mama tak payah iron baju setiap hari. Hahahah.. sebab dari Isnin - Khamis mereka mengenakan sport attire dan hanya jumaat mereka pakai uniform rasmi. Lega mama.. kalau tak pening jugak la nak iron 2 pasang baju sehari.


awatif Dzul Iman


Kaseh Awatif


Gelagat budak 2 ketui ni masa first time dapat uniform. Mana la dorang belajar posing ala-ala haper ntah ni.


2016-01-05 08.10.15


2016-01-05 08.10.16


Ni masa 1st day dorang gi school.


Haisss.. Kakak Kaseh masih nampak sememeh sampai sekarang walaupun dah 4 bulan bertudung. Adeh.. Awatif ok lagi lah.. comey jugak la..


Apa-apa pun sangat puas hati dengan Tadika Dzul Iman ni.


Semoga anak-anak mama jadi anak yang beradab dan berjaya.


Muaaaahhh cikid anak.


2016-01-08 13.19.28


Cik Indah pun nak pakai tudung.

Tiada ulasan: