Astro atau Njoi

Assalamualaikum.

Sedikit sesalan malam ni. Sebab tewas dengan kaedah marketing yang ku ingat selama ni Cik Lynd ni kental sangat.

Kalau dulu masa tinggal kat rumah sendiri boleh je bertahan dengan areal tulang ikan tu sebab basic channel ada je. Tapi since dah pindah ni, memang areal tulang ikan tu langsung tak memberikan hasil langsung.

So berkira-kira lah nak pakai Njoi memandangkan kami memang taknak yang kena komitmen bulanan.

Dengan kos Rm 428 kami pun pasanglah Njoi.

Sebulan lepas tu dapat call dari astro yang drg buat promo untuk pakej yang Rm 120+ dapat Rm 42 + termasuk GST selama 3 bulan.

Asalanya taknak, lama juga la berdialog dengan orang astro kat telifon. Last-last Cik Lynd tewas.. Amik la untuk 3 bulan.

Yang makcik tak gemo ni bila Awatif dah pandai cari channel sendiri. Seharian mengadap tv ja. Haisss...

Mama ni kadang-kadang ja teringat nak tengok tv. Kalau tak memang takdernya walaupun dok kat rumah.

Lepas 3 bulan segala pakej yang HD dan mustika sume drg dah stop tinggal basic channel ja tapi bil still jalan untuk yang RM 42 tu.

Lepas discuss dengan En Suami, kami decide nak stop ja lah. Buat apa nak bayar bulan-bulan sedangkan kami jarang tengok tv plus kami dah bayar Njoi semasa pemasangan. Kalau nak Astro baik dari awal lagi sebab kos pemasangan tak setinggi Njoi.

So tadi call Astro nak stop terus.. Tapi tau apa jadi?

Dorang kasi lagi promo hari tu untuk 3 bulan. Yang ngok ngeknya Cik Lynd terima dengan besar hati.

Adehhh.. sekarang menyesal. Ermmmm.. tapi xderlah sepenuhnya menyesal tu.. Sebab Cik Lynd boleh menikmati HGTV channel. Lepas tu berangan.

Takper.. berangan Free.. Dan bermimpi semasa sedar lebih memberi makna berbanding mimpi semasa tidur.

Soooo.. sekarang cik Lynd akan meneruskan kehidupan dengan komitmen Rm 43 sebulan itu.

Tiada ulasan: