Life as Work At Home Mom

Assalamualaikum..

Wahhhh.. semangat berbelog sudah kembali lagi..

Kipidap Cik Lynd..


Life as Work At Home Mom


Ermmm.. Lynd tak nak compare surirumah vs wanita bekerjaya ka apa. Apa pun pilihan kita semstinya terbaik untuk diri dan yang tersayang.

Hampir 1 tahun Lynd berhenti bertugas sebagai jurutera. Dan Lynd masih lagi ermmm.. bukanlah menyesuaikan diri tetapi masih lagi melakukan improvement dalam kehidupan Lynd.

Setiap hari mencari ruang untuk melakukan yang lebih baik sebagai Hamba Allah, Isteri, Ibu, Anak dan masyarakat.

Rutin harian Lynd bermula dengan menghantar anak-anak gi sekolah. Kaseh dan Awatif start sesi tadika pada pukul 8.20 pagi dengan assembly so Lynd hantar dalam kol 8 lebih la.

Tadika Dzul Iman jarak dalam 5 minit dari rumah, kadang-kadang tu angkut Cik Indah sekali kalau dia dah bangun and mood kakak-kakak cinta hati tu suruh bawak adik dia sekali.

WAHM

Ni berenti tepi tasik jap "tengok' orang beriadah. Tengok ja sebab ada budak kecik tak mandi lagi ni dok melekat ja. Obettt nak? Orang ajak selpie tak nak senyum.

Balik dari hantar anak tu, mandikan Indah and sapu sampah sikit-sikit sementara tunggu papa siap mandi.

Rutin kami pagi sebelum bukak bengkel kami akan keluar sarapan sama-sama. Kadang-kadang tu sampai tak tahu nak hala ke mana dah bersarapan.

Tapi macam hari ni ke Majlis Perbandaran Kuala Selangor sebab nak renew lesen Redoz Motorsport Autoservice. Sarapan mee kari pekat likat hari ni.

Kadang-kadang ikut papa keluar macam gi spare part ka buat teman sembang papa plus mama saja ja la nak merayap.

Sampai rumah dah ngam-ngam amik budak balik tadika. Terus merayap ke Tesco. Tujuannya nak cari tempat po-po Siti and Situ, Yang kat Wondercat tu mahal sangat pulak tapi memandangkan sebab xdak juga, makanya memang kena rambat yang kat sanalah. Tak lalu dah Cik Lynd nak mencedok hari-hari.

Balik tu melepak lah dengan anak-anak.

WAHM 2

Life with 1 year old kid. (Almost 1 year)

Sabar ja la. Kadang-kadang biarkan aje.. malas nak layan perasaan mendidih tu budak buat sepah.

Masak?

Takder la tia hari sebab tengok la kalau tak ikut papa keluar masak lak kalau tak macam hari ni bungkus subway ja untuk papa kat tesco tadi.

Malam lagi lah jarang masak. Ermmm.. boring jugak makan kat rumah ja.. hahaha.. i know my husband..

Lepas maghrib ja kami 5 beranak ni mula la melilau cari tempat makan.

Malam ni sume tido awal termasuk lah En Suami tercinta. So mama masuk SOHO awal malam ni.

And tadi Lynd ada sesi bimbingan breastfeeding untuk pelanggan Set Berpantang Shaklee. Memang Lynd dah niat untuk pelanggan Lynd akan guide mengenai breastfeeding jika mereka memerlukan bantuan.

Set Berpantang Shaklee

Alhamdulillah.. Happy sangat dengan life sekarang dan proses improve diri setiap hari membuat Lynd sentiasa excited untuk mejalani kehidupan.

Alhamdulillah sangat sebab Allah sentiasa berikan kebahagian kepada Lynd dan keluarga.

Life as Work At Home Mom






Saya Haslinda, pengguna Set Kesuburan Shaklee, Set Berpantang Shaklee, Set Kehamilan dan Set Penyusuan Shaklee.

Ingin mendapatkan rangkaian produk Shaklee / ingin menjana pendapatan bersama Shaklee?

Untuk sebarang  pesanan dan info lanjut hubungi :

Haslinda (Lynd)


Contact No : 019 – 603 8353


Facebook Page : Vitalynd Health and Beauty


Facebook Personal : Haslinda Lynd


Pengedar Shaklee Klang / Shah Alam / Puncak Alam

Menyediakan Perkhidmatan Cash On Delivery (COD) dan Penghantaran Setiap Hari

Tiada ulasan: