Mosque Tour Aktiviti Ahad

Assalamualaikum.

Alhamdulillah atas segala kurniaan-Nya.

Kesihatan, masa, kesempatan dan segala kuderat yang diberikan.

Isnin kembali.

Since jadi suri rumah ni Monday Blues tak terasa sangat tapi lebih kepada semangat untuk mulakan minggu baru.

Ahad menghabiskan masa diluar rumah mau isnin lebih bersemangatkan.

Bengkel kami Redoz Motorsports Autoservice beroperasi Isnin - Sabtu. Jadi hari Ahad sahaja untuk suami beriadah. Lain rasa masa keje dulu vs suri rumah sekarang.

Kalau dulu best sangat kalau dapat habiskan masa hujung kinggu di rumah sebab banyak hal rumah dapat diuruskan. Kalau tak settle isnin mesti xsemangat nak keje memandangkan keadaan kelam kabut. Berbanding sang suami yang memang suka habiskan masa di luar rumah.

So sekarang kita layankan suami yang hanya cuti ahad so kita pun tak keberatanlah nak keluar rumah hari ahad tu.

So memang aktiviti luar rumah kami biasanya tengok wayang ke, kalau ada kenduri kendara dengan gembira kami pergi. Apa-apa ja aktiviti asalkan diluar rumah.

So ahad lepas memandangkan sabtu saya dan anak-anak dah gi tengok wayang Angry Bird dengan adik-adik ipar maka takkan ahad nak mewayang lagi. Dah bersiap, masuk kete suami tanya "Nak makan kat mana?"

Memandanglan time tu dah kol 11 pagi so dah xdernya sarapan. Kalau time2 gini kami layan Pak Li Kopitiam ja. Tapi almost everyweek kat sana dah naik boring dah.

Tiba-tiba suami cakap "Rasa nak makan ayam kampung lah. Tapi nak gi kedai belang jauh sangat"

Kedai belang tu ada 1 kedai makan kat Bandar Bukit Puchong. Sebab kedainya belang merah kuning makan kami panggil kedai belang, ada yang panggil Kedai Selangor. Juadah tengahari dia memang peghhhhh... pelbagai jenis, ulam-ulaman, sambal-sambal perbagai jenis dan juga budu.

Selain juadah ayam kampung yang best ikan-ikan bakar dan juga kerabu. Memang lupakanlah segala diet ka apa. Memang juadah kampung kat sana.

Cik Lynd ni memang memberi sokongan padu lah. Yang pada asalnya rasa jauh.. tapi lepas isteri setuju maka sampai juga lah ke sana.

Perjalanan 40 minit menjadi hampa pada awalnya sebab kedai tu tutup. So alternatif adalah kedai Tuan Faridah. Layanzzz je sebab kat situ pun ada ayam kampung.

Cik Lynd layan ayam kampung, pucuk paku goreng, petai rebus dan budu. Asalnya share nasi dengan anak terus request nasi 1 pinggan lagi. Hahahaha.. datang jauh2 nak control makan so lupakan lah ja Cik Lynd oiiii...

Lepas makan Cik Lynd cadangkan kami ke putrajaya. Solat zohor kat masjid sana and lepak2. En suami setuju tapi sebelum tu kami lalu Taman Putra Perdana sebab nak mengimbau kenangan.

Lynd pernah tinggal rumah sewa apartment dengan harga Rm 250 sebulan. Murahkan? Rumah tu luar ja buruk tapi dalam tuan rumah dah renovate siap kitchen cabinet lagi.

Lebih 3 tahun lynd tinggal kat sana lepas grad. Peghhhh.. memori betul.

Then kami explore jalan baru nak ke putrajaya. Entah highway mana kami lalu.

Masuk ja kawasan putrajaya En suami cadangkan kami ke Masjid Besi atau Masjid Sultan Mizan ke apa namanya.

Masjid tu best sebab open space. Dari ruang solat utama tu memang lapang ja and campur tempat solat lelaki dan wanita.

Dan kat sana ada kejadian yang akan jadi kenangan pada mama sampai bila-bila.

Kaseh pun solat zohor sama tapi dia taknak pakai telekung sebab telekung semua besar. So taknak lah paksa-paksa layan je asalkan dia nak solat.

Lepas bagi salam aku perasab ada foreigner dok sebelah Kaseh. Lynd baca doa rasa macam dia melambai-lambai. Ingatkan dia main ngan kaseh, rupa-rupanya dia panggil Lynd. Di hulur tudung dan stokin dan bagi isyarat suruh kasi kat Kaseh.

Allah.. saya tak habis-habis ucap thank you and syukran.

Allah.. besar sangat rasa pemberian itu. Kaseh terus minta pin nak pakai. Tudung tu kainnya lembut sangat saya tak pasti lah kain apa tapi lembut di pegang.

Saya anggap pemberian tu cukup bermakna.

Terima kasih aunty. Semoga pahala untuk aunty terus berpanjangan.

Moldiv_1463395285743

Lepas tu kami jalan-jalan ke alamanda. Lebih kepada mengimbau kenangan juga lah sebab dulu kat situlah tempat kami dating dulu. Hehehehe...

Lepas tu kami ke Masjid Putra untuk solat Asar. Ingat kali ni nak solat tingkat atas tapi lift rosak pulak so solat kat bawah ja lah. Kali ni Kaseh solat pakai tudung tadi. Emmmmm.. senyum je mama tengok.

Lepas tu kami layan dorang main roler blade depan masjid je. Hari lepas hujan so redup jelah cuaca.

20160515_172436


Alhamdulillah. Ahad yang lain dari yang lain untuk anak-anak. Pengalaman melawat masjid memberikan pengalaman yang berbeza. InsyaAllah kita akan melawat masjid di Makkah dan Madinah untuk Umrah nanti. InsyaAllah. Aminnn..

Tiada ulasan: