Saya Jurutera Kehidupan

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

Syukur atas segala percaturan Dia.

Hari ni saya nak recap sikit kehidupan saya sebelum ni.

Hampir setahun lepas ditinggalkan.

2-3 hari lepas Kaseh tanya "kenapa mama tak kerja?"

Ini bukanlah kali pertama dia tanya dan saya pulak tak pernah tanya kenapa dia tanya macam tu.

Ok.. Lynd share sikit background pendidikan dan kerjaya Lynd.

Saya graduate jurusan Mechanical and Material Engineering dari University Kebangsaan Malaysia.

Bekerja selama beberapa bulan di sebuah Syarikat kontractor dan kemudian sebagai Assistant Engineer di Creden Mechatronic Sdn Bhd.

Kalau ikutkan memang Lynd tak memilih kerja and even gi interview as draftperson cum storekeeper pun pernah sebabnya memang Lynd kena cepat-cepat dapat kerja sebab nak menyara hidup sendiri.

Rumah sewa pertama kat Putra Perdana, Puchong dengan sewa Rm 250. Rumah tu memang cute dan murah. Tunggangan pulak cik skuter hijau yang Lynd guna dari zaman belajar.

Selepas 9 bulan 9 hari kerja kat Creden, Lynd dapat keje kat JVC Manufacturing Sdn Berhad. Lynd pernah cerita pasal JVC ditutup disini.

Lynd keje kat sini dekat 3 tahun rasanya. Life kat JVC memang best. Dari membujang sampailah ke kawin. Dari tinggal di Puchong berpindah dan beli rumah pertama di Meru, Klang.

Selepas 4 bulan jadi suri rumah, Lynd dapat kerja sebagai process engineer di Aluminium Company of Malaysia Berhad. Di sini Lynd berkembang dari anak 1 ke anak 2 dan kemudian bila lepas pantang anak ke 3 Lynd decide nak berhenti keje.

ALCOM 2 ALCOM

Yes..

Memenuhi impian seorang wanita iaitu menguruskan anak-anak sendiri.

Tetapi atas desakan lifestyle Lynd masih perlu mencari peluang untuk menjana pendapatan.

Melepaskan jawatan sebagai jurutera dan memilih untuk berada dirumah bukan menghalang Lynd untuk hanya duduk tercongok.

Malahan kenapa Lynd berani mengambil keputusan besar ini adalah kerana Lynd yakin dengan berniaga dengan Shaklee Lynd akan menjadi orang yang lebih baik. Walaupun tanpa title "Jurutera".

Lynd masih boleh lagi menjadi engineer kehidupan Lynd sendiri dan kemudian membantu orang lain menjalani kehidupan mereka dengan lebih baik.

Lynd yakin dan Lynd sudah lihat depan mata ramai engineer dan yang terbaru Doctor yang melepaskan jawatannya selepas pendapatan Shaklee beliau lebih tinggi dari gaji kerja hakiki beliau.

1 benda yang Lynd sematkan dan pasakkan dalam jiwa Lynd sekarang ini adalah, walau apa pun jawatan, kita kena tanamkan kerja kita hanya kerana Allah.

Setiap apa yang kita lakukan jangan disia-siakan tanpa menjadi saham untuk bekalan diakhirat kelak.

Tiada ulasan: