Alhamdulillah.. Ogos 2016

Assalamualaikum..

Alhamdulillah 21 Ogos 2016.

Tahniah Dato' Lee Chong Wei atas kejayaan pingat perak di Olympic Rio 2016. We love you. You win my heart.

Hari ni datang mood nak menaip sambil diiringi music meditasi.

Hope this will help me to focus untuk menghabiskan entry ini.

My Life..

Hari ini ada sembang dengan kawan lama di UKM merangkap customer yang membeli Vitalea Multivitamin yang bertujuan untuk menaikkan bacaan HB.

Lepas sisi konsultansi, kami sembang santai. Dia tanya pasal saya jual rumah dan tinggal berhampiran dengan tempat keje suami saya. (Lynd tak ingat pernah cerita ke tak kat sini). Dan jawapan saya "YES" sebagai jawapan mengiyakan perkabaran itu.

Wahhh.. kenapa macam formal sangat ayat ni?

Inilah kehidupan "baru' yang saya pilih. Sebenarnya keputusan untuk jual rumah tu dah lama even sebelum saya bersalin dan berhenti kerja. Tapi percaturan Allah itu indah. Cantik susunanNya.

Urusan jual rumah ni selesai selepas beberapa bulan saya berhenti kerja. Bulan November 2015 saya berpindah ke tingkat atas bengkel suami Redoz Motorsport Autoservice.

Selain mengambil kira faktor kewangan dan mengundur selangkah ke belakang demi mengejar langkah seterusnya ke arah impian kami, 1 lagi kebahagian y saya kecapi adalah saya berada dekat dengan suami saya.

Tenang.

Itu yang boleh saya gambarkan. Suami tak perlu ulang alik malam-malam balik kerja dengan motor. Saya tak perlu tunggu update suami nak balik pukul berapa untuk makan malam sama-sama.

Kehidupan sekarang, setelah hantar kaseh dan Awatif ke sekolah pukul 8.30 pagi, balik tunggu suami bersiap dan siapkan Indah, kami keluar sarapan sama-sama. Melilau mencari tempat sarapan samapi kadang-kadang dah mati kutu nak sarapan kat mana.

Kadang-kadang ikut suami pegi spare part atau hantar barang engineering. Untung suami sebab ada isteri yang sentiasa menemani.

Lepas sarapan, biasanya Indah akan tidur balik so masa untuk saya bersilat di dapur untuk siapkan lunch. Salah satu nikmatnya disini adalah saya tak perlu simpan stok makanan dalam bentuk beku. Saya beli barang nak masak setiap hari di kedai berdekatan, kalau ikan dah siap siang. So senang je hidup saya sekarang.

Dah siap masak gi ambil The Kakaks dari sekolah dalam pukul 12 tengahari and lunch sama-sama dengan suami.

Alhamdulillah kehidupan yang sungguh menyenangkan.

Tetapi itu tidak bermakna saya akan terus dengan kehidupan begini. Saya mahukan yang lebih baik untuk orang-orang yang saya sayang.

Dengan semangat Shaklee, saya akan terus membantu ramai orang untuk mendapat kehidupan yang lebih baik dari segi kesihatan dan kewangan.

Impian saya adalah untuk menunaikan umrah pada tahun ini 2016, membeli tanah dan membina rumah impian kami.

Selain itu saya juga akan membeli kereta yang lebih selesa untuk kami anak beranak dan juga menghadiahkan sebuah kereta untuk mertua saya.

Allah.. dengan keberanian saya menaip impian saya disini dan mengharap rakan-rakan dapat mengaminkan doa saya ini.

Ada yang tanya apa yang kami buat dengan duit hasil jualan rumah tersebut.

Kami melangsaikan segala hutang jahat kami dan juga untuk simpanan.

Alhamdulillah kami tak pernah menyesal dengan keputusan kami.

So terbaru kontrak sewaan bengkel ni kami sambung lagi 2 tahun. Saya nekad untuk kekal disini sehingga 2 tahun lagi dan menggelarkan rumah ini sebagai.......

Where The Master Was Born. (WtMWB)

Tiada ulasan: