Dia Menunggu Kisah Saya

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.. senyum.. syukur.. atas kurnian rezeki Allah.

Rezeki Allah itu luas dan sentiasa ada untuk hambaNya samada mereka beriman atau tidak.

Diharap setiap rezeki yang dikurniakan dapat kita gunakan sebagai "alat" untuk kita memberatkan timbangan amal soleh di "sana"

Hari ni Lynd nak sembang pasal rezeki suami. Senyum. Yes.. suami.. Setiap orang ada kisah suami masing-masing. Dan bagaimana pun orang menilai suami kita, seharusnya kita perlu melihat suami kita adalah yang terbaik.

Syukur.

Lynd suka sembang dengan suami Lynd. Macam-macam hal dan mengenai bisnes pun kami sembang. Dulu masa awal-awal join Shaklee (anyway suami juga yang galakkan Lynd berbisnes) Lynd suka sangat cerita mengenai kejayaan orang lain dalam Shaklee.

suami

Bonus orang tu banyak ni, orang tu beli kete guna duit Shaklee, orang tu beli rumah dan sebagainya.

Tetapi, lama kelamaan Lynd berhenti bercerita. Tak tau lah kebetulan takder topik atau Lynd mula risau nak cerita kisah orang sebab takut suami Lynd tanya "kisah awak macamana?"

Itu 1 fasa. Tapi 2-3 hari ni Lynd berada di fasa yang baru. Iaitu fasa "I have to make my own story because my husband is waiting"

Iya. Kejayaan bukanlah demi diri sendiri tetapi demi orang-orang yang kita sayang.

Sememangnya dia memang tidak meminta apa-apa dari Lynd. Tetapi Lynd rasa ia menjadi tanggungjawab Lynd untuk lakukan sesuatu demi membalas kasih sayang dan kesabaran dia dalam mejaga kami.

Ya Allah. Syukur. Allah kurniakan dia sebagai suami Lynd. Bukan kerana siapa dia tetapi kerana Allah kurniakan rasa ini.

Dan.. segala kasih sayang dan rasa ini semoga diambil kira oleh Allah sebagai pemberat amal soleh kami di akhirat kelak.

cameron

The waiting for my story.

1 ulasan:

ray berkata...

tahniah atas kebahagian anda dalam shaklee ni by the way blogwalking here....www.rayflexs.blogspot.com