Kerana Allah

Assalamualaikum.


Alhamdulillah.. 1 hari lagi Allah berikan peluang untuk bernafas di atas muka bumi ini.


Bermaksud 1 lagi peluang untuk kita menjadi insan yang lebih baik "Demi Allah"


Pagi tadi Lynd terlihat 1 status di facebook suami my bff.


Status beliau adalah :


kerana-allah


Persoalan ni sebenarnya dah lama nak ajak Lea sembangkan tapi asyik lupa. So this time memang tak tunggu lagi terus whatApps dia.


"Boleh tak bila kita buat sesuatu bukan mengharap pahala dari Allah tapi paling tidak untuk minta Allah hapuskan dosa kita"


" Contoh bila kita zikir ke, istighfar ke, kita fikir ini pahala tak tau la dapat ka tak tapi at least dapat hapus dosa dan bersihkan hati pun dah cukup bagus"


"Boleh tak?"


Ini soalan Lynd pada Lea. Tapi Lea forward jawapan seseorang yang berbunyi.


"Samada kerana nak syurga, takut neraka, penghapusan dosa / kifarah, bersihkan hati.. Kata ulama : Itu tidak salah dan dibolehkan cuma kesempurnaan keikhlasan itu tiada"


"Saya berpegang, kalau dah kerana Allah, semua itu automatik kita akan dapat"


"Jadi kenapa kita perlu pilih untuk apa? Orang Muqorrabin kata, seolah-olah kita lebih bijak dari Allah. Serahkan kepada Allah yang mana Dia hendak beri"



Lynd tak pasti jawapan itu dari siapa tapi Lea cakap dorang tengah diskus topic ni dekat group sebelah sebab tulah husband dia up topic ni di Facebook.


Senyum.


Walau dari siapa pun jawapan itu Lynd tak kisah. Tetapi Lynd dapat sesuatu hari ini.


Dalam hidup kita menuju akhirat iaitu alam hakiki dimana ia menjadi tujuan kita hidup atas muka bumi ini, kita mengharapkan "pahala" dan "pengampunan" dari Allah.


Kita menjadi lumrah manusia yang hina ini sentiasa melakukan kesalahan.


Jika kita buat baik kita harap pahala.


Jika kita buat dosa kita harap pengampuan.


2 perkara itu yang kita ummat manusia ini perlukan untuk dibawa ke alam sana.


Untuk 2 perkara diatas kita lakukan untuk siapa?


Untuk Allah.


Ia ke?


Bukan kerana kita takut pada balasan neraka?


Kerana kita yang takut kan?


Kerana kita mahukan syurga bukan?



Tapi.. apa itu kerana Allah?


Ok. Jom kita renungkan.


Kerana Allah.


Segala amal dan ibadah kita kerana Allah.


Kita buat je atas alasan Allah suruh.


Dan ingat tak statement diatas "kita mengharap pahala dan pengampunan dari Alah"


Pahala dan pengampunan itu milik siapa?


Jika kita buatlah segala amal tetapi pemilik pemberi pahala dan pengampunan tu taknak kasi macamana?


Jadi kenapa kita perlu mengambil buah dari kebun orang lain yang belum tentu dapat sedangkan kita boleh minta dan buat baik dengan tuan punya kebun dan dia memang akan kasi kita ambil dengan galah yang disediakan.


Allah Maha Memberi.


Janji Allah itu pasti.


Kejar keredhaan Allah, dunia pasti mengejarmu.


Allah sudah menjanjikan segala bagai ganjaran pahala dan pengampunan jika kita buat apa yang disuruh.


Jadi buatlah apa yang disuruh kerana Allah semata-mata.


Usah difikir apa yang kamu akan dapat. Kerana apa yang Allah beri pasti akan membawa kamu ke syurga. Janji Allah pasti.


Tegakkan Tiang dan hiasi dirimu dengan apa yang Allah suka.


Tanpa tiang segala hiasan tidak bermakna.


Jaga solat mu kerana solat tiang agama.


Kerana Allah.

Tiada ulasan: