Mencari Lara oh Lara di Farm In The City
Hahahah.. Tajuk bukan main. Anyway..
ASSALAMUALAIKUM Semua.
Apa Khabar?
Harap sihatlah semua hendaknya ye.
Ok hari ni Mama Lynd nak kongsikan aktiviti kami ahad lalu. Hari ahad adalah hari keluar dari rumah dimana kami akan keluar pagi-pagi gi sarapan dan buat aktiviti luar. Tak kisah lah samada tengok wayang ke, berkelah ke, kenduri ke tak pun kalau mati kutu sangat lepak rumah nenek felda.
Al-kisahnya ahad tu ke Aeon Shah Alam sebab nak beli toys Cik Indah dengan menggunakan Voucher Jusco yang supplier Redoz Motorsports. Dah lama sebenarnya dapat voucher tu tapi tak bekesempatan nak guna.
Settle semua urusan masa tu dalam kol 11 pagi dah tak tau nak buat apa. Kalau ikutkan mama ada play land depan Jusco tingkat 2 tu lepaskan je dorang kat situ.
Anak-anak pun dah mula merengek nak naik train yang pusing-pusing kat kaki lima tu. Tiba-tiba papa "ajak berbincang". Hahahah.
Sambil tunjuk handphone pasal Farm In The City tu dia tanya "Nak gi tak? Kawan papa kata tempat ni best, boleh kasi makan binatang"
Mama pun menjalankan tugas mengumumkan "Sapa nak gi kat tempat Lara oh Lara?"
Hahaha.. Kan ada 1 episod Lara Alana pergi Farm In The City tu kan. Anak-anak saya suka tengok cerita tu Anyway mama un suka)
So bermulalah perjalanan kami ke Seri Kembangang. Check google map dalam setengah jam je dari Shah Alam. Senang ja nak cari sebenarnya.
Dari luar dah nampak kete parking banyak-banyak tepi jalan. So papa drop kami kat entrance and papa gi parking kat luar.
Alahai Awatif jadi penggembala lembu nampaknya.
Ni kat entrance. Tunggu papa pergi park.
Ok peringatan ye. Kedai barang-barang kat entrance ni mahal ye macam air ke, ais krim ke memang agak mahal dari kat luar. (Tak tau apsal padahal tengah-tengah bandar kot bukan atas bukit tinggi mana pun)
So dinasihatkan sila makan minum dulu ye.
Kadar Tiket Farm In The City ini pulak
Tapi Lynd ambil pakej family untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak (Indah 1 tahun tak kena tiket) total Rm 119.
Save la sikit disamping adalah cenderamata, 1 kotak makanan haiwan (yang ada kena beli kat dalam) dan juga voucher2 yang entah bila nak guna.
So.. The journey begin. Perkara pertama yang kami jumpa adalah "Abam tukang hulur kangkung"
Hahaha.. betul la kami jumpa dia dulu, dok hulur kangkung kat semua orang yang lalu. Rupa-rupanya kami bakal bersua dengan En Kura-kura gergasi ni.
Selera dia makan. krup..krap..krup bunyi.
Kita yang gerun bila tengok dia nganga, takut tergigit jari.
Besau benau.
Anak-anak sampai sudah takut nak hulur kangkung tu.
Lepas tuuuu.. kami lalu ikut satu terowong kaca ka plastik entah. Sebenarnya kami dah tahu apa ada sini sebab dah tengok dalam Lara oh Lara hari tu. So tak dak la terkejut mana malahan kami cari. Hahaha..
Ada apa?
Cer dongak atas..
Hai.. Awak..!!
Ni Encik ular dan En Biawak sedang bersidaian kat atas bunbung lutsinar ini sambil menayangkan perutnya. Heee..
Part ni yang Awal Ashaari melarikan diri sebab takut dengan reptilia berunsurkan cicak.
Kat sini juga lah Awatif tanya "Mana Lara oh Lara mama?"
Sudah. Dia ingat betul Lara Alana dok sini.
Perjalanan diteruskan dengan memberi makanan kepada haiwan-haiwan macam burung, ayam, kambing dan ikan.
Makanan-makanan ni diberi percuma oleh penjaga binatang yang ada berdekatan. Kalau tak cukup boleh beli juga disediakan vending machine untuk makanan-makanan haiwan ni.
Ini antara aktiviti yang Mama Lynd rasa comel sangat. Aktiviti ni namanya "Traditional Longkang-Fishing Stream"
Masa mula-mula baca dalam brousure tu terfikir macamana dorang sediakan aktiviti ni? Ke tunjuk gambar ja kot macam kat musium tu. Rupa-rupanya mereka bina "longkang" keliling tempat arnab, kat dalam tu ada ikan emas yang kecik-kecik tu yang biasa kita beli 1 ringgit seekor.
Disediakan sekali jaraing dan baldi kecil untuk kita tangkap ikan tu. Yesss.. aktiviti menangkap ikan. terasa comel diri ini cuba menangguk ikan itu untuk beberapa saat. Lepas tu tak kuasa dah. Hahaha..
Ada juga a few family yang sangat gigih melayan anak-anak dorang tangkap ikan tu sampai dapat. Siap kepung lagi. Si atuk stand by sini, si cucu stand by sana. Comel.
Once dah dapat ikan tu kena dilepaskan.
Bab bagi ikan makan ni tak berapa excited sangat sebab dah biasa bagi ikan makan dekat kolam depan Setia City Mall. Hahaha.
Banyak ja tempat tak amik gambar sebab malas nak keluar kan handphone sebab nak menikmati dan menghayati aktiviti ni.
Tapi gambar ni Mama Lynd suka.
Mama sentuh ular for the first time..!!!
Gigih uncle ni tolong ambil gambar banyak-banyak. Hahaha.
Awatif merasa juga la pegang, Kaseh langsung taknak dekat.
Kaseh just nak pegang ni je, Cik Baby Ayam.
Salah 1 aktiviti yang anak-anak cari akhirnya sampai. Iaitu menunggang Cik Kuda yang sopan santun ini.
1 round 7 token.
1 token = Rm 1
Machine token ada kat depan tempat hose riding ni.
Muka puas hati. Hahaha.
Sebenarnya tempat ni kecil je dan entah kenapa mama tak sempat rasa penat. Dan kalau diikutkan boleh je ambil masa dari 1 tempat ke 1 tempat menghayati pemandangan.
Tetapi memandangkan The Kakaks sibuk nak cari kuda maka semua tempat tu lalu dan singgah kejap ja. Lepas tu tempat kuda tu last pulak tu depa letak.
Apa daaaa..
Maka berakhirlah explorasi kami di Farm In The City. Siap dapat sijil lagi budak-budak ni, tapi nama tulis sendiri.
Mama Lynd bagi 4/5 bintang. Best dan memuaskan.
Next Ahad buat apa?
Jap kena loading dulu apa nak buat.. kay bai..
Assalamualaikum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan