Jadi Lebih Baik


Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

2-3 menjak ni memang banyak post dan newsfeed yang lalu di facebook mengenai ujian dan kebangkitan.

Dalam banyak-banyak post ada 1 post yang sangat memberi kesan pada Lynd.

Kisah bagaimana beliau diuji (tidak diceritakan) yang membuatkan hidup mereka suami isteri tunggang-langgang.

Diikuti dengan kesungguhan beliau dan suami ingin menunaikan haji dan kebergantungan pada tuhan dalam merealisasikan permintaan mereka.

Dalam ayat-ayat yang beliau tulis, ada 1 statement yang buat Lynd terkesan..


"Bila ditimpa ujian, perasan tak diri kita makin baik dari sebelumnya?


Memang betul.

Setiap ujian yang Allah beri nak menjadikan kita lebih dekat dengan Dia.

Jangan sesekali cakap " Aku dah cukup baik kenapa aku diuji macam ni?"

Sebagai hamba kita takkan pernah patut rasa "cukup baik" kerana kesempurnaan dan keikhlasan dalam kerja kita hanya Allah yang tahu cukup atau tidak.

Apa maksud jadi lebih baik?

Bila kita inginkan sesuatu dan diberi ujian :

Pertama.. check hubungan kita dengan Allah.
Ini yang paling mudah kita dapat punca.

Check solat kita.
Cukupkan yang 5?
Segerakah bila diseru?

Solat sahaja banyak benda boleh improve.

Ada yang kata "Takkan lah solat jadi punca kete aku rosak?"

Allah tuan punya dunia.. Apa sahaja yang jadi adalah dengan izin Dia.

Dah tu.. kalau kita solat sebelum start kete tak ke bagus, sapa yang untung kita juga.

Kita akan jadi lebih baik.

Kita minta Allah jaga perjalanan kita.

Habis tu kalau dah solat kete rosak jugak?

Jawapan : Nasibaik solat dulu kalau tak dengan kete rosak entah solat kat mana kita.

Nampak tak/

Buat baik dengan Allah tak rugi.

Kita manusia ni lebih suka cari punca guna akal dahulu dari berbaik dengan Allah.

Tau dak.. Allah tuan punya dunia.. berbaik dengan Allah dulu nanti Allah kasi lah akal kita berfungsi dengan baik.

Jadi.. Jom kita mulakan.

Tulis 3 perkara yang lebih baik kita nak buat hari ini.





Tiada ulasan: