Kenapa Kita Diuji

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Syukur. Bila kita tengok orang happy atau senang mungkin kita fikir mereka tak ada masalah. Tapi 2-3 menjak ni Lynd belajar banyak benda. Sebenarnya hidup kita ini selalu diuji.

Contoh..
Bila kita ada masalah kewangan, kita akan rasa orang yang berduit itu bertuah.
Bila kita sakit, kita akan rasa orang sihat tu bertuah.
Bila kita rasa susahnya jaga anak, kita akan rasa orang takder anak itu lebih mudah.

Tapi.
Pernah tak kita lihat pada pihak yang satu lagi.
Orang berduit, bertapa dia inginkan keluarga yang rapat macam kita ada.
Orang yang senang bergerak sana sini, bertapa dia inginkan anak-anak seperti kita.




Jadi..tiada orang yang lebih baik dari kita kerana kita diuji dengan cara yang berbeza.
Pertama kita perlu syukur dengan apa yang kita ada.
Kedua syukur jika kita rasa susah ketika kerana Allah nak angkat darjat kita ke level yang lebih baik.

Paling penting, rasa susah dengan ujian itu kerana Allah nak jadikan lebih baik.
Jadi lebih baik antara yang paling mudah adalah..
Cukupkan solat ayng kurang..
Cepatkan solat yang lambat..
Tepatkan solat yang dilengahkan.
Lebihkan solat sunat mana yang sempat.

Itu baru bab solat.
Banyak cara lagi kita boleh buat untuk menghadapi ujian dan dikala kita susah.

Semoga kita semua mampu menghadapi ujian dan berjumpa di jannah.


Tiada ulasan: