Maestro 3 Tips Follow Up Pelanggan

Assalamualaikum.

8 Tips Follow Up Pelanggan


Malam tadi berlangsung kelas di Maestro Elite yang bertajuk Tips Follow Up Pelanggan.

8 Tips Follow Up Pelanggan yang dikongsi oleh Master Farihah yang merupakan seorang yang cukup berjaya dan disegani dalam bisnes Shaklee.

Lynd kongsikan serba sedikit kisah Master Farihah yang merupakan seorang guru pada asalnya. Tetapi selepas 1 peristiwa dimana bapa beliau sakit secara tiba-tiba menyebabkan beliau nekad untuk orang yang dia sayang.



Dia sedar yang kebebasan masa dan kewangan adalah amat penting bagi menghadapi masa depan yang kita tak dapat nak jangka

Beliau bermula dengan Shaklee hanya sebagai pengguna Set Penyusuan Shaklee. Dengan peluang dan manfaat produk Shaklee dia mengembangkan bisnes Shaklee dengan cara "berkongsi" penyusuan dan keibubapaan. Dia berkongsi apa yang diamalkan setiap hari dan cara beliau menyelesaikan masalah.

Hasil perkongsian beliau berjaya menarik ibu-ibu menyusu lain untuk mencuba kaedah yang Master Farihah kongsikan. Dan dari situ bermulalah bagaimana perniagaan beliau berkembang.

Dan kini beliau tidak perlu bekerja dan berhijrah pindah ke kampung untuk berada dekat dengan ibu bapa beliau.

Dan perniagaan Shaklee beliau masih terus berkembang walaupun beliau berada jauh di kampung.

Salah 1 faktor kejayaan Master Farihah adalah pentingnya menjaga pelanggan dan itu yang beliau kongsi kan semalam.

8 Tips Follow Up Pelangggan

8 Tips Follow Up Customer
by Master Farihah (Lubuk Ibu Menyusu Jutawan)
----------------------------------

Hahhh.. Mampu?
Asalnya dari seorang ibu yang nak banyakkan susu ibu.

Sudahnya terjebak ke kancah perniagaan.
Tak cukup dengan itu..
Dia ajar lagi ibu menyusu untuk jadi macam dia.

Hasilnya?
Dia terperosok tinggal di satu daerah di utara (Taknak sebut nanti kena marah)
Line telifon pun kelap kelip.
Unifi pun tak sudi masuk kat daerah dia.

Terperosok jauh dari kesibukan arus moden yang kalut sana sini dengan income yang orang dok bandar pun meleleh ayaq liuq tengok.

Memperosokkan diri untuk melihat ayah dan ibu depan mata sepanjang masa.

Macamana beliau buat?
Beliau menggunakan kuasa online.
Menyebarkan cara beliau menyusukan bayi dan membesarkan anak.
Dan ajar orang lain berbisnes cara dia.


Banyakkan memberi kata Master Fareha.

Pesanan ketat dari beliau untuk kami..

"Mulakan Shaklee dengan serius, 3 tahun dari sekarang, anda akan bersyukur anda mulakan awal dulu"

Rahsia kejayaan follow up customer yang dikongsi :

1. Freegift
Freegift ni sangat penting untuk saya seperti supplement yang customer tak beli tapi kita rasa dia perlu.

Pelanggan kita yang sopan secara automatik akan feedback..
"Terima kasih hadiah"
"Sample ni macamana nak makan ye?"
"Apa fungsi supplement y akak kasi free ni?"

2. Notify
Selepas pos boleh inform customer mengenai status barang
- Snap gambar sebelum pack
- "Salam Puan. Alhamdulillah.. Order puan saya dah pos. Tracking no xxxxxxxx. Terima kasih sudi berurusan dengan kami..😊"

3. Dah sampai belum?
"Salam puan. Maaf mengganggu. Boleh saya tahu barang dah sampai ke?"

4. Ada frekuensi follow up
Tidak perlu follow setiap hari. Boleh plan jenis follow up seperti cara pengambilan, kesan jangka pendek, kongsi tips berkaitan dengan produk yang dibeli.



Day 1
Day 3
Day 7
Day 10
Day 20
Day 30

5. Bonding
Bina hubungan yang selesa dengan pelanggan.
Anggap seperti kawan yang dihormati.
Dan elak pertanyaan "Bila nak order lagi?"

6. Database customer
Kita mesti kenal customer kita. Boleh buat database info biasa dan info yg extra. Extra tu contohnya bila bersalin, anak berapa, anak nama apa dll

7. Sentuh emosi
Emosi ni kalau disentuh, kita akan bina ikatan hati.

Contohnya kita mesej :

Kak Shila, dah nak habis pantang kan? Minggu depan dah nak masuk kerja. Saya ada ni tulis cara membekalkan EBM ke taska. Jemput lah kak shila baca. Kot2 bermanfaat nak hantar baby azim ke taska nanti

8. Appreciate
Pos kad raya / kad birthday / kurma ka apa2 pada special month / occasion. Jangan takut rugi! Lebihkan mememberi.

Bestkan ilmu yang Master Farihah ni?
Banyak idea baru dan tak pernah terfikir pun sebelum ni.

Alhamdulillah..
Harap perkongsian dapat beri manfaat kepada kawan-kawan.

Berminat untuk tahu lebih lanjut bagaimana Shaklee dapat membuka peluang mengubah kualiti hidup kita ?

Hubungi :
Haslinda Lynd 

WhatApps :019 - 603 8353
Facebook : Haslinda LyndFacebook Page : Pengedar Shaklee Puncak Alam

Cash On Delivery : Puncak Alam, Meru, Setia Alam, Kuala Selangor, Saujana Utama, Shah Alam Seksyen 13

Tiada ulasan: