Pengalaman Semakan Wang Tidak Dituntut WTD

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Hari ini Lynd nak kongsikan pengalaman Lynd membuat semakan Wang Tidak Dituntut WTD. Minggu lepas kecoh viral mengenai semakan WTD yang tak sangka ada sejumlah wang di Jabatan Akauntan Negara. Ada yang ratus-ratus, ada yang ribu dan even ada yang puluh ribu.




Media mula melapurkan yang Jabatan Akauntan Negara dah mula sesak dengan orang ramai. Dan Mama Lynd tak sanggup di kelilingi misteri samada nama Lynd ada tak. Hiksss.. memang tak sabar dan tambahan lagi memang takder kekangan masa maka MamaLynd pun search lokasi semakan paling hampir dengan tempat Mama Lynd.



Senario ini berdasarkan pemerhatian MamaLynd masa buat semakan di Shah Alam semalam.


1. Dinasihatkan call dulu Jabatan Akauntan kawasan masing- masing sebelum pergi terutama untuk yang plan nak datang petang.

2. Macam semalam had untuk sesi pagi 350 dan petang 350. Tapi sebab ada sistem problem maka mereka tak ambil dah semakan untuk sesi petang sebab even lepas kol 2 pun sesi pagi tak habis lagi.

3. So better call dulu supaya tak buang masa, tenaga dan jiwa raga.

4. Kalau datang pagi, standby makanan ka makan siap-siap sebab tak dapat jangka settle kol berapa.

5. Tolong parking kereta di tempat sepatutnya. Semalam aja entah berapa banyak y dapat surat cinta MBSA and even ada kete yang kena tarik.

6. Dah kete kena compaun.. duit WTD tu belum tentu ada. Kalau dipulangkan ic ja maka sia-sia lah.

7. Apa maksud pulang IC ja? Ok. Ni sistem kat Shah Alam ye. Dorang collect ic dan kita tunggu ja nama dipanggil.

8. Kalau dipulangkan ic dengan ucapan "Maaf puan record puan tiada dalam sistem kami"
Maka boleh lah balik dengan redha ye. Jangan marah2 tau.


9. Petugas Jabatan sangat lah sopan santun dan manis bahasa. Maka tolong hargai kesopanan mereka tau.

10. Kalau dipulangkan ic bersama kertas itu maknanya ada rezeki tuan puan. Kalau banyak helai maksudnya duit anda ada di banyak bank. 1 kertas 1 bank.

11. Jaga Mindset ye tuan puan. Nak gi tu macam cabutan bertuah tau. Sebab kita tak dapat nak agak ada ke tak.. banyak mana duit tu.

12. Kita excited pegi bila tengok viral org "tak sangka" ada WTD banyak.. So bila kita sangka kita ada sila bersedia juga dengan "tak sangka" rupanya takda.

13. So redha ja tau apa pun hasil semakan.

14. Pesanan dari pihak jabatan semalam, tidak perlu nak cepat2 pun sebab tiada due date pun semakan tu.

15. Ermm.. Maka.. Tak perlulah sampai nak MC untuk gi check. Relax je. Mungkin bila kita tak MC dan datang dengan cara betul, mana tau anda pulang dengan kepingan kertas.

16. MamaLynd dapat tak? Sila Rujuk no 8.

17. Pesan-pesan lah dan kongsikan lah pesanan ni kat kawan2 ye. Semoga bermanfaat..

😊😊 Seronok perati ragam orang dan kenal kawan-kawan baru.

3 ulasan:

Tengku Sofia berkata...

Hehehe, maksudnya takde lah tu ye.

Nadiah Suhaidi berkata...

Nad pun tak check lagi. Tunggu reda skit kot baru nak g. Hehe

Ajuya Rashid berkata...

teringin jugak nak gi check tapi kalau mamalynd pun xde dalam record. hakak lagi la kot. terima kasih je lah