Selamat Hari Raya 2017


Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya Dari Mama Lynd.

Heee.. Dah nak habis Syawal dah pun baru nak wish.


Ampunkan kami.

Hari ni rasa nak coretkan kenangan raya 2017 Mama Lynd.






Raya tahun ni seronok selain dari dapat balik kampung Mama Lynd dulu kat Kelantan, tahun ni jugak dapat berkumpul 3 beradik complete.

Banyak benda best sebenarnya.

Mama Lynd gerak balik pagi Jumaat sebelum raya. Plan awal nak gerak lepas sahur tapi sebabkan tidur lambat maka terbabas. Ngam-ngam azan subuh baru tersedar.

Maka kol 6.30 baru gerak.

Sebagaimana seantero dunia tahu, jalan-jalan ke pantai timur gerenti jam. Bermula dari Tol Gombak - Highway Bentong. Maka lepas guna google map tahap jem yang sangat teruk, maka kami decide nak guna route Batang Kali - Bukit Fraser - Raub.

Nampak tak jalan macam ular kena palu tu.
Tapi yang best sebab dapat menikmati pemandangan dari empangan apa entah.
Memang cantik dan even jauh sikit tapi tak stress tanpa jem.


Nak singgah rumah ayah dulu kat Raub. Ayah nak kirim masak tempoyak ikan patin kat adik.

Lepas mandikan anak-anak, kami mulakan perjalanan ke Kelantan. Pun bukan lalu jalan yang biasa sebab nak elak jem. Banyak selit lalu jalan kampung tapi enjoy je.

Perjalanan makin best bila sampai Gua Musang, En Suami benarkan MamaLynd drive sebab dia dah ngantuk sangat dah.

Yess... Dia kononnya tak percayakan wife dia ni drive tapi dia lupa yang wife dia ni sebelum kawin memang ratu myvi membelah jalan raya.

hahaha..

Takpa.. kita consider yang dia sayang bini dia kan.

Ok. Dari Gua Musang pun kami tak ikut Kuala Krai sebab tak nak jem.

Kami lalu Dabung - Jeli.

Dan pengalaman baru bagi Lynd sebab menyeberang jalan yang jambatannya roboh dan dibina jambatan sementara yang boleh muat kete 1 hala ja.




Air kiri kanan laju ja.
Lalu lintas di kawal oleh anak-anak muda supaya takder kereta yang bertembung.

Bila kami nampak kete depan hulur "Duit Tol" maka kami hulur jugak seikhlas hati.

Seronok dengar dorang cakap "Terima kasih be.. Selamat hari rayo be.."

Hehehe.. Terima kasih juga sebab bantu jaga lalu lintas ni.

Alhamdulillah.. 12 jam perjalanan ditempuh dengan gembira.

Cehhhhh..

Kalau ikutkan 1 hari tak cukup nak pastikan kami dapat merasai semua juadah kat kampung tapi nasibaik lah adik saya tu hebat memborong macam-macam makan tapi berjaya habiskan tanpa pembaziran.

Hahahaha.. Dasyat tol melantak.









Alhamdulillah.. Kami dapat bergambar complete walaupun tak sedondon tahun ni.
Mak siap terus ajak gi print gambar sebab katanya tak puas tengok gambar dalam handphone.



Ni pulak gambar 4 generasi belah MamaLynd. Alhamdulillah nenek Lynd masih ada tapi Lynd tak pasti umur dia berapa sebab katanya yang ada dalam IC tu tak betul sebab main teka- teka je.


Nenek dengan anak-anak. Heeee.. Mak dengan pakcik makcik Lynd lah.

Alhamdulillah..
Syawal pun dah nak sampai ke penghujung.


Syukur dengan kurniaan umur dan kesihatan yang Allah berikan.

Lynd dan Keluarga ingin mengucapkan


Selamat Hari Raya
&
Maaf Zahir Batin



Tiada ulasan: