Tadika Dzul Iman Raya Celebration

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Tahun ini adalah tahun ke 2 anak-anak MamaLynd join sebagai keluarga Tadika Dzul Iman. Dan Jumaat lepas Tadika Dzul Iman Puncak Alam mengadakan sambutan Hari Raya serentak dengan Sambutan Hari Guru Dan Sambutan Hari Raya.









Dan setiap kali ada event, pihak Tadika Dzul Iman tak pernah gagal buat air mata MamaLynd bergenang. Touching tau. Bila tengok khalifah (istilah yang digunakan untuk anak-anak) buat persembahan nyanyian.

Bukan apa, bertapa gigihnya teachers dan khalifah berlatih untuk menghafal lagu dan mengawal suasana. So bila tengok persembahan tu rasa macam "Yes.. inilah masa mereka buat sehabis baik". 

Untuk sambutan hari ibu pula, khalifah buat "surprise". Datang dengan "sorok' sesuatu kat belakang menghala ke ibu masing-masing. Keluarkan losyen dan sapu tangan kat tangan mama. Alahaiiiiiii.. Sweet sangat teacher ni plan semua ni.

Dan.. Untuk event kali ni memang MamaLynd nekad taknak ambil video sebab nak focus on the real kids. Alhamdulillah, ada teacher Shu yang record video dan share di group whatapps.



Gambar memang lah banyak tapi tak berani nak share gambar khalifah di public. Almaklum lah kita tak tahukan sensitiviti pada keselamatan anak-anak orang lain and MamaLynd belum ada kekuatan lagi nak minta kebenaran untuk kongsi gambar anak mereka.

Cik Indah ni kan attendance bas sekolah yang selalu ikut mama hantar kakak gi school makanya dia memang dah biasa dengan teachers kat sini. Kadang-kadang dia siap salam lagi dengan teachers yang memang selalu manis dan mesra tu.



Makanan tiap kali event pun memang sentiasa melimpah ruah. Bukan setakat pihak Tadika DzulIman sahaja yang sediakan, malahan mommies pun potluck bawak macam-macam makanan. So balik tu memang siap tapau lah.

Since anak masuk Tadika Dzuliman ni memang tunggu je kalau event, tak kisah lah samada mama join atau anak je, mama tetap seronok tengok reaksi khalifah mama ni.

Nak cari Tadikan Islamic untuk anak anda?
Dzul Iman recomended.




1 ulasan:

nini berkata...

Sapu losyen kat tangan mama macam iklan nivea pulak...hihi