Time To HADAP

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

Hari ni asyik dok fikir perkataan HADAP.

Kita ni nak macam-macam tapi tak nak HADAP.

Nak kurus.. 
Tapi tak sanggup nak tinggalkan bad habit macam minuman manis.
Tak sanggup nak follow detox program.

Nak income lebih..
Tapi tak sanggup nak korbankan masa tidur, masa tengok tv, masa lepaking.
Tak sanggup nak spend masa nak kelas online.
Tak sanggup kelam kabut urus bisnes dan family.

Tapi bila tengok orang berjaya dapat itu ini ada perasaan "Bestnya dia"

Itu MamaLynd lah kan. 
Bestnya dorang.
Kenapa aku tak dapat.

Tapi sekarang Lynd dah dapat jawapan.

Jawapannya adalah HADAP.

Kita kena hadap hari program detox..
Kita kena hadap buat entry selama 60 hari tanpa stop.
Kita kena hadap kelam kabut urus banyak benda hakiki disamping urusan bisnes.

HADAP..
Sahut cabaran dan rasa susah tu.

Allah dah janji setiap kesusahan dan ujian pasti ada ganjarannya.


Ini Vision Board MamaLynd buat 2 bulan lepas.
Demi impian ini.. MamaLynd kena HADAP..
Supaya impian itu jadi kenyataan dan berada dalam genggaman.

MamaLynd hadap cabaran dan kesusahan demi impian hakiki ku.



Tiada ulasan: