Ogos 21, 2017

Akhirnya Jumpa Set Berpantang Terbaik

by , in
Assalamualaikum. Alhamdulillah. Hari ni MamaLynd nak kongsikan pengalaman dan penjalanan mencari Set Berpantang Terbaik. Anak dah 3 dan ini bermaksud 3 kali juga berpantang dan 3 jenis jugalah set berpantang yang MamaLynd cuba sebelum jumpa dengan Set Berpantang Terbaik.


Anak pertama Lynd tak spend masa lama sangat nak cari set berpantang. Lynd pun tak ingat kenapa tapi seingatnya Lynd lebih focus pada persiapan untuk breastfeed anak.

Akhirnya Lynd pilih set berpantang murah ja tapi dari jenama yang agak dikenali. Harga dalam Rm 8+ ja dan berasaskan herba. So jamu betullah. Tapi malangnya, Kaseh prolong Joundis so seperti yang orang tahu kalau anak kuning ibu tak boleh ambil sebarang jamu sebab dikuatiri kandungan dari jamu tu akan mempengaruhi bacaan darah baby.

Dah prolong joundis, maka dekat sebulan jugalah baru bacaan turun dan masa tu mood berpantang dah habis dah. Maka membazirlah set berpantang tersebut.

Lain pulak kes Awatif, persiapan berpantang memang agak teliti terutama bab cari set berpantang terbaik ni. Spesifikasinya adalah :
✔ Lengkap
✔ Mudah diambil
✔ Selamat untuk bayi jika joundis.

Bab harga tak kisah sangat masa ni sebab nak pantang betul2 punya pasal maka beli 1 jenama yang agak suam-suam kuku tapi reputasi bagus jugak lah. Harga pun boleh tahan dalam Rm 2++ 1 set kegunaan 44 hari.

Alhamdulillah. Awatif takder Joundis maka mama berpantang dengan girang complete tukang urut pakai bengkung bagai.

Jamu pulak mama amalkan dengan konsisten walaupun ghenyah jugak lah sebab nak kena bancuh dan ikut aturan hari ke berapa makan apa sume tu.

Tapi pengalaman yang tak best Mama sembelit teruk dah lah 3rd degree tear masa tu maka memang bergantung dengan ubat lembut najis.

Walaupun untuk kegunaan 44 hari ja ni pun tak 100% utilize sebab yang sapu- sapu tu tak habis pun sebab lepas tukang urut tak datang maka dah takdak sapa yang nak tolong sapu. Hehehe..

Dan.. bila bersalinkan anak no 3 ni dah lah memang dah tahu kena bersalin czer maka persiapan untuk cari set berpantang tu langsung takdak. Hahaha..

Tak risau ka luka bersalin lambat sembuh?

Hehehe.. Sebenarnya Set Berpantang Terbaik tu adalah Set Berpantang Shaklee. Tak payah nak study ke apa sebab Lynd start guna produk Shaklee dari peringkat TTC lagi. Iaitu Lynd ada masalah hormon dan tak period selama 2 tahun akibat pengambilan suntikan perancang.

Nasibaik guna produk Shaklee dari awal terus guna Set Kehamilan Shaklee sampailah Set Berpantang Shaklee. Tinggal tambah beberapa produk je yang mana tak boleh ambil semasa hamil tu.

Jimat tak payah pening kepala sebab 1 set tu ada beberapa produk yang boleh digunakan sehingga 4 bulan. Jimat apa. Set berpantang lain untuk 44 bulan tapu Set Shaklee hingga 4 bulan.

Perlu ke ambil set pantang selepas 44 hari?

Kalau ikut logik memang luka dalaman memang lambat sembuh lagi-lagi czerkan sebab luka tu kita nampak. Yang dalaman lagi lah kita tak tahu keadaan kat dalam badan kita.

Tambah lagi dengan tugas baru sebagai ibu dan ibu menyusu semestinya ibu kena ambil vitamin tambahan selain dari pemakanan.

Jadi pemilihan Set Berpantang yang menyeluruh dan mudah untuk ibu ambil adalah sangat penting dan pilihan mamalynd adalah Set Berpantang Shaklee.


Berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai produk ini atau rangkaian produk Shaklee yang lain.

Hubungi :

Lynd Abu Bakar

WhatApps :019 - 603 8353
Facebook : Lynd Abu Bakar

Cash On Delivery : Puncak Alam, Meru, Setia Alam, Kuala Selangor, Saujana Utama, Shah Alam Seksyen 13
Ogos 21, 2017

Menakutkan Sembelit Selepas Bersalin

by , in
Assalamualaikum. Alhamdulillah. Hari ni Lynd nak kongsikan pengalaman Lynd ada masalah sembelit selepas bersalin dan memang agak teruk. Dah lah third degree tear masa bersalin tu lagi lah mengerikan. Kalau tanya sesiapapun  sembelit lepas bersalin ni memang menakutkan.

Ogos 16, 2017

Keloid Bersalin Semakin Pudar

by , in
Assalamualaikum. Alhamdulillah. hari ini Lynd nak kongsikan mengenai keloid. Ada sesiapa tahu apa itu keloid? MamaLynd baru tahu yang nama parut yang isinya timbul itu adalah "Keloid"

(Sumber Google - Bukan MamaLynd punya)


Ogos 16, 2017

Persiapan Menjadi Ibu

by , in
Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Syukur Kurniaan Allah..

Dengan kehidupan sekarang sebagai ibu kepada 3 puteri yang sedang aktif, sebagai suri rumah yang menguruskan keluarga dan sebagai wanita yang bekerja dari rumah.

Subhanallah.. Kurniaan Allah cukup indah. Rasa syukur tak pernah putus. Bukan merasakan diri sudah cukup bagus dan kehidupan ini adalah lebih baik dari sesiapa, tetapi cukup dengan kurniaan rasa bahagia yang Allah berikan.

Bagaimana mahu jadi ibu dan wanita yang bahagia?

Sesungguhnya Persiapan Diri Sebelum Menjadi Ibu adalah sangat penting.

Ia bukan sekadar "go with the flow" bila kita mula menjaga amanah Allah iaitu anak-anak kita. Kerana kita pasti diuji samada dari segi emosi, kebijaksaan dan kesihatan.

Apa Persiapan Diri Sebelum Menjadi Ibu ?

Emosi



  • Sesungguhnya bila ada anak hidup kita bukan membawa diri kita sahaja. Tetapi ada 1 nyawa lagi yang bergantung hidup dengan kita.

  • Maka kita perlu belajar mengawal emosi apabila hidup kita "diganggu". Nak tidur, anak berjaga. Baru nak suap nasi anak dah menangis perut dah lapar ni. Itu tak masuk lagi urusan ke toilet terpaksa ditangguhkan.

  • Pada tahap ini memang emosi sangat tercabar. Bersabar lah ibu kerana ganjaran yang amat besar menunggu mu.

Kesihatan



  • Yang ni amat penting. kesihatan amat mempengaruhi keadaan emosi dan pemikiran ibu.

  • Jika ibu sihat insyaAllah 50% emosi ibu dapat dikawal.

  • Mungkin bagi yang mengandung anak pertama mereka tak merasa terkesan lagi kerana mereka masih rasa bahawa mereka hanya perlu membawa diri sahaja.

  • Once, bayi dilahirkan sila tanam dalam minda bahawa "Aku kena sihat untuk aku jaga anak ini". Maksudnya jika kita mengabaikan pemakanan dan penjagaan dalam pantang kita akan menghadapi masalah untuk menjaga anak.

  • Kerana pada level ini kita perlu jaga diri dan anak. Mungkin ada yang fikir "Alah.. nanti lama-lama baik sendiri lah"

  • Subhanallah.. Anda tidak akan faham selagi ibu tak merasainya. Disaat anak menangis dalam masa yang sama kita pun bertarung dengan sakit sendiri.



Jadi dalam post ini Lynd memang nak focus pada 2 perkara ini sahaja. Emosi dan Kesihatan.

Macam Lynd, semasa mengandungkan anak ke 3 memang tak tinggal Set Ibu Hamil Shaklee kerana Lynd perlu cergas dan kuat untuk melayan kerenah 2 lagi puteri.

Kalau Lynd balik kerja, Lynd dah penat macamana Lynd nak kawal emosi bila nak berdepan dengan anak yang masih lasak.

Dan bila berpantang memang focus Lynd nak dapat balik tenaga sebab mahu menguruskan new born disamping anak-anak yang sedang lasak.

Lynd terus amalkan Set berpantang Shaklee. Alhamdulillah Lynd tak hadapi masalah yang biasa dihadapi oleh ibu-ibu hamil yang lain macam sembelit dan kelesuan. Syukur sangat sebab ikut pengalaman masa berpantang anak pertama memang menakutkan dengan masalah tu semua. Alhamdulillah.

Yang bestnya mengenai Set Berpantang Shaklee ini adalah sekali dengan Set Penyusuan Shaklee so Lynd tak payah membazir nak beli set yang berasingan.

Alhamdulillah.. persiapan dan pengalaman bersalin Lynd berbeza bagi ketiga-tiga anak dan alhamdulillah, jodoh Lynd dengan Shaklee dapat membantu Lynd menjadi ibu yang lebih bijak.

Berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai produk ini atau rangkaian produk Shaklee yang lain.

Hubungi :

Haslinda Lynd

WhatApps :019 - 603 8353
Facebook : Haslinda Lynd

Cash On Delivery : Puncak Alam, Meru, Setia Alam, Kuala Selangor, Saujana Utama, Shah Alam Seksyen 13
Ogos 15, 2017

Set Kehamilan Shaklee Piihan Ibu Bijak

by , in

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Setiap pasangan yang menerima berita kehamilan pasti akan teruja untuk membuat persiapan dalam menyambut kelahiran bayi dan juga untuk memberikan yang terbaik dari peringkat kehamilan lagi. Faktor pemakanan, keselamatan, kesihatan dan perasaan ibu hamil pasti diberi perhatian lebih. Dan kali ini MamaLynd nak ulas lebih lanjut mengenai pemakanan dan juga peranan Set Kehamilan Shaklee dalam usaha memberikan yang terbaik kepada ibu dan bayi.

Ogos 12, 2017

Breastfeeding Journey Mama Lynd

by , in
Assalamualaikum. Alhamdulillah. Hari ni MamaLynd nak kongsikan kisah perjalanan breastfeeding mama anak 3 ni. Asalnya masa mengandungkan Kaseh memang lah diberi briefing mengenai polisi penyusuan susu ibu.. penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun.


Ogos 09, 2017

BreastFeeding Month With Mama Lynd

by , in
Assalamualaikum. Alhamdulillah. Bulan August merupakan bulan Bulan Penyusuan Susu Ibu Kebangsaan(National Breastfeeding Month). Mesti ramai yang tak tahu kan? Mungkin sebab bertembung dengan hari kebangsaan Malaysia so lagi banyak kempen dengan bendera di sekeliling kita.


Ogos 08, 2017

Kebaikan Omega dan Bagaimana Omega Guard Bertindak

by , in
Assalamualaikum. Alhamdulillah. Bulan ni merupakan promo Omega Guard jadi memang Lynd akan banyak post mengenai Kebaikan Omega dan Bagaimana Omega dapat membantu menjaga kesihatan kita. Banyak sumber dan penemuan yang Lynd jumpa menegnai kebaikan omega dan keperluan mengambil omega yang mencukupi dalam diet harian. Kebaikan Omega adalah secara menyeluruh bermuka dari kanak-kanak, wanita hamil, berpantang, menyusu, kesihatan lelaki dan wanita.



Dan dah menjadi kebiasaan dan tanggungjwab Lynd untuk study keperluan sesuatu nutrisi itu . Lynd bukan bergantung kepada 1 sumber sahaja tetapi Lynd akan cuba memahamkan dari sudut kesihatan dan bagaimana ia berfungsi. So segala penemuan Lynd akan kongsikan di blog ini dan juga di group Vitalynd Empire. Lynd ada jumpa 1 video menarik di youtube untuk memahamkan kita mengenai bagaimana Omega berfungsi di dalam badan kita. 

Jom upgrade ilmu mengenai kebaikan omega dan bagaimana omega berfungsi di dalam badan kita.





Berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai produk ini atau rangkaian produk Shaklee yang lain.

Hubungi :

Haslinda Lynd

WhatApps :019 - 603 8353
Facebook : Haslinda Lynd

Cash On Delivery : Puncak Alam, Meru, Setia Alam, Kuala Selangor, Saujana Utama, Shah Alam Seksyen 13


Ogos 08, 2017

Promosi August Omega Guard

by , in

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Ogos Omega. Memang kena sangat lah. Omega Guard merupakan antara top 10 product Shaklee. Ini kerana selain dari kesedaran mengenai kepentingan Omega kepada seisi keluarga, Omega Guard Shaklee adalah supplement omega 3 terbaik dipasaran kerana kandungan omega dan DHA yang tinggi dalam setiap kapsul.

Kualiti dalam setiap botol Omega Guard juga dapat dilihat jelas kesan dari penyulingan 3 kali untuk mengasingkan logam berat dari sumber ikan laut dan menghasilkan kapsul omega yang paling kurang bau di pasaran.

Ketahui lebih lanjut mengenai Kelebihan Omega Guard Shaklee dan mulakan gaya hidup sihat anda dengan Shaklee.



Berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai produk ini atau rangkaian produk Shaklee yang lain.

Hubungi :

Haslinda Lynd

WhatApps :019 - 603 8353
Facebook : Haslinda Lynd

Cash On Delivery : Puncak Alam, Meru, Setia Alam, Kuala Selangor, Saujana Utama, Shah Alam Seksyen 13



Ogos 08, 2017

Kebaikan Omega 3 dan Kelebihan Omega Guard Shaklee

by , in
Assalamualaikum. Alhamdulillah. Bulan ni promo Omega so ada beberapa kelas omega di adakan melalui pelbagai medium termasuk lah telegram dan juga briefing di lokasi-lokasi terpilih sepanjang bulan ni. Tapi macam Lynd dengan anak-anak ni lebih selesa tambah ilmu melalui medium online sahaja. Walaupun online sesi dikendalikan oleh Nutritionist Shaklee iaitu Siti Sarah
Ogos 07, 2017

Gaut Hilang Dengan Set Gaut Shaklee

by , in



Assalamualaikum. Alhamdulillah. Setiap hari Lynd selalu dapat perkongsian dari kawan-kawan mengenai keseronokan mereka apabila pengguna Shaklee seperti pelanggan dan keluarga mereka berkongsi keberkesana produk Shaklee yang mereka amalkan. Begitu juga Puan Sierra, mempekenalkan Alfalfa Shaklee dan Omega Guard Shaklee kepada ayah beliau yang menghidap Gaut dari sejak hampir 20 tahun lepas. Dan Gaut Hilang Dengan Set Gaut Shaklee.

Ogos 07, 2017

Persiapan Sebelum Menunaikan Haji

by , in

Assalamualaikum. Alhamdulilah. Musim haji tahun ini kembali lagi dan ada yang sudah mula berangkat ke tanah suci. Lynd juga ada yang dimurahkan rezeki untuk menjadi tetamu Allah diusia muda. Semoga kita pun mendapat rezeki di tahun hadapan insyaAllah. Bagi yang belum berangkat mesti sibuk buat persiapan sebelum menunaikan haji dan bagi kita yang ada ibu bapa yang bakal berangkat pun mesti sibuk sama kan. Persiapan sebelum menunaikan haji termasuklah dari segi pakaian, amalan,makanan, juga ubat-ubatan dan supplement.



Ogos 07, 2017

Diari Rutin Rumah

by , in
DIARI RUTIN SURI RUMAH "JE"
---------------------

Assalamualaikum.

Its Monday..😄

Pagi datang mood nak menaip panjang.
Isninkan fresh start so kita guna semangat ni untuk menaip..😁

Bila berkenalan dengan kawan baru tak kisah lah pelanggan Shaklee ke atau ibu yang ada masalah breastfeeding bila dah sembang and tanya "Puan keje ke?"



Feedback biasa
- Saya suri rumah "je"
- Saya dok rumah "je"
- Saya tak ke"je" 😅

Alah.. cliśe bila orang dok pujuk diri
"Mulia jadi suri rumah.. patut bangga.. bla.. bla.. bla.."

Bukannya tak betul.. betul la segala bagai motivasi suri rumah tu tapi cuba kita tengok balik feedback kita.. "Je"

Setengah orang cukup bangga dengan kerjaya suri rumah.
Boleh sediakan makan pakai anak suami dengan sempurna.
Alhamdulillah.
Bila kita rasa macam tu..

dan kita rasa bahagia dengan apa yang kita buat itu cukup.
Dan rasa bahagia dan bangga tu perlu jujur.
Terpancar dengan kata-kata dan tingkah laku kita.

Lynd?
Hahahaha.. Bukan lah suri rumah begitu.
Walaupun suri rumah..
pagi kami masih sarapan kat kedai2.
Tengahari je masak..
Cuma kadang2 pekena nasik kukus gak.

Malam?
Lagi lah jarang masak.
Kami lagi suka bersiar-siar makan kat luar atau gi pasar malam.
Dalam seminggu ada lah sekali 2 ja goreng nasi ka.. nasi lemak ka kalau MamaLynd malas nak kuar.
Bukan apa..
Kesian kat suami kami dipaksa makan air tangan isteri yang tak sedap ni. Hahaha..
So lunch ja kita paksa dia makan.


So ada 1 fasa masa awal2 tak keje dulu..
I really feel bad tau.
Aku ni tak keje tapi xdak lah gaya suri rumah sangat kan.

Cuba cari penyelesaian dan ikut tips2 orang.
Tapi tak kena.
Not so me.
Maybe sebab dah biasa gaya hidup moden sangat kan..
keje, ada duit sendiri dan makan kat luar.

Dan dalam dok cari dan sesuaikan diri tu alhamdulillah..
Allah tunjuk jalan.
Selama ni buat Shaklee part time sebab keje kan.

Bila berenti pun dok nak buat part time dengan alasan siang sibuk gi sana sini antar anak sekolah bagai.

Lama2 dok pikir macamana nak arrange hidup ji buat fulltime Shaklee.
Indah dah 2 tahun lebih dah pandai main sendiri.
Now i found my routine as housewife yang kerja dari rumah.

Rutin Dulu

7.00 - Antar Kaseh sekolah
7.30 - Siapkan Atif & Indah
8.00 - Hantar Atif sekolah
8.30 - Mama, Papa & Indah Jalan2 cari sarapan.
9.00 - Papa masuk bengkel
- Mama kemas rumah (kononnya), gentel Indah, scroll fb
11.00 - Turun gi kedai cari barang masak & masak
12.00 - Ambil atif
12.30 - Tunggu Kaseh
- lunch, siapkan kaseh sekolah
2.30 - antar kaseh KAFA
Dan waktu petang ni lipat baju ka, gentel anak ka apa2 lah.

Malam baru lah buat keje2 bisnes kononnya part time kan. Utamakan keja hakiki. (Ketuk pala sendiri)

Rutin sekarang
Awal2 pagi tu sama ja. Cuma nak kena kasi kemas lagi macam bangun awal bleh kemas rumah sikit2.
Antar anak and jalan2 sarapan tu sama.

Cuma kol
9.00 - 11.30
Focus bisnes macam update blog.
Kumpul testimoni dari group
Target 3 post sehari u blog so pagi tu lasi settle yang tu dulu.

11.30 - 2.30
Masak and time dengan anak2.
Amik Atif pass kat papa dah kalau papa xder keje.
Kaseh pun dah tak payah tunggu ada kawan dia bleh jalan kaki sendiri.

- So tak payah nak jadi superwoman sangat MamaLynd sangat. Belajar redha.

- Antar Kaseh KAFA pun pass kat papa. Kenapa mama kata kena redha bab antar amik anak ni?

Sebab mama paling suka part tengok muka anak dari jauh balik sekolah dan babai and cium anak dari dalam kete bila hantar.
Hahaha.. Mama sendu..



Petang baru lah buat keje rumah macam kemas ka..
Lipat baju ka..

Tapi..
Since MamaLynd dah ada target harian dalam bisnes Shaklee maka xdaknya lipat baju depan tivi.

Ada teknik dah MamaLynd jumpa supaya keje melipat settle tak sampai setengah jam.

So with my new routine i am proud to say that
"Saya suri rumah..😊😊😊😊😊😊"
Sambil senyum meleret..

Tak payah nak explain pun suri rumah tapi buat keje ini.. itu.. bla.. bla.. bla..

Because..
Saya tahu apa yang saya buat setiap hari demi mengupgrade diri sendiri dari masa ke semasa.

Wahhhhh... Panjangnya mengomel..
Ada yang baca ka?

Ada yang tau basic asas hidup suri rumah bahagia?
Ogos 06, 2017

Surah Al-Mulk

by , in
Assalamualaikum. Alhamdulillah. Lynd tak tau nak cerita macamana sebab Lynd bukan lah arif mengenai agama.

Disini Lynd nak kongsikan bacaan surah Al-Mulk yang cukup indah. Nanti boleh download and selalu dengar sebelum tidur.

Salah satu kelebihan surah Al-Mulk ada menyelamatkan kita dari siksaan kubur jika kita selalu amal membacanya selepas isyak sebelum tidur. InsyaAllah.

Kelebihan suruh al-Mulk boleh baca disini.

Surah al-Mulk

Semoga kita konsisten amalkan dan menjadi insan yang lebih baik.


Ogos 05, 2017

Kenapa Perlu Ambil Supplement

by , in
Assalamualaikum. Alhamdulillah. 2-3 menjak ni industri makanan tambahan atau supplement semakin berkembang di Malaysia. Mungkin ada yang mula berkesedaran mengenai keberkesanan supplement berbanding ubat yang memberi kesan sampingan yang lain. Tetapi masyarakat kita masih perlu diberi kesedaran mengenai kenapa kita perlu ambil supplement adalah bukan kerana kita sudah sakit. Tetapi sebagai pencegahan awal dengan memberikan nutrisi yang mencukupi kepada badan dari awal lagi.

Ogos 05, 2017

Fahami Landmark Study Shaklee dengan Video

by , in
Assalamualaikum. Alhamdulillah. Lynd jumpa video yang disediakan oleh pihak Shaklee untuk membuatkan kita lebih faham mengenai Landmark study Shaklee.
Dalam entry sebelum ini Landmark Study Shaklee Lynd ada terangkan mengenai bagaimana kajian ini dibuat. Dan kali ni Lynd kongsikan dalam bentuk video supaya lebih mudah kita faham.



Menarikkan video ni?
Harap perkongsian ini dapat membantu kawan-kawan untuk hidup lebih sihat dan tanpa ragu-rahu memilih Shaklee sebagai teman baik kesihatan anda.

Berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai produk ini atau rangkaian produk Shaklee yang lain.

Hubungi :

Haslinda Lynd

WhatApps : www.wasap.my/60196038353
Facebook : Haslinda Lynd

Cash On Delivery : Puncak Alam, Meru, Setia Alam, Kuala Selangor, Saujana Utama, Shah Alam Seksyen 13
Ogos 04, 2017

Sembelit Masalah Senyap Rakyat Malaysia.

by , in
Assalamualaikum. Hari ni Lynd nak kongsikan satu masalah yang dihadapi oleh ramai rakyat Malaysia tapi masih dipandang ringan iaitu sembelit. Sedangkan masalah sembelit ini jika ia berterusan boleh menyebabkan penyakit lain dan tahap toksin dalam badan boleh meningkat. Apabila toksin meningkat masalah lain seperti kelesuan, kulit wajah berjerawat, selera makan berlebihan, perut buncit dan berat badan yang berlebihan.



Manusia yang normal akan membuang air besar 1-2 kali sehari tetapi purata orang kita mengambil 2-3 hari sekali. Dan lebih teruk sembelit ini boleh menyebabkan kesakitan dan juga membuatkan kita tidak selesa menjalani kehidupan harian.





Antara Punca masalah sembelit :


1. Kekurangan air yang mencukupi dalam badan.

2. Kurang serat dalam diet harian.

3. Tabiat suka menahan membuang air besar (Tahu tak bila kita tahan, toksin / air diserap kembali dalam badan tu yang najis kita mengeras dan susah nak keluar. Dan tak best toksin tu akan meracuni badan kita balik)

4. Perubahan hormon semasa hamil / peningkatan usia.

5. Masalah otot usus yang tidak kuat akibat kekurangan kalsium.



Cara Mengatasi  Sembelit :


1. Pengambilan air antara 2 - 3 Liter sehari.

2. Pengambilan serat yang mencukupi (Buah-buahan / Sayur-sayuran)

3. Jadikan membuang air besar satu rutin konsisten masa yang sama. Samada waktu pagi / petang. Jangan tahan.


Shaklee juga mempunyai rangkaian produk yang boleh membantu masalah sembelit.



Ostematrix


  • merupakan sumber Kalsium Utama dalam rangkaian produk Shaklee.

  • Sesuai diambil oleh wanita hamil yang mengalami masalah sembelit dan memerlukan bekalan Kalsium yang mencukupi.

  • Pengambilan 4 biji sebelum tidur setiap hari akan melancarkan pembuangan pada keesokan hari.




Herbalax



  • Menjadi pilihan untuk pengguna yang mempunyai masalah sembelit yang teruk.

  • Kesannya boleh dirasai selepas 6-8 jam pengambilan.

  • Fungsinya dalam membersihkan usus dengan berkesan menjadi pilihan kebanyakkan pengguna yang memang betul-betul mahu fokus pada masalah sembelit.

  • Tidak disarankan diambil setiap hari kerana kesannya yang agak kuat walaupun tidak menyebabkan sakit perut.


Alfalfa Complex




  • Menjadi pilihan untuk orang yang ingin menikmati 1001 khasiat jamu moden ini.

  • Bertindak secara lembut pada usus berbanding Herbalax.



 Berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai produk ini atau rangkaian produk Shaklee yang lain.

Hubungi :

Haslinda Lynd

WhatApps : www.wasap.my/60196038353
Facebook : Haslinda Lynd

Cash On Delivery : Puncak Alam, Meru, Setia Alam, Kuala Selangor, Saujana Utama, Shah Alam Seksyen 13

Ogos 04, 2017

Pengalaman Pengguna Set berpantang Shaklee

by , in
Assalamualaikum. Alhamdulillah. hari ni Lynd kongsikan pengalaman pengguna Set Berpantang Shaklee yang pernah berpantang sebelum ini tanpa menggunakan supplement Shaklee. Mereka merasai perbezaan sebelum dan selepas menggunakan Set berpantang Shaklee. Macam Lynd dulu, 2 anak pertama menggunakan 2 jenis set berpantang yang agak popular ketika itu dan untuk kelahiran ke 3 baru Lynd mencuba Set Berpantang Shaklee. Dan semestinya perbezaan ketara yang Lynd rasa.

Jom kita lihat perkongsian pengalaman pengguna Set Berpantang Shaklee.


Ogos 04, 2017

Kaseh ke NICU kerana mama pandai sangat

by , in
Assalamualaikum. Alhamdulillah. Salam Jumaat. Hari ni Lynd nak sambung kisah bersalin kan Kaseh. Kiranya ni part 2 lah. Kisah Kaseh dimasukkan ke NICU semasa umur 4 hari kerana kelalaian mama. Sadis. Alkisah masa nurse Klinik Kesihatan Meru datang buat lawatan ke rumah, nurse check yang baby ada kuning sedikit dan minta Lynd untuk check pada sebelah petang tu. 

Ni gambar sebelum kita gi klinik di hari mama "pandai" tu

Ogos 04, 2017

Menu Berpantang Mudah

by , in


Assalamualaikum. Semalam Lynd jumpa perkongsian di Facebook Mingguan Wanita mengenai menu berpantang mudah. Cantik pula tu gambar disamping menu berpantang mudah yang nampak sangat sedap. Lynd minta izin ye untuk kongsikan disini. Semoga ilmu dan perkongsian ini dapat dimanfaatkan dan semoga tuan empunya gambar ini diberikan kesihatan dan keberkatan hidup.

Menu Berpantang Mudah


Ogos 04, 2017

Pengalaman Bersalin Kaseh

by , in
Pengalaman bersalin setiap anak pasti ada kisah sendiri dan Lynd nak abadikan kisah itu di blog baru Lynd ni. Dan kali ni Lynd nak abadikan kisah pengalaman bersalin anak pertama Lynd iaitu Kaseh. 


Kaseh dikategorikan sebagai anak bunting pelamin. Alhamdullah rezeki kami tak perlu menunggu lama. Sepanjang mengandungkan Kaseh, masa awal-awal agak lunyai jugak tambahan lagi masa tu Papa Kaseh selalu outstation so manja mengada sikit lah.

Masa buat 4D Scan Kaseh malu nak tunjuk muka.

Ogos 04, 2017

Testitimoni ESP Set Berpantang Shaklee

by , in
Assalamualaikum. Alhamdulillah. Hari ni MamaLynd nak kongsikan testimoni ESP Shaklee yang merupakan salah 1 produk yang terdapat dalam Set Bepantang Shaklee. ESP Shaklee adalah sumber protein yang diasaskan dari kacang soya Non-GMO. 





Kita lepas berpantang sangat perlu untuk mendapatkan bekalan vitamin protein yang mencukupi keran protein membantu proses penyembuhan luka dalaman dan luaran dengan cepat. Tambahan lagi sesetengah orang mengamalkan pemakanan dikawal dengan ketat semasa berpantang. Jadi dengan pengambilan ESP, kita dapat “curi-curi” bekalan protein untuk badan kita.

Jom kita ikuti kisah Puan Aina menggunakan ESP Shaklee dari berpantang anak pertama sehingga mengandung anak ke dua.




Wan Aina Syahiida

"Salam, nak share tentang ESP. Saya start kenal Shaklee semasa pantang 2013, kakak belikan set pantang termasuk ESP. Mula-mula start ESP memang sangat miracle je rasa sebab rasa bertenaga walaupun saya bersalin szer. Boleh bangun berjalan macam orang tak pantang. 

Luka sangat cepat sembuh. Nurse KK yang datang check kat rumah pun puji. Susu apatah lagi, melimpah ruah, tak sah tak basah baju kalau tak pam. Baby memang berat naik cun je sebab kenyang dengan susu yang cukup khasiat, pekat dan sangat banyak. 

Kali ni 2015 tak lama lagi nak bersalin anak no 2 insyaAllah. Memang amalkan ESP tak tinggal seak pantang hari tu until now dan terus ambil ESP. I in lobe with ESP ! Hoho.. Kulit rasa sangat moist bila amalkan ESP. yang tak boleh telah ESP tu bancuh la dengan pape minuman yang anda suka. Start dengan 1 scoop dulu ke kan.. sedap tau ! Dahl ah banyak khasiat sangat-sangat.

Lagi rahsia ESP ni kan yang paling best berat saya turun 20 kg dalam masa 2 bulan. Makan tak da tahan pun. Best sangat.

Ni bukan tipu.. Ni apa yang saya rasa.. lepas dah kenal Shaklee bukan takat ESP teruskan.. saya memang rasa nak amik semua produk Shaklee yang dijamin 100% semulajadi/

Rugi tak cuba ESP ni."


Berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai produk ini atau rangkaian produk Shaklee yang lain.

Hubungi :

Haslinda Lynd

WhatApps :019 - 603 8353
Facebook : Haslinda Lynd

Cash On Delivery : Puncak Alam, Meru, Setia Alam, Kuala Selangor, Saujana Utama, Shah Alam Seksyen 13


Ogos 03, 2017

Jom Doa Bebaskan Dari Hutang

by , in
Assalamualaikum. Alhamdulillah. Lebatnya hujan pagi ni. Segar pulak rasa. Jom kita doa kerana salah satu waktu mustajb berdoa adalah ketika hujan lebat.







Ya Allah..
Tuhan Maha Pengampun..
Ampunilah dosa kami, kedua ibu bapa kami, keluarga kami dan seluruh umat islam.
Tempatkan kami dalam golongan orang beriman Ya Allah.

Ya Allah..
Bebaskan lah kami dari bebanan hutang.
Jangan Kau ambil nyawa kami dalam keadaan berhutang dan berikanlah kami petunjuk jalan dan kekuatan untuk bekerja dalam melangsaikan hutang kami.

Ya Allah..
Sesungguhnya hutang kami banyak.

Hutang amalan kami.
Hutang solat yang kami tinggalkan,
Hutang puasa yang kami tinggalkan,
Hutang masa yang kami bazirkan.

Hutang tanggungjawab kami,
Anak-anak yang kami tidak didik dan kurangnya perhatian kami,
Ibu-bapa yang kami tidak jaga dan menyakitkan hati mereka,
Masyarakat yang kami abaikan.

Dan juga Hutang wang ringgit kami,
Dengan orang lain
Dengan bank
Dan Hutang zakat dan sedekah kami.

Tiada manusia yang hidup tanpa hutang.
Dan kerana hutang itu lah kita sentiasa ingin berusaha jadi lebih baik untuk selesaikannya.

Sesungguhnya hidup kami penuh dengan hutang.
Dan seumur  hidup kami tidak akan mampu untuk selesaikan hutang itu Ya Allah tanpa kekuatan dan keizinan dari Mu.
Jangan Kau tinggalkan kami dengan rasa ringannya hutang kami.

Semoga sebelum nyawa kami diambil,
Kami kembali kepada Mu dengan beban hutang yang paling ringan.

Amin Ya Rabb..




Banyakkan hutang kita?
Semoga semasa Allah ambil nyawa, kita sudah diringankan dari bebanan hutang.
Semoga hutang dijadikan pemankin untuk kita terus berusaha untuk jadi lebih baik.


Ogos 03, 2017

Testimoni Set Berpantang Shaklee

by , in
Assalamualaikum. Alhamdulillah. Hari ini Lynd nak kongsikan testimoni Set Berpantang Shaklee dan juga ESP Shaklee yang merupakan salah satu produk wajib ada semasa berpantang. ESP Shaklee menjadi kewajipan dalam Set Berpantang Shaklee kerana ia merupakan sumber protein utama dalam pantang. Biasanya dalam pantang makan minum kita dikawalkan tapi dalam masa yang sama kita perlu  mendapat nutrisi yang cukup untuk pemulihan tenaga dan luka dalaman luaran.



Testimoni ESP Set Berpantang 1

Kekal bertenaga semasa hamil dan berpantang. Susu ibu pun meriah






"Pertama kali cuba ESP,
Rasa sedapnya soyang ni,
Terjebal ketika berpantang
Sebab nampak kesan positif
Kawan baik kulit makin cerah
Baby breastfeed susu banyak
Dan sebab dah amik lama
Baby dia putih giler
So tak sabar-sabar
Terus order melalui orang yang BFF Dya order dulu.

Pengalaman amat berbeza berpantang kali ke 3 ni,
Dya asyik rasa sihat dan rasa nak buat kerja-kerja rumah
Sebab bertenaga sungguh masa pantang ke 3 ni.

Kalau dulu masa anak pertama dan kedua
Sering sakit kepala
Badan berangin
Lenguh serata badan
Sembelit
Semua pengalaman ngeri berpantang dulu tak berulang lagi kali ni
Bahagia sungguh berpantang kali ni walaupun terpaksa berpantang sendiri.
Baby tido nyenayk sebab susu pekat bela ber ESP
Sehingga terpaksa kerap salin t-shirt akibat susu terlalu meriah
Ramai yang menegur berat badan menurun paling ketara
Kulit yang kusam makin serah.
ESP lah cinta pertama Dya dengan Shaklee."




Iza Eyza Shaklee

"Saya start amik ESP pas bersalin anak no 2. Amik set bersalin premium.
Memang bertenaga masa dalam pantang compare dari anak first.
Yang paling best berat badan pun turun dengan gembira.
Masa preggy punya ler berat sampai 9kg pas abis pantang 5kg je.
Best sangat rasanya. Hihi.. ini preggey anak ke-3 tengah trismester pertama
Nie harapkan amik ESP jer nie sebabalah banyak benda tak lalu nak makan.
Mujur ESP bagi tenaga adalah tenaga nak uruskan anak-nak dan hal-hal rumah tangga. 
Kalau tidak memang melepek je."


Alhamdulillah. Syukur kerana ramai wanita telah merasai kebaikan produk Shaklee untuk membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih baik. Ibu yang sihat dan gembira semesti mempengaruhi kebahagiaan dan keharmonian keluargakan?

Untuk lebih info mengenai SET BERPANTANG SHAKLEE



Berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai produk ini atau rangkaian produk Shaklee yang lain.

Hubungi :

Haslinda Lynd

WhatApps :019 - 603 8353
Facebook : Haslinda Lynd

Cash On Delivery : Puncak Alam, Meru, Setia Alam, Kuala Selangor, Saujana Utama, Shah Alam Seksyen 13





Ogos 03, 2017

Produk Shaklee Murah di Lazada

by , in
Assalamualaikum. Alhamdulillah. Syukur atas peluang dan ruang yang Allah berikan. Beberapa bulan lepas Lynd ada dengar rungutan dari rakan-rakan SID yang mengatakan ada pelanggan yang membatalkan order selepas segala consultation dan ada juga ada yang call hanya minta consutation.


Produk Shaklee Murah di Lazada ?






Mereka mengatakan pelanggan boleh mendapatkan Produk Shaklee Murah di Lazada  / 11street / Shopee dengan harga jauh lebih murah.

Lynd faham, memang sebagai consumer atau pengguna kita mesti nak berjimat dan kalau dapat beli dengan harga yang paling murah tu paling bagus. Tetapi system perniagaan yang dijalankan oleh Shaklee adalah direct selling dimana pengguna mendapatkan produk Shaklee melalui pengedar mereka yang sah.

Jika pembeli mendapatkan produk Shaklee dari rangkaian yang lain, pihak Shaklee tidak dapat memberikan jaminan dan keistimewaan yang diberikan kepada pengguna yang membeli dari pengedar yang sah.

Apa keistimewaan pembelian produk melalui pengedar yang sah:

ü  Konsultansi cara pemakanan dan gaya hidup yang membantu keberkesanan produk Shaklee
ü  Jaminan gantian jika barang rosak
ü  Jaminan keselamatan dan tarikh luput

Risiko pembelian produk Shaklee dari e-commerce :

ü  Produk sudah melepasi / terlalu dekat dengan tarikh luput
ü  Barang diterima rosak
ü  Tiada konsultansi
ü  Tiada jaminan keselamatan dari pihak Shaklee



Jika anda bernasib baik mungkin anda tidak terdedah kepada risiko tersebut tetapi perlu diingatkan cara pembelian anda ini mungkin menganiaya pengedar Shaklee yang mencari rezeki yang diberkati. Jadi berhati-hati kerana hidup kita ini perlukan keberkatan bukan?

Berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai produk ini atau rangkaian produk Shaklee yang lain.

Hubungi :

Haslinda Lynd

WhatApps :019 - 603 8353
Facebook : Haslinda Lynd

Cash On Delivery : Puncak Alam, Meru, Setia Alam, Kuala Selangor, Saujana Utama, Shah Alam Seksyen 13