Assalamualaikum. Alhamdulillah. Hari ni MamaLynd nak kongsikan kisah perjalanan breastfeeding mama anak 3 ni. Asalnya masa mengandungkan Kaseh memang lah diberi briefing mengenai polisi penyusuan susu ibu.. penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun.
Tapi Lynd ingat benda tu polisi je. Apa yang Lynd tahu adalah kasi susu badan pun ye tapi still kena topup dengan formula milk lagi-lagi kalau kita ni ibu bekerja kan. Mana nak datang menyusu badan aje. Lebih teruk, tahu islan galakkan menyusu badan sehingga 2 tahun tapi tulah.. ingatkan just galakkan je tapi takder orang buat pun. Teruk betul.
Then,
biasalah ibu anak nak masuk satukan, semua buat search dan berikan yang terbaik
kepada anak-anak termasuklah search keyword “Susu terbaik untuk
bayi” dan masa tu asyik kuar pasal susu ibu je. Macam cuba nak still search lah
“jenama”susu terbaik tu sebab susu ibu kononnya “dah tahu” terbaik maka tak
payah lah nak research bagaikan.
Then
dalam dok baca info mengenai susu tu terjebak pula baca 1 blog ni mengenai
bagaimana dia bekerja dan berjaya untuk hanya berikan susu ibu kepada anak dia.
Seronok baca dan dari situ baru Lynd tahu rupanya ada cara bagi merealisasikan
polisi dan saranan dalam al-quran.
So
dari situlah Lynd persiapkan diri dengan ilmu penyusuan susu ibu termasuk lah
join kelas persiapan ibu hamil dalam menyusukan anak, baca info diforum
susuibu.com, baca blog ibu yang berkongsi mengenai susu ibu. So Lynd persiap
mental dan fikizal dalam mahu mencuba sehabis baik dalam menyusukan anak
pertama saya Kaseh.
Alhamdulillah,
perjalanan penyusuan susu ibu Lynd ada onak duri juga lah, bukan bermaksud bila
kita persiapkan diri tu kita akan boleh handle semua. Bila baby dah ada depan
mata barulah kita kena hadap je apa yang jadi tapi bila kita faham bagaimana sus
utu terhasil insyaAllah kita akan lebih tenang dan tahu macamana nak handle
sesuatu situasi tu.
CABARAN
KASEH
Anak
pertama ni cabaran adalah masa dalam pantang memang asyik merengek je tapi
sebab kita bertegas nak susu badan maka orang lain tak boleh nak bantu buatkan
susu kea pa ke so kita akan betungkus-lumus untuk susukan anak semasa dia
merengek. Anak pertama tu struggle nak dapat posisi yang betul, makanya memang
dah tak kisah dah pakai baju ke tak ke janji dapat focus susukan anak.
Huru-hara diri masa tu.
Then
bila bekerja cabaran sebab Lynd banyak kerja luar maka amik masa pam susu masa
drive. Masa drive tu pakai spectra 3 double pumping yang besau tu. Sangkut kat
tali bra sambal drive. Stok susu pun tak banyak sebab lambat kumpul stok masa
dalm pantang tapi cukuplah untuk bekalan Kaseh kat nursery 6oz x 4 botol.
Alhamdulillah
Kaseh menyusu sampai umur 1 tahun 6 bulan je. Tu pun stop sebab mengandungkan
Awatif.
CABARAN
AWATIF
Masa
bersalinkan Awatif mama ada komplikasi sikit so mama kena ditolak ke LR
walaupun bersalin normal dan mama jumpa Awatif pun dah lewat dah masa tu sebab
bius mama tak habis lagi. So masa dalam mamai tu dok fikir Awatif dah nyusu ke
belum. And even baby dah dengan mama pun bila Awatif nangis je nurse datang ambil
Awatif dan pulangkan dalam keadaan diam dah. So mama syak nurse dah kasi FM kat
Awatif memandangkan keadaan mama “kritikal” masa tu.
So
memang la mudah dihospital tapi kesannya bila balik rumah. Awatif nangis dari
kol 6 petang sampai kol 10 malam dan kami syak Awatif lapar tapi tak pandai nak
menyusu direct sebab kat hospital tak manyusu. Sudahnya mama mengalah dan papa
gi beli susu formula dan lepas je menyusu terus Awatif tidur.
Dan
itu yang pertama dan terakhir Awatif minum susu formula tu kerana mama berjaya
menambat hati Awatif kembali. Cehhhh.. So perjalanan menyusu Awatif hanya
sampai 1 tahun 1 bulan sebab mama ke Korea 1 minggu atas urusan kerja dan balik
dari tu Awatif pun dah tak berapa nak menyusu maka berakhirlah perjalanan
breastfeeding mama dengan Awatif.
CABARAN
INDAH
Dah
habis dah cabaran sebab masa ni mama dah berhenti kerja maka perjalanan
breastfeeding Indah secara direct sampai lah umur 2 tahun dan sekarang ni pun
malam-malam still dia melekat bila jaga tengah malam. Sebabnya mama tak pandai
nak pujuk Cik Indah tengah-tengah malam. Hehehehh.
So
itulah kisah perjalan mama dan anak-anak. Seronok dikenang dan ada cerita
tersendiri. So mommies prepare mental dan fizikal dari awal lagi supaya bila
ada cabaran kita lebih tenang hadapinya.
Tiada ulasan:
Catat Komen