Dunia penyusuan susu ibu sangat dekat di hati Mama Lynd kerana dari mengandungkan anak pertama sampai ketiga memang Mama tak pernah terfikir pun option lain dalam penyusuan anak-anak Lynd. Dan kesedaran ini pun bermula tanpa sengaja pun. Nanti InsyaAllah Lynd cerita dalam post akan datang mengenai perjalanan breastfeeding anak-anak Lynd ye.
Dan sempena Breastfeeding Month ni Lynd akan sediakan beberapa post bagi membantu ibu-ibu yang mempunyai niat untuk menyusukan anak mereka untuk membuat persiapan.
Iya.. Penyusuan susu ibu bukanlah sesuatu yang mudah diteruskan walaupun itu adalah fitrah dan keperluan bayi tetapi dengan sedikit cabaran ibu-ibu mudah menganggap yang "dah rezeki sampai situ je"
InsyaAllah, Lynd sangat mengharap dengan post-post yang akan Lynd kongsikan dapat dijadikan sedikit sebanyak panduan kepada ibu-ibu hebat ini.😊
Tiada ulasan:
Catat Ulasan