Diari Rutin Rumah

DIARI RUTIN SURI RUMAH "JE"
---------------------

Assalamualaikum.

Its Monday..πŸ˜„

Pagi datang mood nak menaip panjang.
Isninkan fresh start so kita guna semangat ni untuk menaip..😁

Bila berkenalan dengan kawan baru tak kisah lah pelanggan Shaklee ke atau ibu yang ada masalah breastfeeding bila dah sembang and tanya "Puan keje ke?"



Feedback biasa
- Saya suri rumah "je"
- Saya dok rumah "je"
- Saya tak ke"je" πŸ˜…

Alah.. cliΕ›e bila orang dok pujuk diri
"Mulia jadi suri rumah.. patut bangga.. bla.. bla.. bla.."

Bukannya tak betul.. betul la segala bagai motivasi suri rumah tu tapi cuba kita tengok balik feedback kita.. "Je"

Setengah orang cukup bangga dengan kerjaya suri rumah.
Boleh sediakan makan pakai anak suami dengan sempurna.
Alhamdulillah.
Bila kita rasa macam tu..

dan kita rasa bahagia dengan apa yang kita buat itu cukup.
Dan rasa bahagia dan bangga tu perlu jujur.
Terpancar dengan kata-kata dan tingkah laku kita.

Lynd?
Hahahaha.. Bukan lah suri rumah begitu.
Walaupun suri rumah..
pagi kami masih sarapan kat kedai2.
Tengahari je masak..
Cuma kadang2 pekena nasik kukus gak.

Malam?
Lagi lah jarang masak.
Kami lagi suka bersiar-siar makan kat luar atau gi pasar malam.
Dalam seminggu ada lah sekali 2 ja goreng nasi ka.. nasi lemak ka kalau MamaLynd malas nak kuar.
Bukan apa..
Kesian kat suami kami dipaksa makan air tangan isteri yang tak sedap ni. Hahaha..
So lunch ja kita paksa dia makan.


So ada 1 fasa masa awal2 tak keje dulu..
I really feel bad tau.
Aku ni tak keje tapi xdak lah gaya suri rumah sangat kan.

Cuba cari penyelesaian dan ikut tips2 orang.
Tapi tak kena.
Not so me.
Maybe sebab dah biasa gaya hidup moden sangat kan..
keje, ada duit sendiri dan makan kat luar.

Dan dalam dok cari dan sesuaikan diri tu alhamdulillah..
Allah tunjuk jalan.
Selama ni buat Shaklee part time sebab keje kan.

Bila berenti pun dok nak buat part time dengan alasan siang sibuk gi sana sini antar anak sekolah bagai.

Lama2 dok pikir macamana nak arrange hidup ji buat fulltime Shaklee.
Indah dah 2 tahun lebih dah pandai main sendiri.
Now i found my routine as housewife yang kerja dari rumah.

Rutin Dulu

7.00 - Antar Kaseh sekolah
7.30 - Siapkan Atif & Indah
8.00 - Hantar Atif sekolah
8.30 - Mama, Papa & Indah Jalan2 cari sarapan.
9.00 - Papa masuk bengkel
- Mama kemas rumah (kononnya), gentel Indah, scroll fb
11.00 - Turun gi kedai cari barang masak & masak
12.00 - Ambil atif
12.30 - Tunggu Kaseh
- lunch, siapkan kaseh sekolah
2.30 - antar kaseh KAFA
Dan waktu petang ni lipat baju ka, gentel anak ka apa2 lah.

Malam baru lah buat keje2 bisnes kononnya part time kan. Utamakan keja hakiki. (Ketuk pala sendiri)

Rutin sekarang
Awal2 pagi tu sama ja. Cuma nak kena kasi kemas lagi macam bangun awal bleh kemas rumah sikit2.
Antar anak and jalan2 sarapan tu sama.

Cuma kol
9.00 - 11.30
Focus bisnes macam update blog.
Kumpul testimoni dari group
Target 3 post sehari u blog so pagi tu lasi settle yang tu dulu.

11.30 - 2.30
Masak and time dengan anak2.
Amik Atif pass kat papa dah kalau papa xder keje.
Kaseh pun dah tak payah tunggu ada kawan dia bleh jalan kaki sendiri.

- So tak payah nak jadi superwoman sangat MamaLynd sangat. Belajar redha.

- Antar Kaseh KAFA pun pass kat papa. Kenapa mama kata kena redha bab antar amik anak ni?

Sebab mama paling suka part tengok muka anak dari jauh balik sekolah dan babai and cium anak dari dalam kete bila hantar.
Hahaha.. Mama sendu..



Petang baru lah buat keje rumah macam kemas ka..
Lipat baju ka..

Tapi..
Since MamaLynd dah ada target harian dalam bisnes Shaklee maka xdaknya lipat baju depan tivi.

Ada teknik dah MamaLynd jumpa supaya keje melipat settle tak sampai setengah jam.

So with my new routine i am proud to say that
"Saya suri rumah..😊😊😊😊😊😊"
Sambil senyum meleret..

Tak payah nak explain pun suri rumah tapi buat keje ini.. itu.. bla.. bla.. bla..

Because..
Saya tahu apa yang saya buat setiap hari demi mengupgrade diri sendiri dari masa ke semasa.

Wahhhhh... Panjangnya mengomel..
Ada yang baca ka?

Ada yang tau basic asas hidup suri rumah bahagia?

Tiada ulasan: