Jom Doa Bebaskan Dari Hutang

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Lebatnya hujan pagi ni. Segar pulak rasa. Jom kita doa kerana salah satu waktu mustajb berdoa adalah ketika hujan lebat.







Ya Allah..
Tuhan Maha Pengampun..
Ampunilah dosa kami, kedua ibu bapa kami, keluarga kami dan seluruh umat islam.
Tempatkan kami dalam golongan orang beriman Ya Allah.

Ya Allah..
Bebaskan lah kami dari bebanan hutang.
Jangan Kau ambil nyawa kami dalam keadaan berhutang dan berikanlah kami petunjuk jalan dan kekuatan untuk bekerja dalam melangsaikan hutang kami.

Ya Allah..
Sesungguhnya hutang kami banyak.

Hutang amalan kami.
Hutang solat yang kami tinggalkan,
Hutang puasa yang kami tinggalkan,
Hutang masa yang kami bazirkan.

Hutang tanggungjawab kami,
Anak-anak yang kami tidak didik dan kurangnya perhatian kami,
Ibu-bapa yang kami tidak jaga dan menyakitkan hati mereka,
Masyarakat yang kami abaikan.

Dan juga Hutang wang ringgit kami,
Dengan orang lain
Dengan bank
Dan Hutang zakat dan sedekah kami.

Tiada manusia yang hidup tanpa hutang.
Dan kerana hutang itu lah kita sentiasa ingin berusaha jadi lebih baik untuk selesaikannya.

Sesungguhnya hidup kami penuh dengan hutang.
Dan seumur  hidup kami tidak akan mampu untuk selesaikan hutang itu Ya Allah tanpa kekuatan dan keizinan dari Mu.
Jangan Kau tinggalkan kami dengan rasa ringannya hutang kami.

Semoga sebelum nyawa kami diambil,
Kami kembali kepada Mu dengan beban hutang yang paling ringan.

Amin Ya Rabb..




Banyakkan hutang kita?
Semoga semasa Allah ambil nyawa, kita sudah diringankan dari bebanan hutang.
Semoga hutang dijadikan pemankin untuk kita terus berusaha untuk jadi lebih baik.


Tiada ulasan: