Assalamualaikum. Alhamdulillah. Salam Jumaat. Hari ni Lynd
nak sambung kisah bersalin kan Kaseh. Kiranya ni part 2 lah. Kisah Kaseh
dimasukkan ke NICU semasa umur 4 hari kerana kelalaian mama. Sadis. Alkisah
masa nurse Klinik Kesihatan Meru datang buat lawatan ke rumah, nurse check yang
baby ada kuning sedikit dan minta Lynd untuk check pada sebelah petang tu.
Ni gambar sebelum kita gi klinik di hari mama "pandai" tu
So dalam kol 2 macam tu Mama Lynd “siapkan” Kaseh untuk dibawa ke klinik. Dan disinilah segala kesilapan Mama Lynd bermula.
Kenapa “Siapkan”?
Perkara biasa kononnya bila baby newborn dibedung dan silap
mama adalah siap bedung Kaseh 2 lapis tengahari buta dan berada dalam klinik
kesihatan yang sesak. Awal-awal sampai ok lagi tapi bila lama-lama Kaseh mula
merengek, tak selesa tapi kelemahan mama, masih juga bedung 2 lapis.
Proses ambil darah dan jumpa doctor dalam keadaan Kaseh
meraung. Doktor check suhu badan Kaseh dan bacaan 40 degree. Doktor terkejut
dan buat surat refer hospital dan kami diminta ke hospital secepat mungkin. Dan
sementara tu doctor suruh basahkan tuala
dan lap di badan Kaseh.
Masa tu memang Kaseh meraung je. Dan masa on the way balik
rumah untuk ambil baju dan inform nenek, mama Nampak mata Kaseh pandang ke
atas. Masa tu dalam kepala mama dok teringat yang orang kata “sawan tarik”. Ya
Allah, takut sangat masa tu.
Sampai rumah, mama buka bedung, papa basahkan tuala dan mama
lap badan Kaseh. Kaseh diam. Sepanjang perjalanan ke hospital Kaseh tak nangis
dan mata dok terkelip-kelip pandang mama dengan mata sepet tu.
Sampai di Hospital Sungai Buluh di emergency kami check lagi
temperature Kaseh tapi dah tak demam dah. Tapi kami terus proceed untuk
pemeriksaan lanjut. Kaseh dimasukkan ke NICU dan rezeki mama dapat bilik yang
mama dapat stay sekali dengan baby.
Part yang paling sedih masa kat nursery NICU, doctor ambil
kaseh untuk pasang jarum drip. Memang dapat dengar suara Kaseh nangis dengan
suara baby lain yang nangis ada yang sampai hilang suara. Masa tu mama lawan
sedih mama asalkan Kaseh sihat.
Kenangan di hari ke 5 usiamu dah merasa kena drip
Maka bermula lah episode Mama dan Kaseh di NICU. Anak
pertama, mama kena handle sendiri di hospital memang mama kena tabah tapi oklah
kan kita tahu semua nurse,doctor ada untuk standby tengokkan anak kita. Itu
lebih penting dari dok fikir mama kena jaga sorang sorang.
Masa tu mama dah tak peduli cara mama duduk dan makan apa je
yang hospital sediakan. Mama duduk pun belasah ja macamana pun janji mama dapat
susukan Kaseh. Janji Kaseh dapat susu mama dah tak kisah dah. Sampai kan akak
katil depan tu tegur
“Adik bersalin normal ke? Dok elok-elok sikit dik”
“Adik makan ke kari ayam
dengan betik tu? Kalau Tanya doctor memang semua benda boleh makan dik,
tapi nanti kita yang tanggung sakit”
MamaLynd senyum jelah.
Malam-malam yang kita habiskan bersama di hospital.
Alhamdulillah. 3hari 2 malam kat hospital memang selesa. 1
bilik 4 orang dan pagi-pagi nurse yang mandikan baby. Ok lah kan layanan even
hospital kerajaan. Orang takut sangat bila sebut pasal hospital kerajaan.
Kalau ikutkan kaseh dah tak demam sebenarnya, tapi sebabdah
mula ambil antibiotic maka dos kena habiskan juga. Dan serius Lynd memang
yakin, punca “demam panas” Kaseh adalah berbungkus 2 lapis di tengahari rembang
dalam klinik kesihatan yang sesak. Ohhhhh… mama.. Sadis sedih sangat kamu ni.
Tapi mama yakin. 1001 hikmah Allah sediakan untuk menguji
kita. Dan Alhamdulillah Kaseh membesar dengan sihat hingga hari ini.
So ibu-ibu sekelian, berpada-pada “siapkan’ anak tu. Tengok
keadaan dan keselesaan baby kita.
Harap perkongsian ni bermanfaat untuk ibu-ibu baru sekelian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan