Menu Berpantang Mudah



Assalamualaikum. Semalam Lynd jumpa perkongsian di Facebook Mingguan Wanita mengenai menu berpantang mudah. Cantik pula tu gambar disamping menu berpantang mudah yang nampak sangat sedap. Lynd minta izin ye untuk kongsikan disini. Semoga ilmu dan perkongsian ini dapat dimanfaatkan dan semoga tuan empunya gambar ini diberikan kesihatan dan keberkatan hidup.

Menu Berpantang Mudah





Menu ni semuanya nampak sedap dan menyelerakan. MamaLynd dulu suka menu-menu berpantang macam sawi rebus, bawang putih, lada hitam, halia dan ikan bakar. Tak der lah rasa azab sangat sebenarnya nak mengadap menu-menu tu.

Bila mak balik dan MamaLynd kena berpantang sendiri disamping ada anak kecik lagi pun tiada masalah sangat tapi ibu kena kreatif lah. Sebab nak kena pastikan menu yang dimasa boleh dimakan oleh anak dan ibu sekali dan cara masak mestilah cepat.


Kalau masak sup ayam Lynd masukkan sekali sayur sawi sekali dengan batang. So macam celur cuma rendam dalam air perasa sup. Kari Ikan tenggiri tanpa santan pun tak payah buat pedas so anak boleh makan sekali.

Secara asasnya menu berpantang
  • Kurang Gula - Kerana gula akan melambatkan proses penyembuhan
  • Bahan perasa tanpa garam dan gunakan lada hitam yang disangai kemudian ditumbuk sebagai perasa. Boleh buat stok dan simpan.
  • Tanpa minyak. Rebus - Kukuk - Bakar
  • Lebihkan herba seperti halia, bawang putih dan lada hitam
  • Protein yang mencukupi untuk proses penyembuhan
  • Buah dan sayur untuk serat dan vitamin C untuk elak sembelit dan luka cepat sembuh.
Sebabtu kalau ikutkan semasa dalam pantang memang senang nak turun berat badan sebab kita eat clean kan. Tapi Orang tua selalu pesan jangan makan banyak lah, kawal sesetengah jenis makanan lah dan sebab tu Lynd suka amalkan supplement Shaklee sebagai Set Berpantang Terbaik. Lynd nak pastikan badan Lynd cukup nutrisi untuk penyembuhan tanpa perlu makan berlebihan.

  • Protein - Dari ESP yang membantu proses penyembuhan dan pemulihan tenaga. Ambil sebagai sarapan dan minum malam.
  • Vitamin C - Dari SR Vitamin C Shaklee untuk proses penyembuhan dan elak dari senang terkenan jangkitan penyakit.
  • Kalsium - Dari Ostematrix untuk bekalan kalsium untuk ibu menyusu dan juga elak sembelit. (Menakutkan wehhh sembelit semasa berpantang)
  • Omega Guard - Anti radang dan juga mencairkan darah. Kalau bersalin pembedahan lagi lah kena cukup ni sebab risiko mereka lebih tinggi. Sebab tu kita kena ambil suntikan selama 5 hari untuk elak darah beku yang boleh membawa maut.
  • B-Complex - Kalau orang dulu suruh minum air kunyit tapi Lynd amik BComplex ja untuk anti radang dan elak masalah meroyan.






















Sedapkan nampak menu ni. Kita yang pantang pun sebenarnya bagus amalkan kalau nak mula eat clean untuk turunkan berat badan. Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat pada semua ibu yang bakal berpantang nanti.

Berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai produk ini atau rangkaian produk Shaklee yang lain.

Hubungi :

Haslinda Lynd

WhatApps :019 - 603 8353
Facebook : Haslinda Lynd

Cash On Delivery : Puncak Alam, Meru, Setia Alam, Kuala Selangor, Saujana Utama, Shah Alam Seksyen 13



1 ulasan:

Ajuya Rashid berkata...

rindu nak pantang...eh eh eh