Pengalaman bersalin setiap anak pasti ada kisah sendiri dan
Lynd nak abadikan kisah itu di blog baru Lynd ni. Dan kali ni Lynd nak abadikan
kisah pengalaman bersalin anak pertama Lynd iaitu Kaseh.
Kaseh dikategorikan
sebagai anak bunting pelamin. Alhamdullah rezeki kami tak perlu menunggu lama.
Sepanjang mengandungkan Kaseh, masa awal-awal agak lunyai jugak tambahan lagi
masa tu Papa Kaseh selalu outstation so manja mengada sikit lah.
Kena pulak awal kehamilan tu bulan puasa so memang tahun tu
puasa ke laut je semua.
Bab makan pulak takder lah teringin mana sangat tapi
ada sekali tu minta nak makan nasi lemak ayam berempah tapi sebab masa tu baru
pindah ke Meru, kami tak tahu lagi tempat orang jual nasi lemak tu.
Papa Kaseh akhirnya beli di Shah Alam dan bawa balik makan
kat rumah. Tapi sungguh sadis, bila mama buak je bungkusna nasi ayam tu maka
berterbanganlah seekor lalat dari bungkusan nasi tu. Lebih sadis siap ada telur
lalat lagi.
Gambar Pertama Kaseh di Labour Room.
Nak nangis juga.. Eh.. Memang nangis pun masa tu sedih tapi
tak boleh nak marah sapa-sapa pun. Papa dah belikan sebaiknya jauh-jauh lagi dah memang rezeki macam tu.
Redha je lah.
Untuk Kaseh asalnya plan nak bersalin di Umra, Shah Alam.
Beberapa kali check up kat sana. Dan kelakar bila dah masuk 36 minggu 2 kali ke
hospital Umra tengah malam sebab kononnya sakit nak bersalin. Bila pergi sana
check bukaan baru 1 cm dan mama pilih untuk balik.
Malam Pertama Kaseh bersama mama
Dua kali juga lah mama buat hal gitu. Heeee. Sebenarnya
ragu-ragu nak bersalin di swasta sebab takut orang dok kata swasta ni suka
merisikokan dengan buat pembedahan berbanding kalau kerajaan mereka sehabis
baik mahu ibu bersalin normal. Tapi sebab takut layanan hospital kerajaan
jugalah gagah juga konon nak ke swasta.
Kemudian pada pagi 2 march 2010, mama rasa perut memulas dan
konsisten. Bagitau papa dan kami terus ke Hospital Sungai Buluh. Masa tu Nenek
Klantan dah memang standby kat rumah. Sepanjang perjalanan memang dah sakit
sangat. Tiap kali contraction memang
Lynd baca ayat qursi ja. Ingat dan sebut nama Allah tiap kali contraction
dating.
Sampai hospital, mama register dan terus baring untuk check
bukaan dan buat CTG. Masa tu MamaLynd rasa bukaan baru 3 ke 4 cm. Dah seronok
masa tu sebab atleast bukan 1 cm macam gi Umra hari tu. Atleast masa tu dah tau
dah samapi masanya jumpa anak pertama ku ini.
Mama diminta untuk duduk dahulu dalam kol 12 akan dipanggil
lagi untuk check bukaan dan rezeki MamaLynd dapat tempat baring sementara
menunggu tu. Sepanjang baring tu MamaLynd siap boleh tidur. Sakit memang lah
sakit tapi bila datang contraction tu hanya nama Allah yang mama sebut.
Sampailah nama Mama dipanggil masa tu dah lebih pukul 2 dah.
Tapi sebab dapat baring dan tido so tak terasa lama menunggu.
Mama cuba
berjalan dan sampai dah tak boleh melangkah sebab sakit sangat dah.
Ada nurse
yang tanya “Kenapa”.
Mama jawab “Sakit”
Nurse Tanya lagi “ sakit kenapa?”
Hehehe.. masa ni nak gelak pun ada jugak.. “Sakit nak
bersalin lah kot ni”
Mereka amin wheel chair dan check bukaan. Tiba-tiba ja kecoh
“Dah 8 cm”
Mama ditolak ke labour room dengan wheel chair, sampai je
kawasan LR dapat dengar nurse cakap, jangan tolak lagi takder bilik kosong,
patah balik lagi.
Tak lama lepas tu patah balik sebab ada bilik kosong even
tak sempat bersihkan katanya.
Proses bersalin Kaseh agak lama sebab mama tak pandai teran,
entah berapa kali mama cuba teran tapi teknik yang salah.
Layanan nurse Alhamdulillah baik-baik belaka, tiada lah
mitos-mitos kata nurse garang tu kan.
Alhamdulilah, Kaseh selamat lahir dengan berat 3.56 kg
secara normal.
Syukur. Proses bersalin yang mama rasa mudah dan sangat
manis.
Setiap pengalaman melahirkan dan membesarkan anak pasti akan ada cerita sendiri dan setiap yang dilalui itu pasti dikenang dan ingatan untuk Lynd, setiap usaha dan kepayahan yang dilalui itu pasti akan dapat ganjaran dari Allah.
Terima kasih Allah kerana rezeki-Mu dan akan ku jaga pinjaman-Mu untuk ku jadikan ahli syurga.
2 ulasan:
Comelnyaaaaa kaseh :)
Org puncak alam eh kak? Kita study puncak alam :)
Yup. dok puncak alam. study uitm eak? salam kenal.
Catat Komen