Sembelit Masalah Senyap Rakyat Malaysia.

Assalamualaikum. Hari ni Lynd nak kongsikan satu masalah yang dihadapi oleh ramai rakyat Malaysia tapi masih dipandang ringan iaitu sembelit. Sedangkan masalah sembelit ini jika ia berterusan boleh menyebabkan penyakit lain dan tahap toksin dalam badan boleh meningkat. Apabila toksin meningkat masalah lain seperti kelesuan, kulit wajah berjerawat, selera makan berlebihan, perut buncit dan berat badan yang berlebihan.



Manusia yang normal akan membuang air besar 1-2 kali sehari tetapi purata orang kita mengambil 2-3 hari sekali. Dan lebih teruk sembelit ini boleh menyebabkan kesakitan dan juga membuatkan kita tidak selesa menjalani kehidupan harian.





Antara Punca masalah sembelit :


1. Kekurangan air yang mencukupi dalam badan.

2. Kurang serat dalam diet harian.

3. Tabiat suka menahan membuang air besar (Tahu tak bila kita tahan, toksin / air diserap kembali dalam badan tu yang najis kita mengeras dan susah nak keluar. Dan tak best toksin tu akan meracuni badan kita balik)

4. Perubahan hormon semasa hamil / peningkatan usia.

5. Masalah otot usus yang tidak kuat akibat kekurangan kalsium.



Cara Mengatasi  Sembelit :


1. Pengambilan air antara 2 - 3 Liter sehari.

2. Pengambilan serat yang mencukupi (Buah-buahan / Sayur-sayuran)

3. Jadikan membuang air besar satu rutin konsisten masa yang sama. Samada waktu pagi / petang. Jangan tahan.


Shaklee juga mempunyai rangkaian produk yang boleh membantu masalah sembelit.



Ostematrix


  • merupakan sumber Kalsium Utama dalam rangkaian produk Shaklee.

  • Sesuai diambil oleh wanita hamil yang mengalami masalah sembelit dan memerlukan bekalan Kalsium yang mencukupi.

  • Pengambilan 4 biji sebelum tidur setiap hari akan melancarkan pembuangan pada keesokan hari.




Herbalax



  • Menjadi pilihan untuk pengguna yang mempunyai masalah sembelit yang teruk.

  • Kesannya boleh dirasai selepas 6-8 jam pengambilan.

  • Fungsinya dalam membersihkan usus dengan berkesan menjadi pilihan kebanyakkan pengguna yang memang betul-betul mahu fokus pada masalah sembelit.

  • Tidak disarankan diambil setiap hari kerana kesannya yang agak kuat walaupun tidak menyebabkan sakit perut.


Alfalfa Complex




  • Menjadi pilihan untuk orang yang ingin menikmati 1001 khasiat jamu moden ini.

  • Bertindak secara lembut pada usus berbanding Herbalax.



 Berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai produk ini atau rangkaian produk Shaklee yang lain.

Hubungi :

Haslinda Lynd

WhatApps : www.wasap.my/60196038353
Facebook : Haslinda Lynd

Cash On Delivery : Puncak Alam, Meru, Setia Alam, Kuala Selangor, Saujana Utama, Shah Alam Seksyen 13

2 ulasan:

Nadiah Suhaidi berkata...

Jarang orang nak ngaku dia sembelit :P

Vitalynd Pengedar Shaklee Puncak Alam berkata...

Betul tu. Masalah y orang jarang nak share.