Apa nak buat bila overdue bersalin

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Lynd ingat masa mengandungkan Awatif iaitu anak kedua Lynd. Boleh dikatakan Lynd overdue 7-10 hari masa tu. Dalam kepala dok fikir apa nak buat bila overdue bersalin.


Susah hati tu yang amat sebabnya masa tu dalam kepala dok fikir apa lah dosa atau kekurangan Lynd yang menyebabkan baby tersangkut taknak keluar ni.

Kehamilan Overdue adalah kehamilan melebihi 40 minggu.

Kalau ikut website WebMD, punca kehamilan overdue adalah disebabkan oleh:


  • Kehamilan Pertama
  • Sejarah kehamilan overdue
  • Faktor keturunan - mungkin ada juga ahli keluarga yang overdue.
  • Sejarah ibu sendiri dilahirkan overdue.

Tapi Lynd tambah satu lagi point boleh? Iaitu salah /tak ingat tarikh hari pertama period terakhir. Maka salah kira usia kehamilan. Sebab masa mengandungkan Awatif memang Lynd main agak-agak je tarikh tu. So tu salah satu faktor Lynd jangkakan  kenapa Lynd dikatakan overdue.

Cara Kira Usia Kandungan

Apa risiko kehamilan overdue?


  • Bayi mengalami masalah pernafasan
  • Air ketuban berkurang
  • Bayi stress - Degupan jantung lemah 
  • Tersedut najis pertama bayi dalam rahim (meconium)
  • Perlu bersalin secara pembedahan / forcep kerana bayi besar
  • Keguguran

Jika ibu sudah melepasi 40 minggu kehamilan doktor akan membuat beberapa ujian seperti :
  • Non-stress test - untuk monitor kadar degupan bayi
  • Kandungan air ketuban
  • Ultrasound pergerakan dan perkembangan bayi
  • Pemeriksaan bukaan cervix ibu.
Jika ujian yanh dijalankan adalah baik, ibu diberi peluang sehingga 42 minggu.

Selepas itu ibu dinasihatkan untuk induce supaya bayi dapat dilahirkan sebelum terminum najis dan mengurangkan risiko kelahiran secara pembedahan.

Itu dari segi medikal tetapi dari sudut keagamaan juga tidak dapat diabaikan.
  • Minta maaf dari suami, ibu bapa, keluarga dan sesiapa sahaja. Minta mereka doakan permudahkan urusan  kelahiran bayi kita.
  • Hak Bayi - Adakah kita sudah tunaikan hak anak semasa mereka dalam perut seperti bacaan alquran semasa hamil atau sebarang niat / nazar yang belum tertunai.
  • Doa - Allah menunggu doa kita sebagai hamba untuk permudahkan urusan kita.
Dan apa Lynd buat semasa overdue tu?

Selain minta maaf dengan semua orang, Lynd baru teringat yang masih belum cukup amalkan 7 surah yang disarankan semasa hamil.

Malam sebelum bersalin tu Lynd tidur pukul 3 pagi untuk selesaikan bacaan surah-surah tu. 

Dan alhamdulillah. Dengan izin Allah esoknya Lynd dah mula rasa contraction. Maka lahirlah puteri ku Hannah Damia Awatif pada 30 March.


Harap perkongsian Lynd ni sikit sebanyak dapat bantu anda untuk lebih tenang menghadapi ujian baby over due.


1 ulasan:

Norlaili A Wahab berkata...

TQ Lynd. Cutenya baby awatif dalam gambar tu :)