Dongak dan Angkat Kepala

Assalamualaikum. 2 hari lepas Malaysia dikejutkan dengan kejadian kebakaran pusat tahfiz yang mengorbankan 23 nyawa dan mereka insyaAllah adalah ahli syurga.

Dan semalam kejutan memuncak dengan punca kebakaran yanh dilakukan oleh anak-anak masa depan kita. Anak yang berumur 11-18 tahun yang bertindak kerana dendam.

Lynd tak nak ulas isu tersebut.
Siapa salah..
Siapa mulakan..
Hukuman setimpal dan lain-lain..

Tadi lepas kami makan di Pak Li seperti biasa anak-anak dilepaskan untuk bermain di playground Giant.

Dan kami suami isteri mengambil kesempatan untuk duduk sambil bersembang sendiri atau "mentelaah handphone".

Kepercayaan diletakkan pada Kaseh sebagai kakak untuk menjaga dan mengawasi adik-adik. Kami hanya pantau dari jauh.

Sejak malam tadi newsfeed facebook banyak berkisar mengenai kejadian kebakaran tersebut dan luahan perasaan marah, sedih dan kesal masyarakat yang digelar "netizen"

Tapi baru suku sahaja pembacaan pada 1 post yang pada Lynd menarik mengenai hakikat kehidupan pelajar tahfiz dan ibubapa mereka, hati tiba-tiba dijentik.

"Anak aku mana?"

Aku dok kisahkan urusan luar, sampai aku lupa anak depan mata.

Ya mereka pandai main sendiri tetapi sebenarnya memerhatikan mereka bermain juga adalah 1 cara memasukkan kehidupan mereka dalam hidup kita.

Ouhhhh...
Angkat kepala..
Ini juga salah satu punca..
Mak pak sibuk hal luar..
Anak depan mata lupa..
Masukkan handphone dalam handbag balik..

Ehhhh..
Amik balik..
"Intahhh.. senyummmmm.." Dia toleh dan kasi senyuman mata sepet dia.




Ok. Done dengan dunia ha5ndphone.
(Masa tu)

Masuk kete.. Ambil masa taip post demi ingatkan yang lain juga.
Angkat kepala. 
Dongak sikit..
Apa anak-anak kita buat..

Semoga kejadian ini memberi 1001 hikmah kepada masyarat.

Tiada ulasan: