Fakta menarik untuk kulit cantik dari dalam.

Sempena promo The Radiant 4 bulan ini, pihak HQ Shaklee menjalankan tour di beberapa tempat bagi menyebarkan dan memberi pemahaman yang lebih mendalam mengenai kecantikan kulit.





Jika sebelum ini Lynd kongsikan nutrisi dan bagaimana ia bertindak dalam memberikan kita kulit cantik berseri dari dalam.


Kali ini Lynd kongsikan fakta menarik mengenai kecantikan kulit.

1- Kulit Terbahagi kepada 3 Lapisan.

Epidermis - lapisan paling luar terdiri daripada sel kulit dan merupakan perlindungan pertama tubuh badan kita. 
 Dermis - lapisan kedua terdiri daripada collagen dan elastine
Hypodermis - Lapisan paling dalam terdiri daripada lapisan lemak.

2- Antara ancaman yang kulit kita hadapi setiap hari 

-Sinaran UV (ultra violet ray) terbahagi kepada 2 iaitu UVA dan UVB. UVA menyerap jauh ke dalam Dermis kulit dan sekaligus memecahkan kolagen yang terbentuk di dalam kulit. Memainkan peranan besar pembentukan tanda awal penuaan seperti garis halus yang memakan masa 5 tahun untuk terbentuk secara semula jadi (peningkatan usia).

UVB diserap di lapisan Epidermis kulit dan bertanggungjawab ke atas peningkatan penghasilan pigment kulit kita (melanin). Tubuh kita menghasilkan melanin untuk meningkatkan daya tahan kulit kita terhadap sinaran UVB. Semakin lama kita terdedah tanpa perlindungan, semakin gelap pigmen kulit kita 😅


- Pencemaran yang berlaku di sekeliling kita seperti pencemaran udara dan air sekaligus memainkan peranan untuk kecantikan kulit kita. Udara yang kotor mengandungi habuk dan kuman yang boleh menjadi punca pori kulit tersumbat dan air yang tidak bersih dicemari bakteria menjadi penggalak pertumbuhan jerawat di muka! Terlalu lama di dalam bilik yang berhawa dingin juga adalah tidak sihat untuk kulit kita kerana ia penyumbang utama masalah kulit kering.

(FUN FACT : Elakkan minum air yang dihidangkan di dalam kapal terbang walaupun air tersebut telah di masak kerana 8 daripada 10 kapal terbang gagal dalam ujian kebersihan air yang dilakukan di dalam tangki kapal terbang tersebut kerana dicemari dengan E-coli dan Salmonella malah banyak lagi kuman dan bakteria ! Minum lah air mineral yang telah dibotolkan kerana jurutebang sendiri melakukan perkara yang sama! )



- Diet dan pemakanan seimbang juga penyumbang utama kesihatan kulit kita. Pemakanan yang tinggi gula boleh menyumbang kepada penghasilan jerawat dan melemahkan elastisiti kulit kita! Minum lah air sekurangnya 8 gelas sehari untuk mengekalkan kelembapan kulit di samping pengambilan minyak dan asid lemak yang sihat.



-Kurang tidur juga dilabel sebagai ancaman kepada kesihatan kulit kita. Kita memerlukan 8 jam waktu tidur untuk kekal cergas dan optimum.


- Stress juga boleh menyumbang kepada tanda penuaan kulit. Contohnya kalau kita selalu kerutkan dahi, nanti lama-lama boleh jadi kedutan kekal dan menjadi semakin dalam !

(FUN FACT : Penghasilan kolagen mulai menyurut bermula kita berusia 25 tahun)

Berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai produk ini atau rangkaian produk Shaklee yang lain.

Hubungi :

Haslinda Lynd

WhatApps :019 - 603 8353
Facebook : Lynd Abu Bakar

Cash On Delivery : Puncak Alam, Meru, Setia Alam, Kuala Selangor, Saujana Utama, Shah Alam Seksyen 13

Tiada ulasan: