Inspirasi Kisah Nabi Musa Di Saat Hadapi Kesukaran

Lynd faham pasal ayat ni dari video Ustadh Nouman Ali Khan yang bertajuk "Pray for success"



Hebat betul ayat ni sebenarnya bila diulas secara detail bagaimana Allah nak ajar kita menghadapi cabaran yang yang kita sendiri takut.

Doa ni Nabi Musa baca masa Allah perintahkan beliau untuk berjumpa dengan Firaun.

Sedangkan masa ni Nabi Musa adalah pelarian dan merupakan "Most Wanted Person" sebab secara tak sengaja telah membunuh seseorang.

Dah lah orang buruan, nak gi jumpa pemerintah pulak tu. Sebelum sampai depan istana Firaun lagi memang gerenti dah kena bunuh.

Jadi sebab terlalu takut tapi masih kena patuh perintah Allah, maka Nabi Musa pun berdoa macam yang ada dalam Surah Taha 25-28 ni.

Dari doa ni kita boleh belajar macamana menghadapi ketakutan dan ujian.

Dan apa janji Allah.
"Wahai Tuhanku, lapangkah lah bagi ku, dadaku"
Maksudnya bila kita takut ke rasa susah ke mesti kita menggelabah. Rasa sesak je dada ni. Rasa macam sesak nafas.

Tapi.. Kita kena belajar tenang dahulu. Doa semoga Allah lapangkan dada kita dulu.

"Keep calm"
"Dan mudahkan lah bagi ku urusan ku"

Haaa.. bila kita tenang barulah kita boleh menghadapi segala dengan tenang.
Allah susun cantek dah ayat ni.

Sabar dan tenang..
Positif dulu..
Jaga diri dan pemikiran..

Dari situ segala urusan kita dipermudahkan.


Kalau kita serba serabut mana nak datang mudah. Dan kadang2 benda mudah pun boleh susah kalau kita tengah serabut.

Tiada ulasan: